Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Friday, 28 May 2021

Cerpen: Siapa dia?

Di sebuah rumah yang agak sesak dengan orang kerana sebuah kenduri perkahwinan sedang berlaku dengan kehadiran sahabat handai, saudara mara serta jiran tetangga menceriakan suasana majlis keraian. Majlis rewang dilakukan bersama-sama bagi meraikan kedua mempelai.


Pabila petang menjelma, tetamu yang hadir semakin berkurang, pengantin yang telah disatukan kini berehat bersama. Rakan-rakan terdekat membantu mengemaskan khemah dan membasuh pinggan bagi meringan kerja keluarga pengantin. Kemudian mereka berehat bersama-sama dibawah khemah yang masih tidak disusun kerusi sambil minum minuman yang masih berbaki daripada kenduri yang telah berlangsung tadi.

Sedang mereka rancak berbual, pasangan pengantin iaitu Khairi dan Sofea menyertai sahabat-sahabat mereka.
    "Waaa, rancak berbual....Boleh join skali?" Khairi menegur sambil duduk disebelah lelaki yang berbaju melayu biru.
    "Eh! Mana boleh. Ni cerita orang belum kawin jer,"usik Hafsham, si jejaka berbaju biru.
    "Siapa? Waheeda?" sampuk Sofea.
    "Hish! Tak de maknenyer pasal aku, aku dah bertunang. Ni, pasal Karisma la," Wahida, gadis yang duduk berhadapan dengan Hafsham melemparkan pandangan ke arah Karisma yang masih melakukan kerja di bahagian hujung rumah bersama beberapa orang rakan lagi. Yang lain turut memandang.
    "So? Kenapa dengan dia? Tengok okey je,"balas Khairi yang masih tidak memahami maksud mereka.
    "Nampak memang la okey. Tapi dia tak de perasaan ke?" balas Fakris dengan ayat tergantung.
    "Maksud kau?" tanya Sofea.
    "Tadi aku terdengar Akmal melamar Karisma,"beritahu Hafsham.
    "What? Then?"tanya Sofea lagi.
    "Dia buat bodoh je sampai sekarang. Aku pun tak tau ape masalah dia,"beritahu Wahida.
    "Akmal tegur dia diam je. Tadi masa basuh pinggan, Karisma tak cakap lansung. Bila kami tanya, dia senyum je then blah macam tu je and suruh Farhah yang ganti tempat dia,"cerita Hafsham pula.
    "Memang tak la dia nak terima kalau macam tu reaksi dia. Lagipun apa hal tetibe si Akmal tu nak melamar dia? Bukan ke dia dah ade tunang?"balas Sofea yang sememangnya kenal Karisma lebih rapat berbanding dengan yang lain.
    "Dah putus. Akmal kata dia rasa tak serasi dengan perempuan tu,"Fakris membocorkan rahsia.
    "Macam tu pulak, dulu senang-senang tolak si Karisma tu sekarang nak kutip balik? Takkan Akmal tak faham-faham lagi?"ulas Sofea lagi dengan sedikit rasa tidak puas hati.

Soalan Sofea tidak berbalas kerana Karisma telah pun menyertai mereka bersama-sama Farhah disisinya.

    "Korang buat ape kat sini hah? Jom la, abiskan kerja tu,"tegur Karisma sambil menurunkan lengan baju yang diselingsing tadi.
    "Ala, rileks la kejap Rees. Kau ni nak terus-terus je kerje, pengsan nanti baru tau. Dah la tak makan lagi,"ujar Wahida sambil mengurut lembut bahu Karisma yang duduk disebelahnya.
    "Tak makan lagi?"tanya Khairi, terkejut.
    "Tak de selera la,"balas Karisma, pendek.
    "Tak de selera la sangat, nanti sakit perut baru kau tahu. Kau dah la ada gastrik,"Sofea menasihati rakan baiknya.
    "Nanti la aku makan, jangan la risau sangat. Aku dah meratah ayam tadi. Makan jugak tu kan,"Karisma membela dirinya. 

"Ku tahu,
Kau bukan lawan untukku,
Sampai ku harus cemburu,
fikirkan dirimu..."

Telefon bimbit di dalam kocek baju Karisma berbunyi. Segera dijawabnya.
    "Assalammualaikum," Karisma bangun dan beredar daripada khemah itu ke tempat yang lebih privasi. Mereka semua yang ditinggalkan saling berpandangan antara satu sama lain melihat tingkah Karisma.
    "Karisma dah ada sesiapa ke?"Akmal datang mengejutkan lamunan mereka yang sedang memandang Karisma dari jauh.
    "Kalau dah ade pun, ape salahnya. Dia pun single lagi, daripada dia merana tunggu kau macam tunggul,"sindir Sofea.
    "Kau mengutuk aku nampaknya Sofea,"balas Akmal, menunjukkan dia terasa hati dengan gadis itu.
    "Memang pun, bagus la kalau kau tahu,"balas Sofea selamba sambil menjeling Akmal lalu beredar daripada situ masuk kedalam rumahnya.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Sebulan kemudian, Karisma ke negeri Johor, iaitu negeri di mana kakak angkatnya tinggal, Kak Suri. Karisma ke negeri itu untuk menghadiri perkhawinan kakak angkatnya itu.
    Namun sebelum ke Johor, dia telah diminta pulang ke kampung atas permintaan ibunya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati kenduri majlis bertunang bakal diadakan keesokkan harinya.
    "Kenapa mak terima lamaran tu?"tanya Karisma dengan perasaan berbelah bahagi dan bercampur baur.
    "Sebab mak tau, kamu dengan dia berkawan baik. Mak rasa, kamu pun suka pada dia bila kamu cerita pasal Badrul dulu,"balas Puan Nadia, membela dengan keputusan yang telah dibuatnya. Karisma menepuk dahinya.
    "Tu dulu mak, sekarang ni Rees anggap dia macam kawan je,"balas Karisma, sedikit kecewa kerana ibunya membuat keputusan tanpa pertanyaan kepadanya.
    "Habis tu, sekarang kamu ada siapa? Siapa dia? Kenapa dia tak melamar kamu?"tanya Puan Nadia bertubi-tubi. Karisma senyap tanpa kata.
    "Mak tak kira, kalau kamu takde siapa-siapa kita teruskan je pertunangan ni. Takkan nak batalkan?"Puan Nadia membuat kata putus. Karisma menghela nafas berat, memandang cincin risik yang telah diterima oleh ibunya.
    Ya. Badrul Hisyam adalah adik lelaki kakak angkatnya sendiri yang selama ini dia anggap sebagai kawan. Mungkin satu ketika dulu ade sekelumit perasaan setelah kecewa dengan Akmal tapi telah dia buang jauh perasaan itu setelah mengetahui Badrul mengenali seseorang. Tetapi kini, tiada ruang atau masa untuk dia menolak lagi. Keluarganya telah terima. Ini lah padahnya membuat perjanjian dengan keluarga agar menerima pinangan pertama yang dia perolehi. Walau apapun, dia tetap bersyukur kerana orang yang dia ditunangkan itu telah kenal terlebih dahulu sejak sekolah menengah lagi selepas perkenalan dia dengan kakak angkatnya.
    Keesokkan harinya, majlis kecil bagi pertunangan mereka diadakan. Badrul bersama adik beradiknya hadir. Kak Suri menjadi wakil ibu bapa mereka yang uzur menyarungkan cincin dijari manis Karisma. Seusai sahaja majlis, pada petang itu Karisma menyertai mereka menuju ke Pahang.

Setibanya Karisma dihadapan pintu rumah itu, dia disambut mesra oleh seisi keluarga itu. Sebaik sahaja terpandang muka yang dia ingin sangat mengelak, Karisma tergamam seketika. Lelaki itu mengukirkan senyuman. Orang yang ada disekeliling mereka seakan mengerti, meninggalkan mereka berdua di ruang tamu rumah.
    Karisma mengambil tempat di atas sofa berdekatan dengannya dan berharap lelaki itu akan duduk jauh darinya. Namun sangkaan dia meleset apabila lelaki itu duduk disebelahnya. Dia menjauhkan sedikit jaraknya dengan lelaki itu.

    "Kenapa? Nampak macam marah dengan saya je. Dari tadi saya menunggu senyuman dari bibir awak untuk saya," Badrul memulakan bicara.
    "Kenapa awak tak bagitau saya yang awak meminang saya?"soal Karisma terus tiada kemanisan dalam kata juga tidak memandang sekilas pun wajah lelaki itu. 
    "Perlu ke selepas saya tahu yang saya cintakan awak?"soal Badrul semula, ayatnya seakan mementingkan dirinya sendiri.
    "At lease, bagitau saya,"balas Karisma sambil menjeling Badrul dan berpaling muka semula. Geram dengan jawapan dan riaksi yang dia terima daripada lelaki itu.
    "Ok la, lepas ni saya tak buat lagi. Maafkan saya," Badrul cuba mengendurkan ketegangan antara mereka.
    "Takpelah. Terima kasih jela,"balas Karisma acuh tak acuh. Bangun daripada sofa tersebut tapi di tahan oleh Badrul.
    "Awak ni kenapa?"tanya Badrul cuba memandang wajah dan mata gadis itu.
    "Sebab saya tak percayakan awak,"balas Karisma.
    "Oh! God. Tolong lah Rees, jangan macam ni,"pinta Badrul.
    "Habis tu, awak buat saya macam ni boleh pulak?" Karisma memandang tegas ke arah mata Badrul.
    "Awak tak tanya pun pendapat saya sebelum buat keputusan. Awak tak tanya pun perasaan saya. Awak boleh jamin ke saya boleh bahagia dengan awak?" tanya Karism dengan matanya yang berair seakan marah dengan keputusan yang telah Badrul lakukan.
    "Errr.." Badrul kehilangan kata-kata untuk menjawab soalan Karisma yang bertubi-tubi ke arahnya.
    "Kita bukannya tak kenal antara satu sama lain untuk awak buat keputusan seorang diri macam ni,"nada suara Karisma mulai lemah, dia duduk kembali ke sofa.
    "Tapi saya boleh rasa dulu yang awak pun cintakan saya,"luah Badrul.
    "Perasan! Kalau ya pun, macam ayat awak. Dulu. Ya dulu memang ade sekelumit perasaan saya pada awak, tapi sekarang untuk pengetahuan awak rasa tu dah takde. Kosong," jelas Karisma lalu bangun dan pergi dari situ naik ke tingkat atas rumah itu. Memasuki bilik tetamu yang telah disediakan untuknya oleh keluarga Badrul.

Badrul: Tak, saya takkan "lepaskan" awak selagi saya tak peroleh cinta awak.-memandang tepat wajah Karisma-
Karisma: Lepaskan lah....-menarik-narik tangannya dari Badrul, Badrul melepaskannya tetapi Karisma tidak berganjak seperti tadi-
Badrul: Saya tahu yang awak cintai saya juga... Cuma awak yang tak sedar...-bangun dan berlalu daripada situ-

Malam itu, selepas solat Isyak, Karisma keluar daripada bilik dan menuju ke tangga untul turun tetapi tiba-tiba tubuhnya di tarik masuk ke dalam bilik seseorang.
    "Badrul! Apa ni? Kalau saya jatuh tadi macam mana?" terkejut Karisma dengan perbuatan lelaki itu. Badrul memandangnya tajam lalu cuba mendekati. Karisma berjalan kebelakang perlahan-lahan.
    "Apa yang kau cuba nak buat ni Badrul?" Karisma menatap wajah lelaki itu, cuba memhami apa yang terbuku dihatinya.
    "Kenapa? Kau takut?" balas Badrul tersenyum sinis. Karisma kehabisan langkah. Dia kini berdiri dibelakangi dinding. Dia memandang pintu bilik yang jarak lebih sedepa dari dinding dia berdiri. Badrul cuba menerjah ke arahnya tetapi Karisma dengan segera berlari ke arah pintu. Badrul dapat menangkap dia daripada keluar dari bilik itu. Badrul menguncinya lalu menghumbankan dirinya bersama Karisma di atas katil. Ketukan pintu kedengaran dari luar bilik Badrul.
    "Badrul, nanti ajak Kak Kris turun makan tau. Tadi aku ketuk bilik dia, tapi dia tak jawab," adik perempuan Badrul yang bongsu bersuara disebalik pintu.
    "Haa, okey Tikah. Nanti aku pergi bilik dia,"balas Badrul dari dalam.
    "Okey," balas Atikah lalu di berlalu dari situ.Mulut Karisma yang ditutup dengan tangan Badrul kini dibuka.
    "Apa masalah kau ni ya? Lepaskanlah!"tanya Karisma sambil dengan cubaan melepaskan dirinya.
    "Masalah aku adalah kau. Dan aku takkan lepaskan kau,"balas Badrul lalu menahan kedua-dua tangan Karisma yang sedang meronta untuk dilepaskan.
    "Kau baru tunang jela dengan aku. Bukan suami aku pun. Kau takde hak buat aku macam ni la, gila!"Karisma semakin meronta cuba melepaskan dirinya.
    "Ya, memang aku takde hak. Tapi aku mampu untuk lakukannya. Dengan cara ini sahaja aku rasa aku mampu untuk miliki kau sepenuhnya,"bisik Badrul ditelinga Karisma. Karisma mengigit bahu Badrul lalu menendang kelangkang lelaki itu. Badan Badrul mengeras menahan kesakitan. Karisma menolaknya dari tubuh lalu berlari keluar dari bilik itu.

Keesokkan harinya, selepas subuh mereka bersarapan bersama-sama. Selesai sahaja sarapan, Karisma keluar daripada rumah untuk membantu mereka memasak untuk hidangan tengah hari itu (kenduri). Selain saudara mara keluarga itu menolong, jiran juga membantu dalam aktiviti merewang ini. Majlis yang dijalankan berjalan dengan lancar. Kakak angkat Karisma telah disandingkan di rumah itu dengan kehadiran sahabat handai yang meriuhkan lagi suasana.Pada hari yang berikutnya, Karisma pulang ke Selangor untuk menyambung kerjanya semula. Badrul hanya menhantarnya di stesen bas kerana tak dapat pulang bersamanya.Pada hari dia berkerja, di pejabat ketika Karisma sedang sibuk menyemak akaun syarikat, seseorang menerpa masuk dan menutup pintu dengan pantas. Karisma mendongak.

Karisma: Awak buat ape di sini?
Amirul: Saya rindukan awak la, awak tak rindu kan saya?
Karisma: Tak, jadi lebih baik awak keluar sekarang.
Amirul: Kenapa dengan sayang ni? Tiba-tiba je 'badmood'...Lepas cuti pun "badmood" lagi.
Karisma: Awak nak tau ape yang berlaku pada saya masa cuti ni?
Amirul: Apa? Kakak angkat awak kawin je kan?
Karisma: Yes, tapi ada lagi event yang lagi best! Adik kakak angkat saya bertunang.
Amirul; Ala....tunang je... Lagipun awak cerita tentang adik kakak angkat awak tu bukannye saya kenal...
Karisma: Tapi awak kenal siapa yang jadi tunang adik kakak angkat saya tu...Teka siapa?
Amirul: Ermm, Farhah? Waheeda? Jasmin? Liyana?-Karisma hanya menggeling sambil tersenyum mendengar nama-nama yang disebut oleh Amirul-...Habis tu, siapa?
Karisma: Saya.
Amirul: Hah? awak jangan bergurau lah....
Karisma: Takde maknanya saya nak bergurau dengan awak...Saya memang dah bertunang. Ni buktinya.-menunjukkan cincin yang ada di jari manis di tangan kirinya-
Amirul: Tak mungkin...! Awak nak main-main dengan saya je kan...?
Karisma: Terima je la kenyataan Amirul..Kita dah tak de jodoh...
Amirul: Tapi awak teman wanita saya....
Karisma: Cuma teman wanita, Amirul...Saya sendiri tak kenal dengan keluarga awak dan sebaliknya... Dah berkali-kali saya ingatkan awak supaya meminang saya dengan cepat tapi awak asyik tangguhkannya, sekarang dah jadi macam ni saya dah tak boleh nak buat ape....
Amirul: Dia tak tahu ke awak dah ada teman lelaki?
Karisma: Dia hanya kenal awak sebagai boss saya dan dia tak pernah tahu yang hubungan kita lebih daripada itu...
Amirul; Kenapa awak tak menolak dia semasa dia meminang awak?
Karisma: Saya tak tahu pun dia meminang saya, tahu-tahu, dia tunang saya...Saya balik kampung mereka dah siapkan semuanya...
Amirul: Takkan parents awak tak bagitahu apa-apa pada awak?
Karisma: Saya dah bagitahu mereka supaya menerima pinagan yang pertama sampai, dah saya akan setuju dengan pinangan itu jika mereka turut rasa yang pinangan itu sesuai untuk saya....Jadi, tak boleh nak salahkan mereka...dan, jangan salahkan saya sebab sebelum ni, saya dah ingatkan awak berkali-kali....Tambahan, saya dah penat menunggu...Saya dah 27 tahun, Amirul...Awak dah 28...Apa yang awak tunggu lagi saya pun tak tahu la....

Dengan bingkas, Amirul bangun meninggalkan bilik itu membiarkan Karisma sendirian. Hatinya bagai terhiris terluka kerana peristiwa yang tak disangka-sangka olehnya berlaku terhadap hubungan cintanya yang tak berpanjangan akibat tingkah dia sendiri. Selama ini dia merahsiakan hubungannya daripada orang lain atas kehendak dirinya sendiri. Kini, tiada apa yang boleh dilakukan lagi lalu membiarkan kekasihnya pergi bersama lelaki yang lebih layak berbanding dirinya.

2 bulan kemudian, ketika Amirul masuk ke dalam biliknya, terletak kemas sekeping sampul berwarna biru muda di atas meja kerjanya. Apabila dia membuka sampul itu, terpampan Amirul sketika,




luluh hati Amirul melihat nama Karisma tertera di kad itu. Menyesal menyelubungi dirinya di atas tindakannya yang agak lambat untuk memiliki Karisma.

Tiba lah masa yang dinantikan, akhirnya Karisma dan Badrul disatukan di masjid berdekatan dengan rumah keluarga Karisma. 1 hari majlis diadakan di pihak perempuan, 1 hari di pihak lelaki dan sehari lagi mereka adakan di Selangor untuk rakan-rakan sekerja mereka.

Dua bulan selepas majlis itu berlangsung, di sebuah apartmen di Selangor,kedengaran loceng rumah di petik sesesorang, Karisma berjalan ke pintu dan membuka pintu. Senyuman terukir di bibirnya apabila terpandang Badrul Ilham berdiri dihadapannya. Karisma mengambil bagasi yang di bawa Badrul dari tangan Badrul selepas menyalami Badrul dan mengucup kedua belah pipi Badrul. Sebulan lebih berpisah membuatkan Karisma merindui lelaki itu. Badrul yang bertugas sebagai juruterbang terpaksa bertugas ke luar negara untuk beberapa ketika di atas kebanjiran musim melancong.

Malam itu, selepas solat Isyak Badrul mengajak Karisma keluar untuk makan malam bersama. Sesampai mereka di sebuah restoran formal, mereka memesan makanan dan sementara menunggu makanan tiba,
Badrul: Abang rindu sangat dengan sayang.-Karisma sekadar mampu tersenyum mendengar kata-kata itu yang lekuar dari mulut Badrul-

Badrul memang seorang suami dan lelaki yang baik, walaupun sudah 2 bulan mereka berkahwin tetapi Badrul tak pernah memaksa Karisma untuk "bersama".Badrul masih menanti kerelaan Karisma untuk betul-betul bersama dengannya. Walau bagaimanapun, Karisma mencuba mendekati Badrul dengan tinggal di dalam bilik yang sama agar proses dia menerima Badrul lebih mudah berbanding tinggal di bilik yang berasingan.

Sesampai mereka dirumah, selesai sahaja menukar pakaian masing-masing, Badrul yang menukar pakaian di luar bilik air dan Karisma di dalam seperti biasa. Karisma keluar daripada tandas dan bersuara dari belakang Badrul.
Karisma: Abang tolong...-Karisma berpusing, meminta tolong Badrul mengzip baju tidur yang dipakainya-
Badrul: Baju baru ek?-mengzip baju yang agak seksi itu dari belakang Karisma-
Karisma: A,ah. Untuk abang.-memandang Badrul-
Badrul: -memandang Karisma- Untuk abang?
Karisma: Ye. Untuk abang.-merangkul leher Badrul-
Badrul: Betul?-merangkul pinggang Karisma-
Karisma: Betul la, lagipun...sayang rindu kat abang...Abang sebulan setengah pergi sana, call sayang 2-3 kali je call sayang...
Badrul:Ala...maaf la...Abang takut mengganggu masa tidur sayang...
Karisma: Tak ade la...Tiap-tiap hari sayang tunggu call dari sayang, sampai tertidur..
Badrul: Ok. Lepas ni abang tak buat lagi...-Karisma tersenyum lalu memeluk suaminya-



*Kesabaran yang banyak perlu untuk mencapai kebahagian yang besar

Tuesday, 12 January 2016

Cerpen : Cinta Ini Milik Kita



Seorang pelajar perempuan berjalan menyusuri susur gajah berseorangan.Masih tak ramai pelajar yang hadir ke sekolah kerana masih awal.Pelajar asrama juga masih belum tiba.Sekolah itu menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal jauh.Manakala, sesetengah pelajar yang tinggal berdekatan hanya berjalan kaki atau menaiki kenderaan seperti motorsikal, basikal dan kereta.
“Farah!!!”  tiba-tiba kedengaran namanya dipanggil dari belakang. Seorang lelaki yang memanggilnya tadi datang mendekatinya.
“Engkau rupanya, Amin. Kenapa panggil aku?” tanya pelajar perempuan yang bernama Farah itu.
“Saja. Jom! Aku nak jalan dengan kau,” balas lelaki yang dipanggil Amin dengan bersahaja sambil berjalan mendahului perempuan itu.
“Mengada-ngada la kau ni,” perempuan itu membalas lalu membontoti lelaki itu dan berjalan beriringan bersama. Memasuki sahaja kelas, Amin berjalan ke kanan kelas manakala Farah ke belakang kelas di  bahagian kiri.
************************************************************************
Beberapa hari kemudian, Amin sedang berbual di tempat letak basikal berbual-bual bersama-sama rakannya, Firas. Farah datang mendekati mereka.
“Amin, ikut aku sekejap boleh?”pinta Farah sambil berjalan mendahului Amin menjauhi Firas. Amin mengekori Farah dari belakang.
“Ada apa, Farah?” tanya Amin yang sedikit kurang senang kehadirannya menganggu perbualannya dan Firas. Tanpa menjawab soalan Amin, Farah menghulurkan sepucuk surat yang telah dilipat kecil.
“Siapa bagi?”tanya Amin kepada Farah.
“Kau baca jela, Amin.Aku blah dulu,”balas Farah lalu menuju ke tempat letak basikal semula meninggalkan Amin sendirian.Farah menaiki basikal miliknya dah mengayuh pulang ke rumah.
Keesokkan harinya, Amin meminta pertolongan Farah untuk mengirimkan surat balasannya kepada gadis yang mengirim surat kepadanya semalam iaitu Amira. Reaksi muka Amin yang semakin ceria apabila menerima surat-surat daripada Amira yang merupakan rakan sekelas mereka juga membuatkan Farah menyangka hubungan itu akan bertahan lama. Farah tidak lagi menjadi orang tengah di antara mereka berdua kerana Suraya mengambil alih tugasnya disebabkan Amira yang tinggal di asrama memudahkan berhubung dengan Suraya yang juga tinggal di asrama.Namun setelah tiga bulan, hubungan itu seakan-akan senyap secara tiba-tiba.Bagi Farah yang mengetahui Amin sentiasa serius mengenai hubungan perasaan antara manusia membuatkan Farah mengambil masa yang lama untuk bertanya kepada Amin.

************************************************************************
Pada suatu petang, setamat sahaja latihan bola tampar yang Farah sertai dia mendekati Amin ketika di tempat letak basikal yang merupakan salah seorang pemain bola tampar juga tetapi bagi pasukan lelaki. Mereka yang mempunyai hala yang sama menuju pulang ke rumah mengayuh basikal bersama-sama di jalanan.
“Amin, kau OK?”Tanya Farah mengambil berat.
“Aku OK je.Kenapa?Nampak macam aku tak OK ke?”tanya Amin sambil memandang pelik ke arah Farah yang mengayuh basikal di sebelah kirinya.
“Takde la. Saja tanya. Lagipun aku tengok sejak kebelakangan ni, kau diam je. Then, aku tak nampak pun kau dengan Amira berutus surat lagi. Kau OK dengan dia?”tanya Farah.
“Erm.Aku dah putus dengan dia,”balas Amin.
“Hah? Tapi kenapa?Tiba-tiba je. Bukan ke korang OK je sebelum ni?”tanya Farah yang terkejut dengan berita yang baru didengarnya.
“Entah.Aku pun tak tahu. Dia kata, dia dah suka pada orang lain.”
“Siapa?”
“Entah.Tapi Firas beritahu aku, dia ada nampak Amira denga Safwan, pemain ragbi sekolah.Tak silap aku, dia budak kelas 6 LK,” Farah memandang muka Amin setelah Amin memberitahu sedikit latar belakang lelaki yang berjaya merebut hati Amira dari dirinya.Memang diakui, Safwan, seorang lelaki yang ada rupa tersendiri.Farah juga mengetahui serba sedikit tentang Safwan yang mempunyai perwatakan yang menarik. Mesra dan berwajah manis memikat sesiapa sahaja. Pelajar yang sebaya dengan mereka itu, berada di dalam kelas Lukisan Kejuruteraan berasal dari keluarga yang berada namun, bagi Farah keluarga Amin juga keluarga yang berharta.Farah sendiri keliru apabila Amira lebih memilih Safwan daripada Amin.
‘Biarlah… hati manusia lain-lain,’bisik hati Farah.
“Takpe la.Bunga bukan sekuntum.Ramai lagi budak perempuan dekat sekolah kita tu nak dekat kau.Junior pun ramai.Hahaha,” balas Farah setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Memang la ramai.Tapi macam mana nak cari yang betul-betul sayangkan aku?Dibuatnya jadi macam aku dengan Amira, memang frust aku dibuatnya,”balas Amin sambil tersenyum kecil.
“InsyaAllah, ada.Allah mencipta ‘Hawa’ dari tulang rusuk ‘Adam’. Tulang rusuk yang sebelah kiri hilang satu kan? Maksudnya, tulang tu ada pada kau punya ‘Hawa’ la tu. Mesti ada,” Farah meyakinkan Amin dengan sedikit lawak bagi menghiburkan Amin.Memang benar.Amin meletuskan ketawa kecil.
“Haa… kan best, tengok kau senyum..ketawa macam ni. Tak kacak tau muka kau bila diam je.Tiada reaksi langsung.Meyampah aku tengok kadang-kadang,” luah Farah apabila terpandang senyuman di bibir nipis Amin.
“Sampai hati kau menyampah dengan aku?”Amin menyakat Farah dengan membuat nada seperti berkecil hati dengan kata-kata Farah.
“Alah… takkan sentap kot.Aku beritahu bende betul la. Kalau hari-hari mengadap muka monyok kau tu, bole sakit jiwa aku tau tak,”
“Kenapa pulak kau yang sakit jiwa?”
“Yela.Kau punya muka tu kalau dah la jenis buat muka, macam aku buat salah dengan kau je. Sakit hati aku tengok,”
“Lah… yeke? OK la, lepas ni aku akan senyum selalu untuk kau,”
“Kenapa untuk aku je? Dengan orang lain pun kau kena senyum juga. Orang lain pun tak suka tengok muka ketat kau tu,”
“Yela… yela. Aku akan senyum selalu pada korang semua,”
“Macam tu la lelaki yang bernama ‘Amin’.Memperkenankan segala permintaan yang baik,” Farah tersenyum sambil memandang ke arah Amin.Amin yang memandang Farah turut tersenyum.
“Kau kena buktikan pada Amira yang hidup kau lagi bahagia tanpa dia walaupun hati kau sakit bila kehilangan dia. Dan, kau layak mendapatkan seorang gadis yang lebih baik dan bijak dari dia,” Farah memberi semangat.
“Terima kasih, Farah.Kau buat aku terfikir yang aku tak sepatutnya jadi lemah semata-mata kerana dia sedangkan selama ni hidup aku lagi baik tanpa dia,” Amin mulai menunjukkan keyakinan.Farah mengukir senyuman lagi.Kini, dia berjaya meyakinkan Amin.
************************************************************************
Kini, hubungan Amin semakin baik dan rapat dengan Farah.Mereka sering kali datang ke sekolah dan pulang ke rumah bersama-sama.Selain mereka, kadang-kala kawan Farah dan kawan Amin yang duduk bersebelahan dengan mereka di dalam kelas iaitu Julia dan Firas menyertai mereka mengayuh basikal bersama. Oleh kerana Amin dan Farah yang masing-masing menyertai pasukan bola tampar sekolah, mereka yang mempunyai teknik dan cara tersendiri membuatkan pelatih melantik mereka berdua sebagai ketua dan penolong ketua pasukan. Dipertengahan bulan Februari, Amin dan Farah telah sama-sama terpilih ke peringkat Negeri yang diadakan di Pahang setelah pasukan sekolah berjaya melayakkan diri sebagai Johan diperingkat Daerah dan Zon. Oleh sebab persahabatan yang terjalin membuatkan mereka bertambah rapat diantara satu sama lain ketika dinegeri orang. Ketika di peringkat negeri, pasukan mereka terkandas di peringkat separuh akhir membuatkan mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong.Tetapi bagi Farah dan Amin, itu merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana mengajar mereka serba sedikit pergaulan dengan orang yang berlainan bangsa, kefahaman dan pendapat dari mereka.
Pada suatu hari, Julia tidak hadir ke sekolah kerana demam menyebabkan Farah duduk berseorangan. Amin datang duduk di sebelahnya apabila mendapati tiada guru yang akan memasuki kelas mereka untuk mengajar.
“Kau buat ape tu?”tegur Amin mendekatkan dirinya dengan Farah untuk melihat apa yang sedang Farah sedang lakukan.
“Tak ada apa la.Baca novel je,” balas Farah dengan mata yang masih menatap novel yang bertajuk ‘Curahan Cinta Niagara’ itu.
“Patut la khusyuk sangat.Pandang aku pun tak nak,”Amin seakan menyindir.
“Nak buat apa pandang kau.Hari-hari aku nampak,” Farah membalas spontan.
“Macam mana kalau satu hari nanti, kau tak nampak muka aku lagi? Mesti kau tercari-cari kan?” Amin menduga Farah.
“Kenapa pulak aku nak cari kau? Pelik aku dengan kau ni,” Farah memandang Amin sekejap lalu memandang semula novel yang dipegangnya.
“Kau juga cakap tadi, hari-hari kau nampak muka aku. Mesti kau rindu kalau tak jumpa kan?” Amin menyakat Farah.Farah mencebik.
“Perasan la kau,”balas Farah selamba.
“Jangan berlagak.Aku confident sangat yang kau akan rindui aku macam mana aku rindui kau nanti,” balas Amin berterus-terang.
“Mana ada.Dah la, pergi balik tempat kau la. Terganggu fokus aku nak baca novel ni,”Farah cuba menghalau Amin supaya kembali ke tempat duduknya yang terletak di kanan kelas, bertentangan dengan dia. Tiba-tiba Amin merampas buku yang sedang Farah baca.
“Amin!” spontan Farah memanggil nama Amin dengan suara yang tinggi membuatkan seluruh kelas memandang mereka berdua.
“Beri semula novel saya tu. Saya nak baca,” Farah bersuara lagi tanpa memperdulikan seisi kelas yang memandang mereka.
“Taknak.Cakap dulu yang awak akan rindui saya kalau tak jumpa saya walau sesaat,” pinta Amin.
“Kau jangan nak mengada-ngada la Amin. Sengaja nak kenakan aku kan?” sangkal Farah.
“OK, fine. Let me hold this novel,” balas Amin selamba sambil bangun dan duduk semula di tempat duduknya. Farah menjeling geram ke arah Amin.Seisi kelas membiarkan mereka berdua.Pada petang itu, sebelum pulang Amin memulangkan semula novel yang dirampasnya dari pegangan Farah.
“Maafkan saya,” ucap Amin ketika memulangkan novel itu. Farah menjeling Amin lalu mengambil buku yang dihulur Amin kepadanya lantas berjalan pergi meninggalkan Amin setelah menyimpan novel itu di dalam beg galasnya. Rupa-rupanya, Amin mengejar Farah dari belakang dan akhirnya Amin berjaya memaut tangan Farah.
“Farah, tunggu dulu,”pinta Amin.
“Apa lagi, Amin? Tak puas lagi kau dah malukan aku depan budak-budak kelas tadi,” Farah bertanya dengan perasaan geram bercampur kurang senang dengan sikap Amin. Farah cuba menarik tangannya dari pegangan Amin tetapi gagal.
“Aku minta maaf. Kau tak maafkan aku lagi tadi,”
“OK. Aku maafkan kau.Puas hati?”
“Kau tak ikhlas,Farah. Aku tahu, kau tak ikhlas maafkan aku,”
“Memang aku tak ikhlas pun. Aku tengah panas hati kau suruh aku maafkan kau. Memang tak la,” Farah berterus-terang.
“Farah, tolong jangan macam ni. Aku susah hati kau buat aku macam ni,”
“Habis tu, kau ingat aku senang hati la dengan ape yang kau dah buat tadi?”Farah memerli.
“Maafkan aku, Farah.Aku tahu, aku salah.Aku sakit hati bila kau tak betul-betul tumpukan perhatian pada aku,” Farah berkerut dahi apabila mendengar penjelasan Amin yang dirasakan langsung tidak munasabah kerana dia berjaya menarik perhatian rakan sekelas mereka dengan kelakuannya sebentar tadi.
“Farah…,” Amin memegang kedua-dua belah tangan Farah. Farah terkejut.
“Farah, sebenarnya aku dah jatuh cinta pada kau,” Amin berterus-terang membuatkan Farah terkejut melopong.
“Kau gila ape?!”Farah menaikkan suara sambil menarik kedua-dua belah tangannya.
“Tak, Farah. Aku waras.Aku betul-betul menyatakan yang aku cintai kau, Farah,” Amin mengulangi pengakuannya sambil memegang erat bahu Farah.Farah mengeleng-ngelengkan kepalanya.
“Kau tak boleh cintai aku, Amin.Aku kawan kau,”beritahu Farah.
“Aku tahu kau kawan aku. Tapi, apa salahnya aku mencintai kawan aku sendiri?” tanya Amin sedikit pelik dengan kenyataan Farah.
“Sebab aku tak boleh mencintai kawan aku sendiri. Aku tak boleh terima kau. Maafkan aku, Amin. Maafkan aku,” ucap Farah sambil meleraikan pegangan Amin dibahunya dan berjalan pergi meninggalkan Amin berseorangan.
************************************************************************
Sudah beberapa minggu, Amin dan Farah sudah jarang bertegur sapa. Hanya berbalas senyuman apabila mata mereka saling bertembung. Masing-masing seakan menjauhi antara satu sama lain. Mungkin malu dengan kejadian yang telah berlaku di antara mereka berdua.Julia dan Firas yang merasakan kejanggalan akan perhubungan itu sering kali bertanya namun tiada jawapan yang keluar dari mulut mereka berdua. Amin dan Farah juga sudah jarang bersama membuatkan seseorang datang mendekati Amin, mengambil kesempatan iaitu Suraya.
Suraya seakan cuba menambat hati  Amin, tetapi bagi Amin dia hanya melayan Suraya seperti teman-teman lain kerana perasaan cintanya kali ini benar-benar mati terhadap Farah dan tidak akan berubah.
‘Tiada siapa dapat menandingi dirimu untuk memenangi aku, Farah’ bisik hati Amin apabila dia curi-curi memandang Farah dari jauh yang sedang khusyuk membaca novel yang sesekali tersenyum dari tempat duduknya.Farah yang merasakan seperti ada orang sedang memerhatikannya dari arah kiri maka dia dengan tepat dia memandang ke arah Amin.Mata mereka bertentang.Amin tiba-tiba menjadi kalut, muka yang berwarna sawo matang itu tiba-tiba menjadi merah hingga ke telinga.Kepala yang ditongkat dengan tangan tadi terluncur membuatkan dia bertambah rasa malu lantas berpaling membelakangi Farah dan memandang keluar sambil menongkat dagu lagi.Mengurangkan debaran di dadanya.
************************************************************************
Cuti sekolah di pertengahan tahun bermula .Oleh itu, Firas mengajak Farah dan Julia ke rumahnya bagi menghadiri kenduri perkahwinan abangnya.Seperti yang dijangka Farah, Amin turut berada di dalam majlis tersebut.Tanpa di sangka-sangka, Amin dan Farah mengenakan pakaian yang mempunyai warna sedondon iaitu baju kurung biru dan baju melayu biru.Pelbagai usikan daripada Faris dan keluarganya bersama Julia mengandingkan mereka berdua.Tamat sahaja majlis itu, Amin dan Farah ditarik ke pelamin untuk ber’posing’ memandangkan pakaian mereka yang sedondon. Ketika mereka berdiri rapat antara satu sama lain, keberanian yang datang tiba-tiba dari dalam diri Amin membuatkan dia bersuara dan berbisik di telinga Farah.
“Saya berdoa, suatu hari nanti saya dapat bersama awak dalam keadaan yang sama dalam majlis kita pulak,” Farah berpaling dan mendongak memandang Amin.Dia terkejut dengan kenyataan itu.
‘Masih berani budak ni nak meluahkan kata-kata yang tak masuk akal,’ Farah mengata Amin di dalam hati sambil mengalihkan semula pandangannya semula ke hadapan.
“Apa-apa la.Peduli pulak aku,” balas Farah bersahaja tanpa memperdulikan perasaan Amin.Amin menguntumkan senyuman kerana dia mendapat tindak balas dari Farah.
************************************************************************
Tamat sahaja cuti, mereka menduduki peperiksaan percubaan Sijil Tinggi Penilaian Malaysia (STPM) yang diadakan dalam masa sebulan. Pada suatu hari, ketika waktu rehat Farah duduk berseorangan di bawah sebuah pondok ilmu di tegur oleh Amin.
“Boleh aku duduk?”tanya Amin. Farah hanya mengangguk tanpa memandang Amin dan terus membuat latihan kimianya.
“Kau tak makan ke?”tanya Amin berbasa-basi. Farah mengelengkan kepala.
“Puasa,” Farah menjawab sepatah.
“Ganti ke sunat?”Amin mencuba mengusik.
“Dua-dua,”balas Farah selamba.Amin mengukirkan senyuman lebar.
“Kau tak makan ke? Bukan ke kau ade gastrik?” tanya Farah yang masih fokus dengan kerjanya.
“Aku makan keropok lekor je tadi.Kenyang dah,”beritahu Amin.
“Aku ada bincang dengan Firas dan Julia, kami bercadang nak buat studygroup. Kau join nak?”tanya Amin sambil memandang ke arah Farah yang berada di hadapannya dengan muka berharap.
“Malas la.Korang jela buat,”balas Farah setelah diam sejenak.
“Alah, kami baru rancang supaya  aku ajar Sejarah dengan Add Math, kau ajar Kimia dengan Bahasa Melayu, Julia ajar Biologi dengan Pendidikan Islam dan Firas ajar Math dengan Fizik,”utara Amin.
“Carilah orang lain. Kan ramai lagi yang pandai Kimia dengan Bahasa Melayu,” balas Farah cuba menolak ajakkan itu.
“Alah… Jom la, Farah,” Amin seakan memaksanya.
“Kau dah kenapa?Tadi kau yang bagi pilihan.Sekarang nak paksa-paksa pulak. Kang tak pasal-pasal telan kasut saiz 7”
“Hahaha, kau comel la bila marah,” ketawa Amin meledak bila melihat reaksi muka Farah.
“Bengong punya lelaki,” bidas Farah.Amin semakin galak ketawa apabila mendengar bidasan Farah.Bukan perkara luar biasa dia mendengar perkataan itu dari mulut perempuan itu.
“Dah lama aku tak dengar kau cakap macam tu pada aku.Aku rindu,”Amin berterus-terang.Farah menjeling.
“Amin…” panggil Farah sambil memandang ke arah Amin.
“Yup?” jawab Amin membalas pandangan Farah.
“Kau sengaja ke buat semua ni?”tanya Farah.
“Sengaja?Semua? Buat apa ni? Maksud kau?”tanya Amin yang langsung tidak memahami maksud Farah.
“Kau sengaja rapat dengan aku kan? Kau nak buat Amira cemburu kan?” Farah membuat spekulasi.
“Tu sebab aku suka kat kau.Bukan je pandai, tapi memahami aku,” suara Amin kedengaran sinis.
“Kan, aku dah ag…” kata-kata farah terhenti kerana Amin menekapkan jari telunjuknya di bibir Farah.Amin tersenyum sikit.
“Bodoh!Dah la.Malas aku nak cakap dengan kau,” Farah mengemas buku-bukunya lalu berjalan pergi meninggalkan Amin di pondok kecil itu. Amin sebenarnya mengekori dari belakang  Farah dan menahan gadis itu dipertengahan jalan ketika mereka sedang menaiki tangga ke tingkat atas menuju ke kelas.
“Tepi la, aku nak lalu,” Farah bersuara lemah dan langsung tidak memandang lelaki dihadapannya.
“Kau memang memahami  aku, Farah. Tapi kali ini, kau salah,” kata Amin membuatkan Farah mendongak memandang ke arahnya.
“Memang sebelum ni aku lebih mendekati kau selepas aku putus dengan Amira sebab aku terpaksa. Aku perlukan seseorang  untuk menghiburkan hati aku. Kau datang pada aku dan aku mula nampak kau, Farah,” terang Amin.
“Betul, pada awalnya aku ada niat untuk menyakiti Amira.Aku nak tunjuk pada dia yang aku ada gadis yang lebih baik dari dia untuk aku. Tapi, lama-lama aku start rasa lain. Aku mesti rindu bila tak dengar suara kau, tak tengok muka kau, tak sms kau,” tambah Amin lagi.
“Mula la tu. Start dah lakonan kau,” Farah masih bersangsi dengan kata-kata Amin.
“Farah,  aku betul-betul sayangi kau. Aku cintai kau,” Amin berterus-terang, cuba menyakinkan hati Farah dengan luahan hatinya.Farah memalingkan mukanya daripada Amin.
“Apa yang perlu aku lakukan supaya kau percaya dengan kata-kata aku, Farah?”tanya Amin kepada Farah seakan meminta simpati.
“Kau tak perlu buat apa-apa.Sebab aku tak nak percaya dan aku taknak yakin langsung yang kau suka atau cinta pada aku,” balas Farah ingin meneruskan langkah.
“Aku tahu, kau cemburu bila aku rapat dengan Suraya kan? Aku nampak kau cuba nak kenakan Suraya. Kau yang letak paku tekan pada kerusi dia, kau jugak yang letak ular plastik dalam laci dia, dan kau jugak yang buat lipas penuh dalam beg dia,kan?” Amin menduga Farah.Langkah Farah terhenti dengan tuduhan itu.
“Kau ingat, aku dah tak ada benda lain nak buat dari bende-bende tu semua? Baik aku habiskan baca novel dari buat kerja gila. Aku takde masa la nak cemburu-cemburu ni. Orang berfikiran cetek je cemburu tak bertempat macam tu. Dan, aku nak ingatkan kau jangan sesuka hati buat tuduhan melulu.Takut jadi fitnah pulak nanti,” beritahu Farah lalu menyambung langkahnya meninggalkan Amin di tangga sendirian.
************************************************************************
Beberapa bulan kemudian, setelah sebulan berpuasa kini mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia.Bagi pelajar Tingkatan Enam yang sebaya dengan Amin, Farah, Julia dan Firas hanya tinggal beberapa bulan untuk mengulang kaji pelajaran sebelum STPM yang sebenar tiba. Pada hari keempat raya, dengan keberanian yang tiba-tiba datang dalam diri membuatkan Farah berani melangkah ke rumah Amin untuk beraya sekali gus memohon kemaafan. Bermula dari peristiwa yang telah berlaku di antara mereka di tangga sekolah, diakui hubungan mereka semakin jauh.Lebih jauh dari sebelum ini.Amin langsung tidak memandang ke arahnya mahu pun mengukir senyuman apabila pandangan mereka bertamu.Itu menimbulkan rasa serba salah di hati Farah tambahan, peperiksaan yang bakal menjelma mengharapan doa-doa insan seperti Amin bersama mendoakan kejayaan mereka.Farah sendiri risau dengan hati Amin yang telah Farah lukai tanpa sengaja membuatkan Amin hilang tumpuan kerana ketika di kelas dia sering ditegur oleh guru disebabkan kerap kali tidur dan termenung sendirian.Ada sahaja pelajar perempuan yang datang memujuk dan menceriakannya tapi tiada reaksi daripada Amin lalu meninggalkan mereka.
Sesampai sahaja Farah di hadapan pintu rumah Amin, dia memberi salam dan salamnya di jawab oleh seseorang dari dalam. Berdebar-debar hati Farah apabila pintu itu dibuka oleh seseorang. Amin berdiri dengan muka sedikit terkejut di hadapan Farah.Farah tersenyum mencuba membuat muka selamba.
“Farah, apa kau buat dekat sini?”tanya Amin dengan perasaan tidak percaya setelah hilang perasaan terkejutnya.
“Beraya rumah kau la. Taknak jemput aku masuk?” tanya Farah sambil tersenyum.
“Oh! Maaf.Masuk la,” Amin mempelawa Farah masuk ke dalam rumahnya.
“Kau duduk la dulu.Aku buat air sekejap,” Amin menjemput Farah duduk sementara dia berlalu ke dapur setelah menutup pintu.
Baru sahaja Amin masuk ke dapur, kedengaran pintu diketuk berkali-kali dan suara orang memberi salam. Farah bangun lalu membuka pintu rumah itu setelah menjawab salam memandangkan Amin berada di dapur berkemungkinan tidak didengari oleh Amin. Alangkah terkejutnya Farah apabila mendapati beberapa orang Pengawai Agama yang berdiri di hadapan pintu rumah itu. Tetapi dia cuba optimis dengan kedatangan mereka.
“Maafkan saya, pakcik.Boleh saya bantu apa-apa?”tanya Farah.
“Kami mendapati ada pasangan bukan mahram di rumah ini, betul?”tanya salah seorang pegawai agama itu yang berdiri di hadapan Farah.
“Siapa, Farah?”tanya Amin sambil mendekati pintu utama rumah itu.
“Kita kena tangkap, Amin,” itu sahaja mampu diucapkan oleh Farah dari mulutnya.Mereka berdua dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk disoal siasat.Amin dan Farah telah meminta agak mereka dapat menghubungi keluarga masing-masing juga menerangkan perkara sebenar.
************************************************************************

Akhirnya, keluarga Amin dan Farah mengambil keputusan singkat untuk mengelakkan aib dengan menikahkan mereka berdua.Setelah solat isyak pada malam itu, dengan sah Amin dan Farah selamat diijabkabulkan.
Di dalam bilik tidur Amin, Farah duduk berteleku di atas katil manakala Amin duduk di meja belajarnya.
“Amin…,” Farah memanggil dan Amin berpaling memandang Farah.
“Hmmm,” Amin cuba bersuara.
“Maafkan saya,”ucap Farah serentak itu air matanya gugur mengalir.
“Sebab ape pulak kau nak mintak maaf dengan aku?” Amin terkedu dengan ucapan maaf Farah.
“Saya yang buat kita terpaksa bernikah. Kalau saya tak datang tadi, mesti tak jadi macam ni,”terang Farah.
“Kenapa kau tiba-tiba datang?Bukan kau dah tak suka aku ke?Benci aku?” kata-kata Amin seakan menyindir Farah dan membuatkan hati Farah berasa terluka.
“Tak, Amin. Aku tak bencikan kau.Cuma, aku tak boleh terima cinta kau.Aku tak layak menerima cinta kau yang suci Amin.Aku tak layak.Aku datang nak minta maaf sebab lukakan hati kau.Aku takut kau tak boleh fokus masa exam nanti disebabkan aku.Aku taknak kau berterusan bermasam muka dengan aku. I need your pray as friend for me to be success,” tangisan Farah semakin kuat namun dia tahan untuk mengelakkan Amin berasa jelik dengan perangainya yang menangis bagaikan budak kecil.
“Kenapa kau cakap macam tu?Siapa kau nak menilai diri kau sendiri dari sudut pandangan aku? Aku rasakan, you suppose to be with me and have the love that you suppose to be have. It’s different when I judge you from my sides,” Amin seakan memarahi Farah.
“Aku tahu Amin.Tapi, kau tak kenal lagi aku, Amin.Tak kenal aku betul-betul lagi.Kita baru je kenal.Tak sampai dua tahun,”beritahu Farah agar Amin mengingati pertemuan mereka sejak bermulanya Tingkatan Enam di sekolah yang baru Farah jejaki setelah berpindah daripada Bandaraya Kuala Lumpur berbanding Amin yang telah lama bersekolah di situ.
“Cinta aku pada kau tak mengenal waktu, Farah.Aku tulus mencintai kau,”tegas suara Amin.Tidak pernah Farah mendengar suara Amin setegas ini padanya sebelum ini.Adakah Amin sedang menggunakan kuasa yang baru sahaja yang dia terima untuk memarahi Farah?
“Tak boleh, Amin.Kau kawan aku.Aku taknak rosakkan persahabatan kita seperti persahabatan kau dengan Amira rosak.Aku taknak Amin.Aku sayangkan kau.Aku sayangkan hubungan persahabatan kita,” air mata Farah tadinya kering kini turun lagi.
“Itu sebelum ni. Tapi, sekarang… sekarang takkan kau masih tak boleh terima aku, Farah?Kita dah ada ikatan yang sah, Farah. Tiada apa yang boleh menghalang kita lagi. Kau layak mencintai aku, dan insyaAllah… hubungan ini akan berterusan hingga akhirat. Aku sayangkan hubungan ini walaupun bukan cara begini yang aku inginkan,” Amin berterus terang.
“Tak boleh, Amin.Tak boleh.Aku tak boleh.Diri aku dah kotor.Kau tak layak mendapat isteri kotor macam aku,” Farah meluahkan segala-galanya yang dia simpan selama ini.Amin melopong terkejut mendengar pengakuan Farah.Dia bangun dan mendekati Farah di atas katil yang sedang menangis.
“Apa maksud kau, Farah?Beritahu aku, Farah.Jujur!”Amin memaksa Farah bercerita.
“Aku pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki aku sebab aku terlalu taksub dengan cinta.Disebabkan keterlanjuran aku, aku mengandung.Keluarga aku marah sangat dan mereka ingin aku gugurkan kandungan.Tapi aku taknak sebab aku rasa aku dapat sembunyikan kandungan itu sementara aku habiskan SPM.Malangnya, aku kemalangan motorsikal menyebabkan aku keguguran ketika kandungan sebulan.Disebabkan malu, ayah aku bawak keluarga kami berpindah ke sini.Di sini, tiada siapa yang mengenal kami. Allah memberi  aku peluang belajar sekali lagi dengan memasuki Tingkatan Enam dengan keputusan yang sedikit mengecewakan sebab aku tau, aku mampu buat lebih baik,”cerita Farah panjang lebar. Amin memadang Farah dengan pandangan tidak percaya. Selama dia mengenali perempuan itu, yang kini duduk di depan matanya yang juga sudah sah menjadi isterinya, dialah perempuan yang paling sempurna dan dirasakan layak untuk dirinya.
“Maafkan saya, Amin.Maafkan saya,”berkali-kali Farah menuturkan kata maaf.
“Lupakan la maaf kau tu, benda dah jadi pun.Sudah la.Baik tidur je daripada kau menangis-nangis.Bukan boleh ubah apa-apa pun,” tegur Amin tanpa perasaan.Farah bergerak ke tepi memberi ruang kepada Amin untuk berbaring.Farah turun dari katil duduk di atas lantai.Tidak tahu mengapa malam ini, air matanya senang sungguh mengalir.
Dua jam kemudian, Amin tiba-tiba terjaga dari tidurnya. Apabila dia berpusing ke kiri, tiada jasad yang baru menjadi miliknya malam tadi disebelah.Amin duduk melihat sekeliling mencari tubuh isterinya.Perlahan-lahan.Amin turut dari katil dan berjalan sekitar bilik dan akhirnya dia menjumpai Farah di tepi katil dalam keadaan meringkuk sejuk dan berbantalkan lengan.Kelihatan mata gadis itu sedikit membengkak. Mungkin dia menangis sebelum lena di buai mimpi. Perlahan-lahan, Amin mengangkat tubuh itu naik ke atas katil dan menyelimuti badan Farah dengan selimut, lalu dia menuju ke bilik air dan berwuduk lantas mengerja solat sunat.
Keesokkan paginya, Farah turun bersarapan bersama Amin dan kedua ibu bapanya. Amin merupakan anak tunggal dalam keluarga membuatkan Farah merasai limpahan kasih sayang yang di curahkan oleh mereka berdua kepada Farah walaupun sebagai  ahli baru di rumah itu tanpa dijemput.
“Exam dah nak dekat.Ada hikmah jugak kamu berdua disatukan.Boleh la belajar bersama-sama.Tak payah nak keluar rumah lagi nak study di luar,”ayah Amin meluahkan pendapat.
“Lepas ni, Amin ada la kawan nak ajak main PS2, pergi shopping, melayan masakan ‘mengidam’ Amin tu. Tak de la penat, ibu seorang je terpaksa melayan,” ibu Amin pula meluahkan rasa. Dia tersenyum memandang Farah.
“Ibu, tolong la.Takkan itu pun nak beritahu, Farah.Malu la, Amin,” Amin meluahkan rasa tak puas hati serentak perasaan malu menyelubungi.Ibu bapa Amin ketawa dan Farah hanya mampu tersenyum.
“Farah pandai masak?” tanya ibu Amin ketika mereka mengemas meja makan.
“Boleh la sikit, makcik.Takde la pandai sangat.Banyak lagi kena belajar,” Farah merendah diri.
“Lah. Kenapa panggil makcik pulak. Kita dah jadi satu keluarga sekarang.Panggil la ibu,” tegur ibu Amin sambil tersenyum memandang Farah yang sedang sibuk mencuci pinggan.
“Amin tu manja sikit.Kamu sabar je la Farah dengan perangai dia. Tapi, ada sesetengah benda yang dia memang sangat ambil berat, lebih dari diri sendiri yang menunjukkan dia berdikari for certain things,”beritahu ibu Amin.
“Apa dia?”tanya Farah ingin tahu.
“Someone he loved besides his parents and his family,” jawab ibu Amin.
“Lagi?”tanya Farah bertambah ingin mengenali Amin.
“Pelajaran dia dan agama kita. Dia memang seorang berdikari bila melibatkan dua benda ni. Dulu, pernah sekali dia tegur ibu sebab jarang ada di rumah dan sibuk di pejabat.Tidak melayan dia dan ayah dia, dia takut ibu terlalu taksub dengan kerja,”terang ibu Amin lagi.
“Beruntung ibu… dapat anak sebaik Amin,”Farah memuji Amin disamping merasakan kerendahan dirinya bertambah apabila digandingkan dengan Amin.
“Ibu pun berasa beruntung sebab Amin dianugerahkan seorang isteri yang cantik, baik dan patuh ni. Takut jugak ibu kalau ibu dapat menantu macam Amira,”ibu Amin memuji Farah.
“Ibu tahu pasal Amira?”Farah sedikit terkejut kerana mendengar bibir ibu Amin menyebut nama Amira.
“Secara kebetulan.Ibu terjumpa surat-surat dia yang dia buang ke dalam tong sampah dalam bilik,” balas ibu Amin tersenyum.
“Nama Farah pun, ibu dah tau sebelum ni. Muka Farah pun, ibu dah tahu macam mana,”beritahu ibu Amin lagi.
“Tapi… macam mana?” perasaan Farah bertambah pelik.
“Ibu terjumpa gambar Farah dalam dompet dia. gambar Farah dengan Amin masa di Pahang dulu pun banyak.Then, ibu pernah terbaca nama-nama orang sms dengan Amin.  Semua nama Farah di telefon dia selain Firas,”beritahu ibu Amin lagi membocorkan rahsia.
************************************************************************
Farah masuk ke dalam bilik setelah selesai membantu ibu Amin di dapur untuk mengulang kaji pelajaran.Manakala ibu Amin telah pun keluar ke butik miliknya.Ketika dia memasuki bilik, kelihatan Amin sedang duduk di meja belajar. Farah mengambil beg sekolahnya dan menuju ke katil untuk mula belajar. Satu jam kemudian, Amin datang mendekatinya di atas katil.
“Tepi sikit.Nak sibuk jugak,” Amin dan Farah mengalihkan buku-buku Farah yang bertaburan di atas katil ke tepi, Amin berbaring di sebelah Farah yang sedang duduk melunjur.Mereka saling mengadap.
“Baca apa?”tanya Amin apabila melihat Farah begitu khusyuk.
“Biologi,”balas Farah pendek.Amin tersenyum lalu membiarkan Farah meneruskan pembacaannya.Seketika kemudian, Amin duduk mengadap Farah, Farah yang mulai merasakan tidak selesa dengan pandangan itu lalu bersuara.
“Kenapa pandang macam tu?”
“Awak cantik.Tak nampak macam kau dah takde dara,”jujur Amin menjawab.Muka Farah mulai dirasakan panas.Dia malu dengan kenyataan Amin. Baru semalam dia cuba melupakan kekhilafannya yang lalu, hari ini Amin menyebutnya lagi. Perlahan-lahan Amin mengangkat tangannya menyentuh pipi Farah.Mengusap rambut Farah yang tidak bertudung dan kemudian turun ke bahu Farah. Amin cuba menggosok leher Farah tetapi dengan pantas Farah bangun kerana terkejut dengan tindakan Amin.
“Awak nak buat apa ni, Amin?”Farah bertanya, takut dengan perangai Amin.Amin tersenyum sinis.
“Kenapa?Kau takut sentuh kau?Kau takut terlanjur lagi?”Amin memerli sambil memandang Farah yang sedang berdiri di sisi katil.
“Amin, tolong jangan macam ni.  Saya takut. Saya takut tengok awak macam ni,” pinta Farah.
“Hahaha, aku nak bermesra dengan isteri pun nak takut.Bukannya aku ajak buat maksiat.Kita dapat pahala. Bukannya dosa,sayang,” Amin mengingatkan Farah.
“Saya tau. Tapi saya tak bersedia lagi,”balas Farah cuba bersabar dengan kata-kata yang diluahkan Amin.
“Kau kan dah ada pengalaman.Nak bersedia apa lagi?”tanya Amin mengenakan Farah. Farah terdiam, malu.
“Kenapa diam?”tanya Amin mendekati Farah.
“Betul kan?Kau dah tahu cara-cara nak buat.Macam mana nak handle aku,”Amin bersuara lagi.Perlahan-lahan air mata turun lagi dipipi Farah.Sungguh pedih ayat yang dilontarkan Amin kepadanya.
“Cakap la apa yang awak nak cakap.Suka hati awak la.Saya isteri awak sekarang. Awak buat la apa awak nak buat pada saya. Kita halal,”kekuatan tiba-tiba datang di dalam diri Farah untuk melawan kata-kata Amin. Dia duduk di birai katil. Amin mendekatinya, dan mengangkat mukanya supaya pandangan mata mereka bertentang.
“Cintai aku.Aku nak kau cintai aku,”pinta Amin tegas.
“Saya dah lama mencintai awak.Dari hari pertama saya menjejakkan kaki di sekolah itu lagi.Saya jatuh hati dengan sikap selamba awak, lawak awak, keperibadian awak, disiplin dan prinsip hidup awak menjadi pujaan dan pembakar semangat saya untuk belajar dengan lebih tekun. Tapi, bila saya cuba berdiri sama tinggi dengan awak, duduk sama rendah dengan awak, saya rasakan diri saya tak layak untuk berada bersama awak. Bagi saya, cukuplah kita bersahabat kerana bagi saya, awak begitu sempurna dan suci.Awak tak layak mendapat perempuan yang ‘kotor’ macam saya.Saya dah ‘busuk’ untuk awak dekati,” luah hati Farah sambil menangis terduduk di kaki katil. Sayu hati Amin memandang Farah.Sesungguhnya hati dia tidak berdaya menganayai orang dia cintai, menyakiti orang yang dia kasihi sepenuh hati dan membiarkan orang yang disayangi meminggirkan diri begitu sahaja.Amin menarik Farah kedalam dakapannya.
“Maafkan saya. Saya tak sepatutnya mengungkit hal lama, sedangkan awak sudah bertaubat.Saya tak sepatutnya menghukum awak, sedangkan Allah sudah mengampunkan dosa-dosa awak selama ini. insyaAllah,” ucap Amin sambil mempereratkan lagi pelukannya.Farah masih kaku kerana terkejut dengan tindakan Amin yang mendadak.
“Saya memang kecewa dengan apa awak sampaikan pada saya.Memang saya akui, saya sukar menerima hakikat yang saya bukan yang pertama memiliki awak.Namun, apakah daya saya untuk mengubahnya? Saya sendiri tak sanggup membiarkan orang yang saya cintai sedih bersendirian.Saya tak sanggup,”luah Amin dengan air mata bergenang di dalam tubir matanya.
************************************************************************
Hari-hari berikutnya, Farah dan Amin cuba menjalani hidup seperti biasa. Sebagaimana mereka bersahabat selama ini, seperti itulah mereka selalu buat walaupun kadang-kala terasa kekok tambahan Farah yang cuba mengenali Amin dan keluarga. Mereka kembali ke sekolah seperti biasa bagaikan tiada apa yang berlaku di antara mereka berdua. Namun, kemesraan yang dipancarkan antara mereka menimbulkan gosip di antara rakan-rakan sekolah mereka termasuk Julia dan Firas.Suatu hari, ketika mereka berehat bersama duduk di bawah pondok bacaan yang berdekatan dengan kelas mereka.
“Amin, Farah… korang berdua ada something ke yang kami tak tahu?”tanya Firas sambil berpandangan dengan Julia dan memandang ke arah Amin dan Farah yang berada di hadapan mereka berdua.
“Maybe,” Amin menjawab sepatah sambil tersenyum dan melirikkan mata ke arah Farah yang turut tersenyum.
“Hish! Korang ni boleh tak jangan main-main. Sakit hati aku tengok tau tak,” Julia bersuara, tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Amin.
“Hai… takkan kau jealous, Julia,” usik Amin.
“Kepala otak kau jealous. Aku sakit hati sebab ade bende yang korang berdua rahsiakan daripada kami. Sedangkan kami ni, kawan korang berdua jugak,” jawab Julia geram. Firas mengangguk-angguk setuju.
“Kalau korang nak tau jugak, datang la rumah aku nanti.Bila-bila pun tak kesah.Aku tunggu.Sebab susah nak beritahu perkara ni di sekolah,”Amin memberi petunjuk.
“Apa yang secret sangat ni? Korang couple ke?”Tanya Firas yang masih tidak berpuas hati.
“Actually its more than that.Kan, sayang?” balas Amin sambil tersenyum bahagia dan memeluk bahu Farah yang duduk di sebelahnya.Mata Amin dan Farah bertentang.Kerana Farah terkejut dengan kelakuan Amin secara tiba-tiba.
“Musykil betul aku, bukan ke korang bergaduh ke sebelum ni?” tanya Julia.
“Gaduh, bukannya tak boleh berbaik.Korang ni pelik la,”bidas Amin.
“Tapi macam mana Farah boleh terima Amin? Bukan kau reject hidup-hidup ke, Farah?”Julia bertanya lagi.
“Aku rasa, better korang berhenti bertanya sebab kami tetap takkan berikan jawapannya sekarang,”beritahu Farah sambil tersenyum melihat gelagat Julia dan Firas yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan oleh dia dan Amin.

************************************************************************
Hujung minggu itu, Julia dan Firas datang ke rumah Amin untuk mengetahui segala rahsia yang disimpan oleh mereka berdua.Perlahan-lahan, Amin dan Farah menceritakan segala yang telah berlaku di antara mereka ketika cuti raya Aidilfitri sebelum itu.
“APA?Nikah??!” serentak Firas dan Julia bertanya dengan nada yang lebih tinggi kerana terkejut.Amin dan Farah hanya mengangguk.
“Maknanya sekarang ni, Farah tinggal dekat sini?”Tanya Firas. Amin mengangguk.
“Cikgu sekolah tahu tak?”tanya Julia.
“Tak,”balas Farah pendek.
“Kami taknak sesiapa tahu tentang ini sebelum masanya.Nanti, bila masanya dah tiba kami akan umumkan,” beritahu Amin.
“Bila?After STPM?” tanya Firas sedikit teruja.
“Yang kau kenapa Firas?Exited lebih-lebih pulak,”tegur Julia.
“Takde la.Kau boleh faham tak bila ada kawan kita yang kawin masa kita bersekolah lagi.Aku tahu, orang yang cukup 19 tahun dah boleh berkawin.But, you know that… we still study, right?” luah Firas.
“Ermm..betul jugak tu,”Julia turut bersetuju.
“Kita kawin jugak nak?Mesti best kan,” Firas mengajak Julia untuk menyertai niatnya.
“Kau nak makan kasut saiz 6 atau 9?”tanya Julia geram.
“Siapa punya 9?”tanya Firas.
“Saiz kaki sendiri pun dah lupa ke?”Julia menyindir, Farah dan Amin hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.
************************************************************************
Dari hari itu, mereka berempat kembali rapat hingga menimbulkan rasa cemburu dihati orang lain. Terutamanya Amira, mengenai perhubungan Amin dan Farah yang amat mesra mengalahkan kemesraannya bersama kekasihnya dahulu. Tambahan pula, dia baru sahaja di kecewakan olah lelaki yang betul-betul telah mencuri hatinya iaitu Safwan. Kerana Safwan lah, dia sanggup meninggalkan Amin dahulu.
Suatu hari, kerika di dalam tandas sekolah, Farah yang baru sahaja selesai mencuci tangannya dan ingin keluar dari tandas itu ditahan oleh Amira dan Suraya yang baru sahaja memasuki tandas tersebut.
"Korang dah kenapa ni? Aku nak masuk kelas cepat la. Time rest nak habis," tanya Farah sambil memandang tepat ke arah Amira dan Suraya bersilih ganti.
"Aku nak tahu, apa hubungan kau dengan Amin?" tanya Amira sambil menjeling Farah lalu menoleh ke arah Suraya.
"Kami couple. And he is my boyfirend. Okey, korang dah dapat jawapan kan? Aku bla dlu," Farah berjalan menuju ke pintu dan meninggalkan mereka berdua dengan keadaan terpinga-pinga.
Malam itu, selepas solat isyak berjemaah Farah menahan Amin daripada bangun di atas sejadah sebaik sahaja mereka bersalaman.
"Sayang nak beritahu abang sesuatu," Farah berkata dengan tenang. Berkerut dahi Amin.
"Kita bangun lah dulu, tanggalkan dulu pakaian solat ni," cadang Amin. Farah menggelengkan kepala.
"Sayang nak kita macam ni. Supaya kita ingat kita berada dekat denganNya. Supaya kita ingat ini adalah ikatan yang terbina atas takdirNya. Supaya abang lebih ingat dan tenang untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang suami dan sayang sebagai seorang isteri," Amin menghela nafasnya perlahan. Memejamkan matanya sebentar dan membukanya dengan perlahan.
"Apa yang sayang nak beritahu abang?" tanya Amin sambil memandang kedalam anak mata wanita yang dicintainya.
"Masa rehat tadi, sebelum masuk kelas sayang kena tahan dengan Amira dan Suraya. Dorang tanya tentang hubungan kita," dengan suara yang rendah dan tenang Farah bercerita. Amin menarik nafasnya.
"Sayang jawab apa?" tanya Amin ingin ketahui jawapan yang diberikan oleh Farah.
"Sayang cakap kita tengah couple. And you are my boyfriend,"balas Farah tersenyum. Amin turut melontarkan senyuman.
"Dorang tak buat apa-apa kan?"tanya Amin mengambil berat. Farah menggelengkan kepala.
"Lain kali, pergi toilet bawak la teman. Taknak ajak abang, ajak Julia," Amin memberi cadangan.
"Gatal ea," Farah menggeletek perut Amin. Amin ketawa sekejap sambil menahan tangan Farah dari terusan menggeleteknya.
"Abang...," panggil Farah sambil memegang erat tangan suaminya dan menundukkan pandangannya.
"Ya, sayang," Amin menjawab sahutan Farah.
"Maafkan sayang, sebab kadang-kadang hati sayang jadi ragu-ragu dengan rasa cinta ini. Maafkan sayang, sebab sayang selalu rasa sayang tak layak untuk abang. Maafkan sayang, jikalau layanan sayang pada abang tak sempurna sebagai seorang isteri. Maafkan sayang, jikalau kata-kata dan tingkah laku sayang sebelum ni menyakitkan hati abang. Maafkan sayang...," ucap Farah lalu memandang wajah suaminya. Tangan kanannya menyentuh pipi kanan lelaki itu. Airmata Farah menitis lalu dia tunduk menyalami tangan Amin dengan erat dan disaat itu tangisannya terhambur. Teringat akan kesalahan lalu, teringat akan anugerah yang dia miliki kini. Amin hanya mampu memeluk wanita itu dan mengusap tubuh Farah. Dia tahu, wanita itu sedang menginsafinya. Sebagai seorang yang baru sahaja memikul tanggungjawab sebagai suami, dia sendiri menghadapi ujian hati di dalam dirinya sendiri, cuma dia lebih selesa mendiamkan diri dari meluahkan sepertimana yang dilakukan Farah.
Sebulan kemudian, mereka semua menduduki peperiksaan STPM. Segala usaha, doa dan tawakal dilakukan untuk memperoleh keputusan yang membanggakan untuk mendapat tempat yang lebih baik.
************************************************************************
Pada malam hari dimana Farah dan Amin telah pun tamat menduduki peperiksaan, sedang mereka duduk di atas katil sambil menonton televisyen yang memang telah tersedia di dalam bilik itu, Farah bertanya;
"So, 9 bulan kita sebelum kita sambung belajar abang nak buat apa?"tanya Farah.
"Abang rasa, abang nak kerja,"balas Amin.
"Abang nak kerja apa?" tanya Farah semula, berminat dengan tujuan Amin.
"Sembilan bulan kan? So, abang nak kerjakan sayang. Untung-untung dapat anak," gurau Amin. Spontan Farah melempar bantal kecil ke dada lelaki itu.
"Abang ni, sayang serius la...," balas Farah lalu mencapai telefon bimbitnya. Tanda protes dengan respon Amin.
"Yela..," Amin berbaring berpaling dari televisyen, di kaki katil supaya dia dapat memandang Farah. Farah meletakkan semula telefon bimbitya di almari kecil sebelah katil disisinya.
"Memula, abang nak kerja dengan ayah. Lepas dua tiga bulan, insyaAllah abang nak buat majlis untuk kita," beritahu Amin mengenai pengisiannya sebelum melangkah ke peringkat ijazah nanti, insyaAllah.
"Abang nak buat majlis untuk kita?" tanya Farah inginkan kepastian di atas keputusan Amin. Amin mengangguk.
"Kenapa?"tanya Amin.
"Kita kan bernikah in improper way. Abang tak malu? Beristerikan sayang pulak tu," Farah menjawab mengikut rasa hatinya.
"Even in improper way pun, kita dah 3 bulan lebih bernikah. In improper way pun, abang dan famili dah terima sayang dan sebaliknya. In improper way pun, kita kena beritahu orang yang kita ni dah bernikah. Nanti jadi fitnah bila orang nampak kita asyik berdua selepas ni." Amin berhenti sebentar.
"Dan, untuk pengetahuan sayang, abang tak pernah rasa malu beristerikan sayang. Sayang anugerah Allah. Sayang tak sempurna, tapi abang ada untuk sempurnakannya. Abang pun taklah baik sangat, ade level lain yang buatkan sayang lebih baik dari abang. Selama tiga bulan ni pun, abang dah dapat kenal sayang dan famili sayang." beritahu Amin. Farah menundukkan padangannya.
"Kat dunia ni, takde yang sempurna. Hubungan kita kekal dan teguh sampai sekarang pun sebab sikap sayang sendiri yang selalu muhasabah diri. Kadang-kadang abang rasa, abang ni takde dosa ke sampai tak merasi keinsafan sekuat sayang. Abang jealous sayang bole menangis-nangis depan sejadah, minta maaf dengan abang.. atas kesalahan yang kecil je sebenarnya," jelas Amin panjang lebar dengan tenang.
Dia meluahkan segala yang dirasainya selama ini yang dibiarkan terbuku di dalam hati. Farah mendongakkan kepalanya dan memandang Amin lalu tersenyum. Matanya berkaca. Dan dengan sekali kerdipan mata, airmatanya serentak berguguran. Tidak semena-mena, Farah berbaring di atas lengan Amin yang berdekatan dengan bahunya dan memeluk tubuhnya. Erat. Buat pertama kali hadir dengan sendiri datang memeluknya membuatkan Amin sendiri terkaku.
"Terima kasih," ucap Farah perlahan tetapi cukup untuk membuatkan Amin mendengar.
"Ini takdir Allah, Farah. Ini cinta dari Allah. Cinta ini sekarang bukan milik abang seorang, cinta ini bukan milik sayang seorang. Cinta ini untuk kita berdua. Cinta ini milik kita," ucap Amin lalu mengapai tangan kanan isterinya yang disarungkan cincin pernikahan meeka, lalu dikucupnya perlahan.
'Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah. Dengan NamaMu, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kau jagalah ikatan ini di dunia hingga akhirat. Amin Ya Rabbal'alamin.' getus hati Amin dan Farah serentak.



**dah lama terperuk. ending tak tau nak buat cm mana, pastu tajuk pulak tatau nak buat apa.. last2 jadi mcm ni. huhu

Friday, 13 November 2015

Cerpen : You're My Wife (Kau Isteriku)



Seorang lelaki berbaju t-shirt putih dipadankan dengan seluar track hitam berjalan masuk ke halaman rumah ke arah seorang gadis yang memakai baju t-shirt hitam berseluar slack coklat dengan rambut yang diikat kemas sedang duduk di atas pankin yang berdekatan dengan kolam ikan sambil memandang jauh dan langsung tidak menyedari akan kehadiran lelaki itu.
            "Jauh termenung. Ingat kat siapa tu?"tegur lelaki itu.
            "Takde siapa-siapa la. Tengah tengok ikan-ikan tu berenang. Main-main,"balas gadis itu apabila mendapati orang yang ditunggunya kini kunjung tiba disisinya.
            "Dah lama tunggu?"tanya lelaki itu sambil memandangnya.
            "Tak jugak. Dalam 10 minit je baru,"balas gadis itu.
            "Kenapa tak tunggu kat dalam?"tanya lelaki itu lagi.
            "Taknak la. Ganggu ibu buat kerja pulak, baik tunggu kat sini. Boleh tengok ikan-ikan ni. Lambat balik joging hari ni,"balas gadis itu.
            "Hari ni joging jauh sikit. Kenapa datang tak bagi tahu?"tanya lelaki itu sambil mengambil tempat di sebelah gadis itu.
            "Saja. Lagipun tak terfikir nak datang sini tadi,"balas gadis itu sambil tersenyum.
            "Kenapa ni? Ada masalah ke?"lelaki itu seakan merasa sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu.
            "Takde apa. Bosan je. Kita keluar nak?"tanya gadis itu pula.
            "Ke mana?"tanya lelaki itu semula.
            "Mana-mana. Jalan-jalan je,"balas gadis itu memberikan cadangan yang tiada arah tuju.
            "Bila? Sekarang ke?"tanya lelaki itu inginkan kepastian.
            "Kalau boleh. Kau tak sibuk ke?"tanya gadis itu kepada lelaki yang duduk disebelahnya.
            "Tak. Tapi kalau kau tunggu aku mandi dulu, boleh?"tanya gadis itu.
            "Boleh. Aku tunggu kat sini,"jawab gadis itu sambil tersenyum.

Di dalam kereta menuju ke suatu tempat yang masih tidak pasti, lelaki tadi telah menukar bajunya dengan memakai t-shirt hitam bersama seluar slack berwarna putih memulakan perbualan apabila mendapati gadis yang biasanya riang itu tidak langsung membuka mulutnya.
            "Kau ni kenapa? Gaduh dengan special boyfriend lagi ke?"tanya lelaki itu mengagak.
            "Kami dah putus,"balas gadis itu pendek.
            "Erm, patut la kau senyap je dari tadi. Kalau tak, tak habis-habis kau cerita pasal dia. Kenapa pulak putus kali ni?"tanya lelaki itu lagi kerana gadis ini sudah berkali-kali putus cinta dan tiada yang kekal lama.
            "Dia curang. Tak jujur dengan aku. Bersyukur la aku punye degree tinggal satu sem je lagi, terseksa aku tengok muka dia tiap hari dengan girlfriend baru dia tu,"balas gadis itu sambil melepaskan sedikit geramnya.
            "Kenapa pulak? Kau dengan dia bukannya satu jurusan pun kan?"tanya lelaki itu, ingin mengetahui lebih mendalam.
            "Dia memang tak sama dengan aku. Girlfriend baru dia tu yang sama jurusan dengan aku. Aku rasa dia nak balas dendam,"agak gadis itu,
            "Kenapa kau cakap macam tu pulak?"tanya lelaki itu pelik.
            "Kan dia kawan baik Aliff. Aku pernah kecewakan Aliff dulu, so dia buat aku jatuh cinta pada dia. Then, tinggalkan aku sebab nak buat aku terluka,"terang gadis itu.
            "Habis tu, kau terluka tak?"tanya lelaki itu, binggung.
            "Kau kenapa? Saja nak sakitkan hati aku ke? Mesti la terluka! Aku jatuh hati kat dia betul-betul la... Dia gentle sangat,"balas gadis itu dengan sedikit perasaan sedih.
            "Dah berapa hari kau putus ni?"tanya lelaki itu.
            "Tiga..,"belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya dia dipintas.
            "Dah tiga hari baru kau bagi tahu aku? Teruk la kau ni,"kata lelaki itu dengan perasaan sedikit terasa.
            "Aku tak habis cakap lagi la. Dah tiga puluh hari,"balas gadis itu.
            "Mak aii! Lamanya. Baru sekarang kau bagi tahu aku? Hey! Lebih baik tak payah bagi tahu la..."tanya lelaki itu sedikit geram dengan perangainya.
            "Aku ingat aku boleh tenangkan hati aku sendiri. Aku kalau boleh, taknak la kacau kau. Kau kan sibuk kerja, dengan persiapan kawin kau lagi yang tinggal beberapa bulan je lagi,"balas gadis itu.
            "Hey! Kau tu adik angkat aku. Keluarga kau, keluarga aku. Keluarga aku, keluarga kau jugak. Masalah aku, masalah kau. Masalah kau, masalah aku jugak la. Lagipun, kita kan kawan. Kau dah lupa?"tanya lelaki itu.
            "Aku tak lupa. Tapi aku nak bagi kau ruang gak. Nanti aku asyik bergantung pada kau je susah gak. Nanti kau dah kawin, takkan la aku nak mengadu kat kau lagi. Ape pulak Kak Sue anggap,"balas gadis itu.
            "Nak anggap ape pulak? Macam dia tak kenal pulak kau dengan aku ni macam mana. Lagipun, kau jugak yang temukan kami dulu,"balas lelaki itu.
            "Mana la tau, dugaan ni macam-macam. Apa-apa boleh jadi. Tak kesah la walau macam mana kita sayangkan dia pun, kalau itu yang dah ditakdirkan untuk kita dan dia. Takde siapa boleh ubah,"balas gadis itu dengan nasihat sebagai peringatan kepada dirinya dan lelaki yang dianggap sebagai abang.

Sebulan kemudian, di rumah banglo gadis yang sama, ketika itu menuruni tangga pada malam harinya untuk membancuh minuman terlihat sesuatu di atas meja kecil yang berada di sebelah tangga. Dia tersenyum kecil, rupa-rupanya kad perkahwinan abang angkatnya.

 Akhirnya, tibalah pada hari yang di tunggu-tunggu oleh abang angkatnya, Farid yang bakal menikahi salah seorang senior adik angkatnya, Suhana. Ahli keluarga Farid dan ahli keluarga adik angkatnya sudah bersiap sedia menunggu kehadiran Suhana bersama rombongannya di masjid berdekatan rumah Suhana bersama juru akad nikah. 1/2 jam berlalu, kelihatan kelibat seorang gadis yang bertudung memasuki masjid itu dan mendekati Farid bersama keluarga Farid dan menarik adik angkat Farid bersama.
            "Maaf sangat-sangat Sue ucapkan terlebih dahulu pada Farid, pakcik, makcik. Sue tak boleh teruskan majlis ni,"luah Suhana satu persatu,
            "Apa maksud Kak Sue?"gadis yang merangkap juniornya bersuara,
            "Tunang Kak Sue dah balik,"balas Suhana.
            "Tapi dia kan dah meninggal?"tanya Farid inginkan kepastian.
            "Itulah yang kami anggap. Tapi sebenarnya tak. Dia terselamat dalam kemalangan tu. Seperti yang saya pernah ceritakan pada awak, kami masih belum jumpa mayat dia tapi disebabkan sudah terlalu lama menghilang, kami anggap dia sudah mati,"terang Suhana dengan lembut kepada mereka.
            "Tapi mana boleh Kak Sue tinggalkan Abang Farid macam ni je,"balas gadis itu.
            "Maafkan Kak Sue, Jamilah... Kak Sue memang cintai Farid. Tapi cinta Kak Sue pada tunang Kak Sue tak pernah padam. Makcik, pakcik, Farid... jangan risau, saya akan bayar segala ganti rugi dan pulangkan semula wang hantaran dan hantaran-hantaran yang telah dihantar sebelum ni,"Suhana berlalu pergi meninggalkan mereka semua yang masih dalam keadaan terkejut.
            "Eh! Kau pergi macam tu je?" tegur Jamilah dengan perasaan sedikit marah dan ingin mengejar kembali Suhana tapi dihalang oleh ayah Farid.
            "Sabar, Milah. Biarkan dia pergi," memeluk tubuh Jamilah menghalang Jamilah daripada mengejar Suhana.
            "Ayah, kita tak boleh biarkan ini terjadi!"luah Jamilah di dalam pegangan ayah Farid. Farid hanya memandang kosong kereta yang dipandu Suhana keluar dari masjid itu lalu dia berjalan masuk ke dalam masjid meninggalkan ibu ayahnya bersama Jamilah.

Sepulangnya mereka ke rumah keluarga Farid, ibu bapa Farid dibantu oleh kakak dan adik-adiknya menghubungi para tetamu untuk pemberitahuan pembatalan majlis itu bersama bantuan keluarga Jamilah, adik angkat Farid. Sehingga malam, bayang Farid masih tak kelihatan keluar dari biliknya walaupun berkali-kali dipujuk oleh ibu dan adik-adiknya. Jamilah mengorak langkah ke bilik abang angkatnya mencuba nasib. Beberapa kali pintu di ketuk sebelum Jamilah bersuara memberitahu kehadirannya di situ.
            "Farid, keluar la. Berapa lama kau nak macam ni? Kak Sue tetap takkan datang balik la. Kau lelaki la. Kau kena kuat. Walau bertahun kau kat dalam tu, masalah kau tetap ada. Takkan kau nak biarkan famili kau je yang selesaikan semuanya? Kau tak kesian kat dorang ke? Farid! Keluar la. Kau dah la tak makan lagi. Nanti gastrik padan muka! Cepat keluar! Sebelum aku pecahkan pintu ni," satu persatu ayat yang ditutur Jamilah untuk memujuk Farid. Tiba-tiba pintu dibuka, dan tubuh Jamilah didakap sekuat-kuatnya. Jamilah sekadar menepuk-nepuk belakang lelaki itu.
            "Terima kasih,"ucap Farid perlahan.
            "Sama-sama. Kita kan kawan,"balas Jamilah. Pelukan Farid bertambah erat.

Dua tahun kemudian, di banglo keluarga Farid sedang mereka sarapan bersama, soalan ibunya membuatkan dia tersedak.
            "Kenapa kau tak kawin je dengan Jamilah, Farid?"tanya ibunya.
            "Apa ibu merepek ni? Dia kan kawan saya, merangkap adik angkat saya. Anak angkat ibu dengan ayah juga,"balas Farid.
            "Habis tu, Suhana tu dulu bukan kau berkawan ke dulu? Apa salahnya adik angkat? Bukannya adik kandung. Boleh je jadi isteri kau, menantu ibu. Hubungan kita dan dia pun bertambah rapat nanti. Lagipun, ibu risau tengok kamu berdua dengan dia, macam belangkas,"terang ibunya.
            "Macam la dia nak dengan saya,"balas Farid.
            "Tak cuba, tak tahu,"ayahnya mencelah. Farid dan ibunya memandang ayahnya. Ayahnya sekadar tersenyum memandang mereka berdua.

Seperti yang dirancang, ibu bapa Farid ke rumah keluarga Jamilah pada pagi esoknya untuk merisik Jamilah. Pada hari berikutnya, ibu bapa Farid ke rumah keluarga Jamilah sekali lagi untuk mendapatkan kata putus. Setelah mendapati risikan mereka diterima, ibu bapa Farid langsung melamar Jamilah. Dengan lamaran itu, ibu bapa Jamilah meminta masa dan ruang untuk memberitahu kepada Jamilah dan meminta persetujuan mengenai lamran mereka. Pada malam itu, sedang mereka berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen ibu Jamilah memulakan bicara.
            "Tadi ada orang melamar kamu,"beritahu ibu Jamilah bersahaja.
            "Emak setuju tak?"tanya Jamilah yang masih berlagak seperti biasa.
            "Kenapa emak pulak? Engkau yang kena kawin, bukan mak. Kami tak bagi lagi kata putus. Kami minta masa. Kau setuju tak?"tanya ibunya lagi.
            "Milah ikut je la pilihan mak dengan abah. Milah dah malas nak cari sendiri. Kalau mak dengan ayah setuju dengan lamaran tu, Milah pun setuju,"balas Jamilah, berserah.
            "Betul ni setuju? Lepas ni tak boleh nak tarik-tarik dah,"tanya ayah Jamilah inginkan kepastian kerana dia sangat memahami anak perempuan bonsunya yang sering menyesal di kemudian hari.
            "Mak dengan abah setuju ke?"tanya Jamilah inginkan pendapat.
            "Kami sama-sama setuju,"balas ayahnya.
            "So, Milah pun setuju la. Milah tahu pilihan mak dengan ayah adalah yang terbaik untuk Milah,"balas Jamilah dengan yakin.

Keesokkan harinya, ibu Jamilah menghubungi ibu Farid untuk memberikan kata putus dari Jamilah. Kegembiraan yang tak dapat digambarkan oleh ibu Farid sehingga dia tidak sabar untuk memberitahu berita gembira itu kepada suaminya yang sibuk bekerja di pejabat. Tengah hari itu, sepulangnya suaminya untuk makan tengah hari di rumah, ibu Farid memberikan cadangan supaya mereka mengadakan majlis pertunangan secara rasmi kecil-kecilan. Ayah Farid sekadar bersetuju dengan cadangan itu agar senang orang tahu bahawa Jamilah telah diikat oleh seseorang. Cadangan itu langsung di utarakan kepada pihak Jamilah, seterusnya dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga. Ketika makan malam pada malam itu, di rumah keluarga Jamilah.
            "Tunang? Hujung minggu ni? Cepatnya!"terkejut Jamilah mendengar berita yang baru sahaja dia terima.
            "Kau nak tunggu bila lagi? Bagus la cepat-cepat nak buat apa tunggu lagi? Kenapa? Kau ade orang lain ke?"tanya ibunya bertalu.
            "Takde la. Rasa macam cepat sangat. Orang tak puas la nak enjoy-enjoy. Ini kalau dah bertunang, tak boleh nak bebas sangat,"balas Jamilah.
            "Apa salahnye kalau nak enjoy-enjoy kalau dah tunang pun? Lagipun abah rasa, kau takde kawan lain yang selalu kau keluar bersama selain si Farid,"balas ayahnya.
            "Yela... Nanti ape kata bakal tunang Milah tu nanti kalau tahu yang Milah selalu dengan Farid. Susah tu. Dia bukannye kenal Farid dengan Milah ni macam mana,"balas Jamilah lagi.
            "Mana kamu tahu dia tak kenal? Entah-entah lebih dari kenal,"balas ibunya sambil tersenyum.
            "Sekejap. Milah rasa macam ade yang tak kena dengan mak dan ayah sekarang ni. Milah tak faham. Ape yang dah jadi?"tanya Jamilah inginkan keterangan yang jelas.
Manakala di rumah keluarga Farid, di ruang tamu ayah Farid memulakan bicara.
            "Hujung minggu ni Jamilah ditunangkan,"beritahu ayah Farid kepadanya.
            "Oh! Ye ke? Bagus la. Bertuah lelaki tu,"kata Farid bersahaja tanpa asal usul periksa.
            "Kamu la lelaki tu,"ibu Farid berterus terang.
            "Apa maksud ibu?"tanya Farid dengan muka yang berkerut sambil memandang kedua orang tuanya.
            "Dia setuju lamaran kamu. Hujung minggu ni kami nak sarungkan cincin tunang kat rumah dia,"beritahu ayah Farid.
            "Hah? Tapi tadi kami jumpa, dia tak cakap apa-apa pun," Farid sedikit keliru.
            "Kami baru je rancang tadi tentang majlis pertunangan tu selepas emak bagi tahu kata putus dari pihak mereka tentang lamaran kami,"balas ibunya pula.
            "O, tapi dah dua hari kami jumpa berturut-turut, dia tak cakap atau tanya apa-apa pun pasal risikan atau lamaran dari pihak kita pun,"balas Farid.
            "Dia malu kot, kena kawin dengan senior yang tua dua tahun dari dia. Abang angkat pulak tu,"ayah Farid mengagak.
Di rumah keluarga Jamilah, Jamilah terus meninggalkan meja makan setelah mendapati Farid adalah bakal tunangnya. Sepanjang malam sehingga tertidur Jamilah berfikir untuk mengelak dirinya dari Farid kerana malu dengan apa yang telah terjadi dan keputusan dia yang melulu tanpa banyak bertanya.

Seperti yang dirancang, kini akhirnya Jamilah menjadi tunangan Farid secara rasmi. Majlis pertunangan yang diadakan secara kecil-kecilan masih meriah dengan kedatangan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Farid yang dilarang oleh ibunya untuk hadir ke majlis itu melegakan sedikit hati Jamilah kerana dia tak perlu bertentang mata dengan lelaki yang selama ini dia anggap abang tetapi kini menjadi bakal suaminya!

Pada hujung minggu hadapannya, Farid yang mengenakan baju kemeja berlengan pendek berwarna biru pekat dipadankan dengan seluar berwarna hitam ke rumah keluarga Jamilah. Oleh kerana agak geram dengan kelakuan Jamilah, yang menyepikan diri secara tiba-tiba sejak kebelakangan ini.
Awal-awal pagi lagi Farid telah sampai di rumah keluarga Jamilah bagi mengelakkan Jamilah keluar dari rumah melarikan diri daripadanya yang dia sendiri tidak tahu akan sebabnya. Farid masuk ke rumah itu setelah dijemput oleh ibu bapa Jamilah menuju ke ruang makan kerana mereka sedang bersarapan. Baru sahaja Farid melabuhkan punggung, Farah turun dari tingkat atas ke ruang makan.
            'Alahai... buat apa la mamat ni datang rumah aku pagi-pagi buta ni,'getus hati Jamilah sambil melangkah perlahan ke arah meja makan dan duduk di sebelah ibunya. Ketika bersarapan, tiba-tiba Farid bersuara.
            "Emak, abah, Farid ingat nak bawak Jamilah keluar, boleh?" Farid meminta kebenaran.
            'Oh! God. Please abah, say NO!' getus hati Jamilah yang sedang tunduk memandang bihun goreng di dalam pinggan.
            "Boleh. Abah tak kisah. Tapi jangan lambat sangat balik," kata ayah Jamilah dengan nasihat yang sering diberikannya jika mereka keluar berdua.
            "Tapi, Ila tak boleh la... Ila penat sangat. Nak rehat kat rumah la," Jamilah mencelah untuk mengelakkan diri.
            "Please, honey. I think we need to talk. Lagipun, kita dah lama tak keluar bersama,"pinta Farid tanpa segan silu di hadapan ibu bapa Jamilah.
            "Ala, pergi jela. Apa salahnya? Dulu sebelum bertunang pantang di ajak keluar, sekarang dah bertunang dah taknak pulak,"tegur ibunya.
            "Yela, Jamilah keluar. Jamilah pergi bersiap kejap," kata Jamilah dengan hati yang berat dan senyuman paksa. Jamilah bangun dari kerusi meja makan lalu naik ke tingkat atas masuk ke biliknya.

Beberapa minit kemudian Jamilah turun ke ruang tamu dengan memakai seluar slack berwarna hitam dipadankan dengan blaus biru berenda putih dan tudung berwarna putih sambil membawa beg tangan kecil berwarna hitam. Jamilah dan Farid meminta diri keluar dan menyalami kedua-dua orang tua Jamilah. Di dalam kereta, perjalanan ke tempat yang mereka selalu kunjungi bersama.
            "Kita nak ke mana ni, awak?"tanya Jamilah setelah Farid hanya mendiamkan diri. Jamilah cuba menggunakan bahasa yang lebih baik berbanding sebelum mereka ditunangkan.
            "Awak? Siapa awak?"tanya Farid terkejut.
            "Awak la.. siapa lagi dalam kereta ni?"balas Jamilah.
            "Kita kan dah nak nikah, panggil je la 'abang'. Sedap sikit dengar,"balas Farid sedikit nakal.
            "Huh?"Jamilah terkejut.
            "Yela. Lagipun abang kan tua dua tahun dari Ila. Apa salahnya panggil abang,"terang Farid.
            "Tak nak la. Orang tak biasa la,"balas Jamilah menolak cadangan Farid.
            "Dari tak biasa la kena biasakan,"tegur Farid. Jamilah memandang Farid seketika lalu memandang ke hadapan semula.
            "Kita nak ke mana ni? Kau tak jawab lagi," Jamilah mengulang pertanyaannya. Farid menjeling tajam Jamilah dan langsung tidak membalas pertanyaan Jamilah.
            "Pekak,"rungut Jamilah.
            "Ila ni kenapa? Nak buat abang marah ke?"tanya Farid sambil memandang tepat ke arah Jamilah.
            "Habis tu, ber'aku kau' dengan abang ni kenapa? Masa kita jadi adik beradik angkat takpe la.. abang consider lagi, sekarang kita dah bertunang.. beberapa bulan je lagi kita nak kahwin.. abang tak suka Jamilah bahasakan diri macam tu dengan abang,"Farid mengingatkan Jamilah semula.
            "Habis tu siapa suruh tak jawab soalan saya?"balas Jamilah.
            "Perlu sangat ke? Dulu kalau kita keluar tak pernah sekali pun Ila nak tanya abang nak bawak Ila kemana.. Ila ikut je.. Tak pernah menolak, tak pernah bagi alasan.. tapi kenapa sekarang Ila dah lain?"tanya Farid bertubi-tubi mempersoalkan kelakuan Jamilah yang semakin berubah sejak mereka bertunang. Jamilah jadi serba salah. Dia memandang sekilas wajah Farid yang duduk memandu disebelahnya.

Mereka masuk ke dalam sebuah pasaraya yang terkenal, dan hanya sepi mengiringi mereka berjalan bersama ketika berjalan di dalam pasaraya itu.
            "Awak, awak marah saya lagi ke?"tanya Jamilah yang mulai tak selesa dengan keadaan yang sepi seperti itu.
            "Nak marah pasal apa pulak?"tanya Farid semula. Tidak faham dengan soalan Jamilah.
            "Habis tu, abang diam je.. dari dalam kereta tadi," rungut Jamilah.
            "Siapa?"tanya Farid semula kerana dia merasakan Jamilah salah membahasakan dirinya.
            "Abang la. Siapa lagi? Hish!"balas Jamilah geram.
            "OPPSS!!" Jamilah menekup mulutnya kerana menyedari dia telah menukar gelaran diri Farid. Farid tersenyum.
            "Awak punya pasal la ni..! Kenapa bahasakan diri awak 'abang'.. Kan saya dah terikut," Jamilah menuduh Farid untuk menutup kesalahan dirinya.
            "Eh! Abang pulak, dia sendiri yang cakap. Abang tak tau,"balas Farid sambil senyuman yang semakin melebar.
            "Abang!" Jamilah semakin malu.
            "Ye, sayang, hahaha," sambut Farid sambil ketawa.
            "Siapa sayang? Benci tau!" Jamilah cuba melindungi perasaan malunya dengan memarahi Farid.
            "Benci sekejap je tau. Jangan benci lama-lama. Tak kawin abang nanti," usik Farid sambil tersenyum.
            “Hish! Suka tau usik orang,” Jamilah menahan senyuman dengan usikan Farid yang kelihatan manja dimatanya. Pertama kali dia melihat Farid sebegitu rupa.
            "Dah, jom," Farid berjalan semula diekori Jamilah disisinya. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam sebuah butik pengantin.
            "Selamat datang, cik," sambut seorang gadis sebaik sahaja mereka melangkah masuk. Farid dan Jamilah sekadar mengangguk sambil tersenyum.

Beberapa hari kemudian,
            Sedang Jamilah sibuk di meja kerjanya, satu panggilan masuk ke telefon bimbitnya.
            "Assalammualaikum," Jamilah memberi salam.
            "Waalaikummussalam, awak sihat?"tanya pemanggil Jamilah.
            "Siapa ni?"tanya Jamilah yang tidak mengenali gerangan yang menghubunginya.
            "Awak dah lupa pada saya?" tanya pemanggil lelaki itu.
            "Hah? Siapa ni? Jangan main-main boleh tak?" pinta Jamilah.
            "Ini saya la, Johan," pemanggil itu memperkenalkan dirinya.
            "Johan? Khairil Johan?" tanya Jamilah semula inginkan kepastian.
            "Ya, saya," balas lelaki itu dengan senyuman yang terukir dibibitnya walaupun Jamilah tidak boleh nampak.
            "Ke... kenapa awak called saya?" Jamilah agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba.
            "Saya rindui awak. Jom kahwin!" spontan lelaki bernama Johan itu berkata.
            "Hah??? Apa awak merepek ni Johan?" tanya Jamilah tak tentu arah.
            "Merepek? Tak la. Saya serius ni," Johan berterus terang.
            "Kenapa baru sekarang awak datang? Kenapa tak dari dulu lagi?" tanya Jamilah tiba-tiba.
            "Sebab sekarang saya dah bersedia. Sekarang saya mampu untuk tunaikan apa sahaja yang awak mahu. Kita jumpa?"balas Johan dengan yakin.
            "Bila?" tanya Jamilah.
            "This lunch? Tempat biasa..." beritahu Johan.
            "InsyaAllah," panggilan itu ditamatkan setelah Jamilah menjawab salan Johan.

Tengah hari itu, seperti yang telah dijanjikan Jamilah dan Johan bertemu di cafeteria yang dulu menjadi kunjungan mereka berdua.
            "Lama tunggu?" Jamilah mengambil tempat di hadapan Johan.
            "Tak la. Saya pun baru sampai,"jawab Johan sambil tersenyum.
            "Dah order air?"tanya Jamilah berbasa-basi.
            "Dah, saya orderkan untuk awak sekali. Fresh orange, it's ok with you?"tanya Johan.
            "Oh! Tak kisah apa-apa pun boleh,"balas Jamilah sambil tersenyum.
            "Awak semakin cantik sekarang,"luah Johan.
            "Terima kasih,"balas Jamilah janggal bercampur malu.
            "Bila awak balik dari Australia?"tanya Jamilah sambil memandang lelaki yang duduk dihadapannya.
            "Tiga hari yang lepas," balas Johan. Air yang telah dipesan Johan sampai di meja mereka.
            "O. baru lagi. Lepas ni awak nak kerja dekat mana?"tanya Jamilah.
            "Erm, tengoklah. Mungkin saya sambung berkerja dengan syarikat yang saya berurusan ketika di luar negara dulu. Mana-mana ada rezeki,"jawab Johan.
            "O, awak taknak kerja dengan ayah awak?"tanya Jamilah.
            "Entah la. Syarikat tu dah ada abang dan kakak saya. Lagipun, saya nak cari pengalaman dulu,"jawab Johan.
            "Jamilah, saya nak melamar awak,"luah Johan tiba-tiba.
            "Hah? Melamar?"tanya Jamilah terkejut.
            "Yup. Melamar awak sebagai isteri saya,"balas Johan serius.
            "Saya tak boleh,"jawab Jamilah.
            "Tapi kenapa? Awak dah tak sayang saya ke?"tanya Johan.
            "Saya sayang awak, Johan. Tapi sayang saya untuk awak hanya sebagai kawan. Cinta saya yang dulu dah lama mati untuk awak,"beritahu Jamilah.
            "Tapi apa salah saya? Sampai awak sanggup buang cinta tu?"tanya Johan.
            "Saya... saya.. dah bertunang, tak lama lagi saya akan berkahwin,"jawab Jamilah perlahan-lahan.
            "Tunang? Bila? Dengan siapa?"tanya Johan.
            "Dengan Abang Farid, baru je lagi. Dalam sebulan," balas Jamilah.
            "Abang Farid? I though he was married with Kak Suhana?"tanya Johan, keliru.
            "At first, it suppose to be like that but at the end, bila dorang nak nikah Kak Sue tiba-tiba nak batalkan sebab tunang dia yang disangkakan dah meninggal datang semula,"cerita Jamilah.
            "Tapi, Jamilah... Saya cintakan awak. Awak cinta pertama saya,"balas Johan bagaikan merayu kepadanya.
            "Maafkan saya, Johan. Saya tak boleh. Mungkin takde jodoh diantara kita berdua,"luah Jamilah dengan perasaan serba salah.
            "Jamilah, tolong. Jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak. Saya berubah demi awak. Saya lakukan semuanya demi cinta saya kepada awak,"rayu Johan.
            "Saya tak boleh, Johan. Saya dah sayangkan dan cintakan Abang Farid. Dia bakal suami saya. Saya taknak khianati cinta yang dia beri pada saya,"balas Jamilah.
            "Jamilah, saya janji saya boleh bahagiakan awak. Tolonglah, Jamilah. Masih belum terlambat untuk kita bersama,"pinta Johan sambil memegang tangan Jamilah. Jamilah pantas menarik tangannya.
            "InsyaAllah, awak akan jumpa gadis yang lebih baik daripada saya. Saya akan doakan untuk awak. Maafkan saya sekali lagi, Johan,"luah Jamilah sebelum berlalu pergi.

Pada suatu hari, sedang Jamilah duduk menonton televisyen di ruang tamu bersama ibu bapanya, dia menerima satu panggilan telefon membuatkan dia menjauhi ibu bapanya dan duduk di laman rumah.
            "Awak nak apa lagi, Johan?"tanya Jamilah bosan.
            "Saya nak awak!"beritahu Johan tegas.
            "Awak ni degil sangat kenapa? Saya dah kata saya tak boleh. Lupakan saya. Saya tak suka awak, jauhi saya!"balas Jamilah geram.
            "Saya tak peduli, Jamilah. Saya nak bersemuka dengan Abang Farid,"balas Johan.
            "Awak dah gila ke? Awak nak jumpa Abang Farid nak buat apa? Jangan! Jangan sesekali awak berani jumpa dia!"Jamilah melarang.
            "Saya tak peduli!"balas Johan lalu menamatkan panggilan itu. Jamilah mulai rasa resah setelah mendengar apa yang Johan ingin lakukan semata-mata untuk bersamanya semula. Dengan kadar segera Jamilah naik ke tingkat atas masuk ke dalam biliknya dan seketika kemudian dia keluar dari bilik setelah menukar pakaian.
            "Ila keluar sekejap,"beritahu Jamilah kepada ibu bapanya sambil mengambil kunci kereta dari tempat letak kunci dan keluar dari rumah itu tanpa berpaling lagi. Kedua ibu bapanya saling berpandangan, tertanya-tanya di antara satu sama lain.

Jamilah memandu kereta dengan laju menuju ke rumah Farid namun hatinya bertambah risau apabila dia mendapati Farid telah pun keluar tak lama sebelum dia sampai di rumah itu.
            'Ya Allah! Sesungguhnya Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Kau lindungilah hubungan aku dengan Abang Farid. Restuilah kami Ya Allah. Jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki dan dendam,' doa Jamilah di dalam hati. Jamilah memandu keretanya pulang ke rumah, dengan hati yang masih tidak menentu dan takut dengan kemungkinan yang akan dibuat oleh Johan.

            Keesokkan harinya, sebaik sahaja selesai solat subuh Jamilah menerima satu mesej dari Farid.
            ‘Assalammualaikum. Lunch nanti dengan abang, abang tunggu kat bawah office Ila pukul 1,’
            ‘Waalaikummussalam. OK,’

Dihati Jamilah mulai merasakan sesuatu yang lain namun cuba diusirnya perasaan itu lalu dia bersiap sedia untuk ke tempat kerja.
Tengah hari itu, seperti yang dijanjikan, Jamilah turun ke bahagian bawah bangunan pejabatnya tepat pukul 1. Kelihatan dari jauh, Farid telah pun menunggu Jamilah di luar kereta di tempat letak kereta. Jamilah mendapatkan Farid.
“Assalammualaikum,”ucap Jamilah kepada Farid sambil tersenyum.
“Waalaikummussalam, “balas Farid sambil tersenyum.
“Nak makan kat mana?”tanya Jamilah teruja.
“Jom! Abang ade jumpa satu tempat best,”beritahu Farid sambil membukakan pintu kereta untuk Jamilah.
“Wah! Bestnye,”Jamilah bertambah gembira mendengar kata-kata Farid.
Farid membawa Jamilah ke sebuah restoran makanan Jepun yang diketahui dari sahabatnya. Mengetahui Jamilah yang begitu menggemari makanan Jepun membuatkan Farid membawa Jamilah ke situ. Sedang mereka berjalan menuju ke kereta,
            “Sedapnya makan dekat situ. Puas hati sangat. Pandai kawan awak recommend,”beritahu Jamilah sambil tersenyum ke arah Farid. Farid hanya tersenyum dan mengangguk lalu membukakan pintu kereta untuk Jamilah.
            “Ila, Ila takde apa nak beritahu pada abang?”tanya Farid memecahkan kesunyian di dalam kereta setelah Jamilah hanya mendiamkan dirinya dari tadi.
            “Huh? Beritahu apa lagi? Kan Ila dah beritahu tempat tu memang sedap. Sedap tak terkata,”balas Jamilah sambil tersenyum memandang Farid.
            “Bukan itu maksud abang, abang maksudkan Johan,”balas Farid beterus terang.
            “Johan? Kenapa dengan dia?”tanya Jamilah, berpura-pura tidak tahu mengenai lelaki yang baru sahaja disebut oleh Farid.
            “Ila, jangan buat-buat tak tahu boleh? Abang tahu, Johan dah jumpa dengan Ila sebelum ni. So, abang nak Ila terus terang dengan abang,”pinta Farid.
            “Nak terangkan apa lagi? Saya tak rasa saya perlu terangkan apa-apa,”Jamilah berdalih.
            “Farid ada minta pada abang supaya lepaskan Ila.  Dia nak kembali bersama dengan Ila,”beritahu Farid sambil matanya masih fokus ke hadapan.
            “Then, you want  let me go because of him?”tanya Jamilah sambil memandang lelaki yang bakal menjadi suaminya dalam beberapa bulan sahaja lagi.
            “Abang pentingkan kebahagiaan Ila. Abang tahu cinta pertama Ila dengan dia jadi abang taknak disebabkan abang, Ila tak dapat kebahagiaan yang Ila nak,”luah Farid. Hati Jamilah menjadi sakit mendengar luahan lelaki itu. Darah mengebu ke mukanya. Tangannya mengigil menahan kemarahan dan kesakitan dihati.
            “Jadi, abang nak buang Ila? Abang tak sayang kan Ila dah?”tanya Jamilah yang masih cuba mengawal suaranya.
            “Bukan itu maksud abang. Abang cuma nak Ila bahagia. Abang yakin dengan apa yang dia dah ade sekarang berbanding dulu, dia mampu bahagiakan Ila,”jelas Farid.
            “Kenapa? Abang ingat perasaan Ila ni macam tukar baju ke? Sekejap boleh sayang dekat dia, sekejap dekat abang. Kalau abang dah taknak Ila, tak sayang Ila, abang beritahu Ila. Ila boleh pergi,”luah Jamilah. Air mata mulai mengalir dipipinya. Hatinya tidak dapat menanggung setiap patah perkataan yang diluah oleh dirinya sendiri. Bagaikan membuang dirinya jauh dari sisi lelaki itu.
            “Ila dah sayangkan abang. Ila dah mulai cintakan abang. Ila yakin yang Ila boleh bahagia dengan abang. Tapi abang, senang-senang nak lepaskan Ila pada orang lain,”tambah Jamilah lagi lalu tenggelam dalam tangisannya tanpa memperdulikan Farid di sebelahnya. Farid memberhentikan keretanya ke bahu jalan.
            “Ila, abang minta maaf. Abang takde niat langsung nak lukakan hati Ila. Sebabkan abang terlalu sayang dan cintakan Ila, abang sanggup lepaskan Ila dengan Johan demi kebahagiaan Ila walaupun hati abang sendiri terluka,”pujuk Farid sambil memusingkan tubuh Ila supaya mengadapnya. Farid mengelap pipi Jamilah yang basah dengan air mata.
            “Maafkan abang,”ucap Farid dan Jamilah hanya mengangguk tanda dia memaafkan lelaki itu.
            “Tapi, abang kena janji abang takkan ungkit lagi benda ni. Ila tak suka,”pinta Jamilah.
            “Baiklah, abang takkan ungkit lagi. Abang janji,”janji Farid sambil tersenyum memandang Jamilah. Kesunyian di antara mereka membuatkan Jamilah berasa janggal. Perlahan-lahan tangannya yang berada di dalam genggaman Farid ditarik. Farid menyambung pemanduannya.
            “Oklah, Ila naik atas dulu. Terima kasih belanja makan,”ucap  Jamilah setelah kereta yang dinaiki mereka tiba di hadapan bangunan pejabat Jamilah. Tetapi dia ditahan keluar dari kereta.
            “Ila, nanti kejap,”pinta Farid.
            “Apa lagi?”tanya Jamilah sambil memandang Farid semula.
            “Terima kasih,”ucap Farid.
            “Huh? Sebab apa pulak?”tanya Jamilah yang tidak memahami maksud Farid.
            “Sebab cintakan abang,”balas Farid sambil tersenyum bahagia. Jamilah hanya tersenyum malu lalu keluar dari kereta itu dan naik ke pejabatnya.

Pada malam itu, Jamilah duduk di dalam bilik sebaik sahaja selesai menunaikan solat isyak. Dia mengambil keputusan untuk menghubungi Johan.
            “Assalammualaikum, Johan,”ucap Jamilah sebaik sahaja panggilannya dijawab.
            “Waalaikummussalam, Jamilahku sayang. Rindukan saya ke?”tanya Johan mengusik.
            “Takde makna aku rindu pada orang macam kau. Aku nak tanya pada kau, apa yang kau dah cakap pada Abang Farid?”tanya Jamilah ingin tahu.
            “Owh, dia dah beritahu awak yang dia nak lepaskan awak?  Jadi macam mana, awak setuju tak?”pertanyaan Johan menguji kesabaran Jamilah.
            “Johan! Aku nak kau jawab soalan aku. Kau cakap apa pada abang Farid?!”tanya Jamilah dengan suara yang sediki keras.
            “Aku beritahu dia yang aku cintakan kau lagi. Aku beritahu yang aku dah berjaya sekarang, aku dah ade kerjaya yang kukuh untuk bersama kau. Aku beritahu dia yang aku dah jumpa dengan kau dan aku cuma perlukan persetujuan dia untuk lepaskan kau dari dia untuk bersama dengan aku semula,”beritahu Johan dengan jelas.
            “Lupakan aku! Sebab aku takkan kembali pada kau. Cinta aku pada kau dah lama mati. Aku hanya cintakan Abang Farid sekarang. Walau dia nak lepaskan aku, tapi aku takkan sesekali lepaskan dia. Dia adalah orang yang tepat aku cari selama ni. Allah sudah pertemukan aku orang sebaik dia jadi aku takkan mengalah lepaskan dia semudah itu,”luah Jamilah.
            “Hah?”Johan keliru.
“Aku nak ucapkan terima kasih jugak sebab kau, aku berani luahkan perasaan sayang aku pada dia dan sekarang hubungan dan kepercayaan kami lebih erat dari sebelum ni. Dua bulan lagi pernikahan kami, aku jemput kau datang sebagai kawan baik aku. Terima kasih untuk segala-galanya. Aku doakan kau akan bertemu dengan orang lebih baik dari aku. Assalammualaikum,”ucap Jamilah dengan panjang lebar sebelum mematikan panggilan.

Dua bulan kemudian, akhirnya tiba masa yang ditunggu oleh Jamilah dan Farid juga keluarga. Penyatuan Jamilah dan Farid yang memperoleh restu dari kedua-dua belah pihak menambahkan lagi kegembiraan dan keredhaan dalam rumah tangga yang baru sahaja dibina oleh mereka berdua.
            Selesai sahaja diijabkabulkan, Farid menyarungkan cincin ke jari manis Jamilah sebagai tanda penyatuan mereka berdua. Jamilah menyalami tangan suaminya dengan serentak itu Farid berbisik;
            “Terima kasih, sayang. Alhamdulillah right now, you’re my wife,”bisik Farid. Jamilah mengangkat mukanya semula sambil tersenyum manis memandang Farid sebagai tanda sama-sama. Perhubungan yang bermula dari ‘abang adik angkat’ berubah menjadi suami isteri. Tiada disangka dia berkahwin dengan lelaki yang sering menemani dan membantunya dalam setiap keadaan selama ini menjadi miliknya yang sah insyaAllah sehingga ke akhir hayat.