Thursday 13 January 2022

Cinta Ini Milikmu

 


Bab 1

Kelihatan seorang gadis mengayuh basikal dengan laju menuju ke rumahnya. Sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah, lalu basikal yang tidak bertongkat itu dibiarkan tumbang sendiri dan dia berlari masuk ke dalam rumah mencari seseorang.

            "Ibu! Ibu!"teriak gadis itu serata rumah. Teriakan itu disambut daripada bsalah sebuah bilik di dalam rumah itu. Gadis itu berlari masuk ke dalam bilik dimana suara ibunya kedengaran.

            "Ibu!"gadis itu memanggil ibunya sambil mendekati wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an itu.

            "Kenapa ni?"tanya wanita itu kepada anak gadisnya.

            "Fiza dah dapat! Fiza dapat masuk U!"beritahu gadis yang mengelar dirinya 'Fiza' sahaja kepada ibunya dengan keterujaan.

            "Tengok ni! Fiza print kat cc tadi,"Fiza menunjukkan surat tawaran daripada universiti yang dicetaknya dari pusat siber. Ibunya mengambil kertas yang dihulur oleh Fiza kepadanya.

            "Alhamdulillah, akhirnya dapat juga. Ibu sendiri risau kalau Fiza tak dapat bidang yang Fiza nak,"ibu Fiza meluahkan rasa hati setelah mengucapkan syukur.

            "Itulah, Fiza pun bersyukur sangat dapat jurusan yang Fiza nak dan minat," Fiza menyetujui pendapat ibunya sambil tersenyum memandang borang kemasukan yang berada di tangan ibunya.

 

Dua minggu kemudian, Hafizah mendaftarkan diri di UiTM, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang dibawa oleh ibunya ditemani oleh pakcik saudaranya, abang ibunya kerana hanya mereka sahaja keluarga yang dia masih ada.

            Setelah seminggu orentasi untuk pelajar-pelajar baru berakhir, Hafizah hanya merehatkan diri di asrama tanpa ke mana-mana seperti sesetengah pelajar yang berjalan keluar atau pulang ke rumah buat seketika.

            Pada minggu berikutnya, kelas dimulakan. Fiza begitu teruja menghadiri kelas setelah lima bulan berehat dari belajar sejak dia berjaya menamatkan pelajaran di peringkat matrikulasi di Johor.

Bebeapa hari kemudian, ketika Hafizah di perpustakaan mencari buku rujukan untuk tugasannya, dia berpaling saat terdengar suara bisikan memanggilnya dari sisi dia berdiri.

"Hafizah?" Tegur suara itu. Hafizah menoleh sekejap. Tiba-tiba otaknya memproses wajah yang baru sahaja dipandangnya.

"Hafizah kan?" Tegur suara itu lagi dan semakin mendekatinya. Perlahan-lahan Hafizah menapak menjauhi gerangan yang seakan dikenalinya sejak 5tahun lalu dari sebuah laman sosial.

' Subhanallah! Macam mana aku boleh lupa dia ada dekat U ni?' getus hatinya.

Lelaki itu semakin mendekati apabila mendapati Hafizah menjauhinya. Hafizah dengan kadar segera mengambil buku nota dan bekas pensilnya yang dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Lantas, dengan segera Hafizah keluar daripada perpustakaan itu. Rupanya jejaka itu menjejaki dan mengejarnya hingga keluar. Diruangan rak beg pelajar yang disediakan diluar perpustakaan, dalam keadaan kelam kabut Hafizah menarik beg sandangnya sambil cuba memasukan buku dan alatan tulisnya ke dalam beg tersebut dengan berjalan pergi daripada situ.

"Hafizah! Tunggu!" Panggil lelaki itu separuh menjerit.

'Macam mana dia boleh perasan aku dekat sini? Dan macam mana aku tak ingat langsung dia pelajar dekat sini?' bisik hatinya menyalahkan dirinya sendiri. Akhirnya, Hafizah berjaya dipintas oleh lelaki itu. Hafizah memakai cermin matanya, berlakon seakan-akan dia baru perasan akan kewujudan lelaki itu.

"Ya Encik, maafkan saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu," Hafizah masih mengekalkan lakonan agar lelaki itu jadi was-was mengecamnya.

"Hafizah?"tanya lelaki disisinya yang memanggil dirinya. Otak gadis memproses wajah yang baru sahaja dia pandang. Dia menoleh sekali lagi. Hafizah melorotkan matanya ke kad pelajar yang tergantung dileher lelaki itu. Tertera namanya 'Tengku Ariffin'.

'Confirm!' getus hatinya setelah melihat kad pelajar lelaki itu. Mukanya sengaja dikerutkan.

"Nur Hafizah Fadzli, kan?"tanya lelaki itu lagi dengan meneka nama panjangnya.

"Awak... Tengku?"tanya Hafizah walaupun dia memang sudah begitu pasti identiti lelaki dihadapannya.

Lelaki itu mengukir senyuman lalu mengangguk.

"Kenapa lari?"tanya lelaki yang dipanggil 'Tengku' itu. Tengku mengambil tempat di sebelah Hafizah

setelah menyuruh gadis itu untuk duduk.

"Terkejut,"luah Hafizah sambil tersenyum paksa.

"Tak beritahu saya pun, awak dapat universiti ni jugak,"nada Tengku seakan tidak puas hati

kerana Hafizah tidak memberitahu kehadirannya di situ.

"Perlu ke?"tanya Hafizah dengan dahi yang berkerut.

"Takde la. At least, beritahu la. Selama ni, awak beritahu je kalau ada apa-apa hal,"Tengku menyangkal pertanyaan Hafizah.

"Kalau ada hal, ini takde hal. So, takde la saya beritahu,"jawab Hafizah sambil tersenyum dengan niat bergurau.

"Eh! Bergurau pulak dia,"balas Tengku sambil memandang tepat ke arah hafizah.

"Takdela. Sebenarnya tak sempat. Lagipun, saya sendiri lupa yang awak ada dekat sini. Excited sangat nak datang Pulau Pinang ni,"balas Hafizah sambil tersenyum memandang lelaki itu sekilas.

"Habis, tadi kenapa lambat sangat proses maklumat?"tanya Tengku masih tidak berpuas hati lagi.

"Biasalah, orang tengah concentrate mencari buku. Tiba-tiba awak datang, itu yang loading. Terkejut, sambil-sambil tu saya fikir jugak dekat mana saya kenal awak,"balas Hafizah selamba.

"Tapi, macam mana awak boleh perasan saya?"tanya Hafizah ingin tahu.

"Hmm? Entah. Saya pun taktau. Kita kan tak pernah jumpa. This is our first meeting, right?" Tengku memberikan soalan semula kepada Hafizah.

"Yela. Tapi, macam mana awak tahu tadi itu adalah saya?"tanya Hafizah tidak puas hati dengan keterangan lelaki itu.

"Saya pernah nampak awak sebelum ni di kafeteria tapi saya tak pasti lagi itu awak. Then, I found your file at the university's park and let a girl to gave it to you. Tadi pula, saya 'usha' dulu samada itu awak atau tak. Baru saya tegur bila saya confirm itu adalah awak,"beritahu Tengku mengenai keadaan sebenar.

"Kenapa tak text saya je, pak cik? Kan senang?"tanya Hafizah sambil memanggil lelaki itu menggunakan panggilan yang selalu mereka berdua gunakan selama berhubung sebelum ini.

"Haha, pak cik sendiri lupa nak text mak cik," balas Tengku sambil menahan ketawa.

"Awak nak kemana lepas ni? Nak masuk library semula," tanya lelaki itu pula.

"Taknak lah saya. Segan pulak, tadi dah keluar terburu-buru sebab ade orang kejar saya secara tiba-tiba,"balas Hafizah sambil menyindir lelaki itu. Tengku hanya tersenyum. Baginya hanya usikan biasa yang mereka sering nyatakan antara satu sama lain.

"Then, nak pergi mana?"tanya Tengku , sekali lagi.

"Entahlah. Jumpa pensyarah sat kot. Sementara nak tunggu lunch," balas Hafizah.

"Awak? Mana kawan-kawan awak?"tanya Hafizah pula.

"Ada dekat dalam library lagi. Tadi kami baru habis kelas. Awak takde kelas ke?"tanya Tengku lagi.

"Ada. Pagi tadi. Tapi tulah, pensyarah ada bagi assignment. Tadi saya tengah cari bahan la kat library. Terserempak dengan awak, lain pulak jadinya," balas Hafizah.

"Yang awak ni, takde keje ke? Kelas ke, takde eh?"tanya Hafizah semula kepada lelaki yang sedang berjalan beriringan dengannya menuju ke Fakulti Sains, Matematik dan Teknologi (FST)

"Ada. Tapi petang nanti, saya dekat library tadi tengah cari bahan jugak. Tapi tulah, kelibat awak menganggu fokus saya," balas Tengku bersahaja.

"Awak jurusan apa?"tanya Tengku.

"Pengajian Am," balas Hafizah sambil tersenyum mengusik.

" Main-main dengan saya kan?"uji Tengku dan tekaannya benar apabila Hafizah mula ketawa.

"Saya ambik Science and Mathematics," balas Hafizah dengan serius.

"Tengku!!"panggil seorang lelaki dari arah belakang mereka. Hafizah dan Tengku Tengku yang dipanggil Tengku sahaja itu, berpaling.

"Haa.. Yang Mulia, ada yang dah panggil tu," tehur Hafizah memberitahu Tengku.

"Ermm.. yela. Okeylah nanti kita jumpa lagi. Awak masih pakai nombor yang sama kan?"tanya Tengku. Hafizah sekadar mengangguk.

"Jaga diri, assalammualaikum," ujar Tengku lalu berjalan pergi meninggalkan Hafizah ke arah rakannya. Maka, Hafizah terus berjalan menuju ke fakultinya.

 

Beberapa minggu kemudian.

Hafizah berjalan kaki seorang diri masuk ke pintu pagar universiti, tiba-tiba sebuah motorsikal menghon dia daripada belakang. Hafizah menoleh.

"Awak," tegur Hafizah apabila cermin helmet yang gelap dinaikkan oleh penunggang motosikal itu. Motorsikal itu berhenti dihadapannya.

"Assalamualaikum"tegur Tengku Ariff sambil tersenyum.

"Waalaikumussalam,"balas Hafizah sambil membalas senyuman lelaki itu.

"Awalnya harini, nak pergi mana? Library ke?"tanya Tengku.

"Yaa. Harini kelas batal,"balas Hafizah.

"Baguslah. Jom kita breakfast sama-sama,"pelawa Tengku.

"Awak takde kelas ke?"tanya Hafizah.

"Tak. Saya datang ni sebab nak hantar assignment je,"jawab Tengku.

"Oh! Erm, tapi saya tak bawak duit. Sebab ingat nanti lunch kat hostel je,"beritahu Hafizah.

"Takpa. Harini saya belanja awak, nak?"tanya Tengku sekali lagi.

"Betul ke ni?" Hafizah ragu-ragu untuk menerima pelawaannya.

"Betul. Saya belanja awak," Tengku mempelawa seikhlas hati.

"Okey. Awak pergi hantar assignment dulu. Saya tunggu awak dekat kafe,"pinta Hafizah agar Tengku beredar terlebih dahulu.

"Awak nak berjalan kaki ke?"tanya Tengku inginkan kepastian.

"Yela. Lagipun hari-hari saya macam ni,"luah Hafizah selamba.

"Eh! Macam lambat je. Jomlah! naik dengan saya,"ajak Tengku supaya menaiki motor bersamanya. Hafizah melihat Tengku teliti melorot ke motor merah miliknya.

"Takpelah. Kan awak nak hantar assignment,"Hafizah cuba menolak.

"Tapi jauh lagi awak nak berjalan ni,"tegur Tengku.

"Alah.. Takpelah. Awak pergi je,"Hafizah berusaha menolak.

"Naik je. Bukannya apa-apa pun. Saya tak culik awak. Lagipun nanti saya dah siap hantar awak masih terkedek-kedek jalan dekat sini,"bebel Tengku panjang lebar.

"Haa.. yelah. Bising lah macam pakcik-pakcik dia ni,"Hafizah akhirnya mengalah akhirnya mendekati Tengku untuk menaiki motor tersebut.

"Macam mana nak naik, motor ni tggi sikit dari saya," Hafizah cuba berjengket tetapi kakinya tidak boleh menaikkan badan dia sepenuhnya.

"Naik jelah. Takkan naik motor pun tak reti,"balas Tengku sambil tersenyum nakal.

"Memang lah reti tapi saya tak pernah naik dengan lelaki," balas Hafizah.

"Pegang je bahu saya ni,"Tengku memberi kebenaran. Lalu dengan segan Hafizah memegang bahu Tengku supaya dia dapat naik motor itu dengan baik.

'Nasib baik pakai seluar harini,' getus hati Hafizah.

"Dah? Boleh jalan?"tanya Tengku.

"Okey.. Dah. Boleh jalan,"balas Hafizah. Hafizah hanya memegang fail kecil yang dia bawa untuk mengimbangi badannya.

Sampai sahaja di tempat letak kenderaan universiti yang berhampiran dengan kafe, Hafizah turun dari motorsikal tersebut dengan segera.

"Saya tunggu awak dekat dalam kafe ya,"beritahu Hafizah lalu berpaling berjalan masuk menuju ke kafe meninggalkan Tengku tanpa menanti jata putus dari lelaki itu. Tengku hanya mengangguk sendiri sambil memerhatikan Hafizah betul-betul masuk ke ruangan kafe.

Seketika kemudian, Tengku ke kafe setelah menghantar tugasannya. Tengku mendekati meja yang berada ditengah-tengah kafe. Kelihatan Hafizah sedang khusyuk membaca sebuah novel. Ketika Tengku menarik kerusi dihadapan Hafizah, barulah Hafizah mendongakkan kepalanya memandang Tengku.

"Dah hantar?"tanya Hafizah sambil menutup novel yang dibacanya. Tengku hanya mengangguk, meletakkan begnya dan bergerak ke kaunter. Tetapi dipertengahan jalan Tengku berhenti kerana Hafizah masih diam terduduk di tempatnya. Hafizah mengerutkan keningnya lalu Tengku hanya mengisyaratkan supaya mengekorinya. Perlahan-lahan Hafizah bangun dan mengekori Tengku ke ruangan makanan. Hafizah hanya mengambil beberapa keping roti sandwich dengan sekotak air teh bunga, manakala Tengku mengambil sepinggan nasi lemak bersama teh o' limau panas. Mereka kembali semula ke meja selepas Tengku selesai membayar makanan.

"Pagi-pagi lagi awak dah telan nasi lemak kan? Banyak pulak tu ambik," tanya Hafizah sambil membuka bungkusan plastik yang membalut 3 rangkap sandwich.

"Bukan selalu. Saya dalam sebulan dua kali je dapat merasa makan nasi lemak ni. Sedap tau,"terang Tengku sambil memuji nasi lemak yang dimakannya.

"Yeke? Tapi kenapa dua kali je? Dia tak buat hari-hari ya?"tanya Hafizah, berminat.

"Tak. Dorang buat setiap hari selasa pertama dan kedua je,"balas Tengku sambil menyuapkan sesudu nasi lemak ke dalam mulutnya.

"Oh! Kalau macam tu, minggu depan saya nak cuba rasa la,"luah Hafizah sambil tersenyum.

"Awak nak ke mana lepas ni? Balik ke?"tanya Hafizah.

"A'ah. Balik lah.. Awak?"tanya Tengku semula kepadanya.

"Dah tujuan saya ke sini nak ke library, mestilah pergi library,"jawab Hafizah.

"Yela. Lupa pulak saya. Ingatkan semata-mata nak jumpa saya tadi,"usik Tengku sambil tersenyum nakal. Hafizah menjeling dan dengan kadar pantas dia cuba memijak kaki lelaki itu dari bawak meja tetapi seakan Tengku dapat membaca tindakannya, Tengku dapat mengelak.

"Ops! Tak kena lah. Hahaha,"Tengku menyindir Hafizah lalu menolak pinggan makanannya yang sudah kosong ke tepi dengan selamba. Hafizah sedikit geram lalu sekali lagi dia cuba memijak kaki Tengku tetapi kakinya diperangkap oleh dua-dua kaki Tengku. Hafizah terkejut dengan tindakan lelaki itu, dengan spontan kaki kiri Hafizah yang masih bebas memijak kaki kanan Tengku.

"Auch!"Tengku mengaduh sedikit lalu melepaskan kaki kanan Hafizah. Hafizah tersenyum menang.

"Ops! Sorry," ujar Hafizah bersahaja lalu bangun mengambil beg dan failnya.

"Eh! Nak ke mana?"tanya Tengku terkejut dengan tindakan Hafizah yang tiba-tiba.

"Library,"balas Hafizah pendek.

"Eh! Tunggu la saya habis minum air ni dulu. Panas lagi air ni,"pinta Tengku.

"Awak ajak saya breakfast sama-sama je. Bukannya suruh tunggu awak habis makan, kan? Dah la.. saya pergi dulu," Hafizah berlalu tanpa menoleh. Tengku hairan dengan kedinginan Hafizah yang tiba-tiba. Dengan segera dia cuba menghabiskan air minumannya,lalu menjejaki Hafizah ke perpustakaan.

 

Di perpustakaan, Hafizah sedang sibuk mencari bahan rujukan disebalik rak-rak buku yang tersusun rapi. Akhirnya, Tengku berjaya menjejaki gadis itu.

"Dekat sini rupanya awak, puas saya cari,"tegur Tengku sambil mendekati Hafizah. Hafizah menoleh sekejap ke arah Tengku.

"Buat apa cari saya? Eh! Bukan ke awak kata nak balik?"Hafizah menoleh semula, memandang lelaki itu dengan pandangan pelik.

"Memanglah. Tapi awak blah macam tu je tadi buat saya rasa tak sedap hati nak biarkan awak sorang-sorang dekat sini,"jelas Tengku. Hafizah kembali berjalan melewati rak-rak buku diekori Tengku.

"Tak sedap hati? Tinggalkan saya? Awak ni.. okey ke tak? Sedar tak siapa yang tinggalkan siapa tadi? Hahaha.. kelakar la awak ni,"balas Hafizah sambil ketawa kecil.

"Habis tu, awak okey lah ni?"tanya Tengku inginkan kepastian.

"For sure okay. Sebab apa pulak saya tak okey ni? Pelik saya dengan awak ni,"balas Hafizah jujur sambil menarik keluar sebuah buku, lalu memandang Tengku yang masih setia mengekorinya.

"Sebab tadi laa," balas Tengku sambil merenung Hafizah. Cuba membaca riak muka gadis itu.

"Oh! Sebab itu, takpelah. Kita lupakan je. Saya tak tau awak tak sengaja, dan saya sendiri tak tahu kenapa saya nak bergurau dengan awak macam tu sekali,"jelas Hafizah dengan baik sambil memandang lelaki itu.

"Okey, kita sama-sama salah la kan?" Tengku bertanya lagi inginkan jawapan yang jelas.

"Yup. Mungkin saya terlalu selesa dengan awak sampai lupa awak ni lelaki," balas Hafizah mengusik Tengku sambil tersenyum.

"Huh?"Tengku tidak begitu mengerti apa yang dikatakan Hafizah.

"Takpelah. Lupakan je. Alang-alang awak ada dekat sini, tolong saya pilih buku, boleh?"pinta Hafizah dan Tengku hanya mengangguk bersetuju.


 


No comments:

Post a Comment