Tuesday 12 January 2016

Cerpen : Cinta Ini Milik Kita



Seorang pelajar perempuan berjalan menyusuri susur gajah berseorangan.Masih tak ramai pelajar yang hadir ke sekolah kerana masih awal.Pelajar asrama juga masih belum tiba.Sekolah itu menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal jauh.Manakala, sesetengah pelajar yang tinggal berdekatan hanya berjalan kaki atau menaiki kenderaan seperti motorsikal, basikal dan kereta.
“Farah!!!”  tiba-tiba kedengaran namanya dipanggil dari belakang. Seorang lelaki yang memanggilnya tadi datang mendekatinya.
“Engkau rupanya, Amin. Kenapa panggil aku?” tanya pelajar perempuan yang bernama Farah itu.
“Saja. Jom! Aku nak jalan dengan kau,” balas lelaki yang dipanggil Amin dengan bersahaja sambil berjalan mendahului perempuan itu.
“Mengada-ngada la kau ni,” perempuan itu membalas lalu membontoti lelaki itu dan berjalan beriringan bersama. Memasuki sahaja kelas, Amin berjalan ke kanan kelas manakala Farah ke belakang kelas di  bahagian kiri.
************************************************************************
Beberapa hari kemudian, Amin sedang berbual di tempat letak basikal berbual-bual bersama-sama rakannya, Firas. Farah datang mendekati mereka.
“Amin, ikut aku sekejap boleh?”pinta Farah sambil berjalan mendahului Amin menjauhi Firas. Amin mengekori Farah dari belakang.
“Ada apa, Farah?” tanya Amin yang sedikit kurang senang kehadirannya menganggu perbualannya dan Firas. Tanpa menjawab soalan Amin, Farah menghulurkan sepucuk surat yang telah dilipat kecil.
“Siapa bagi?”tanya Amin kepada Farah.
“Kau baca jela, Amin.Aku blah dulu,”balas Farah lalu menuju ke tempat letak basikal semula meninggalkan Amin sendirian.Farah menaiki basikal miliknya dah mengayuh pulang ke rumah.
Keesokkan harinya, Amin meminta pertolongan Farah untuk mengirimkan surat balasannya kepada gadis yang mengirim surat kepadanya semalam iaitu Amira. Reaksi muka Amin yang semakin ceria apabila menerima surat-surat daripada Amira yang merupakan rakan sekelas mereka juga membuatkan Farah menyangka hubungan itu akan bertahan lama. Farah tidak lagi menjadi orang tengah di antara mereka berdua kerana Suraya mengambil alih tugasnya disebabkan Amira yang tinggal di asrama memudahkan berhubung dengan Suraya yang juga tinggal di asrama.Namun setelah tiga bulan, hubungan itu seakan-akan senyap secara tiba-tiba.Bagi Farah yang mengetahui Amin sentiasa serius mengenai hubungan perasaan antara manusia membuatkan Farah mengambil masa yang lama untuk bertanya kepada Amin.

************************************************************************
Pada suatu petang, setamat sahaja latihan bola tampar yang Farah sertai dia mendekati Amin ketika di tempat letak basikal yang merupakan salah seorang pemain bola tampar juga tetapi bagi pasukan lelaki. Mereka yang mempunyai hala yang sama menuju pulang ke rumah mengayuh basikal bersama-sama di jalanan.
“Amin, kau OK?”Tanya Farah mengambil berat.
“Aku OK je.Kenapa?Nampak macam aku tak OK ke?”tanya Amin sambil memandang pelik ke arah Farah yang mengayuh basikal di sebelah kirinya.
“Takde la. Saja tanya. Lagipun aku tengok sejak kebelakangan ni, kau diam je. Then, aku tak nampak pun kau dengan Amira berutus surat lagi. Kau OK dengan dia?”tanya Farah.
“Erm.Aku dah putus dengan dia,”balas Amin.
“Hah? Tapi kenapa?Tiba-tiba je. Bukan ke korang OK je sebelum ni?”tanya Farah yang terkejut dengan berita yang baru didengarnya.
“Entah.Aku pun tak tahu. Dia kata, dia dah suka pada orang lain.”
“Siapa?”
“Entah.Tapi Firas beritahu aku, dia ada nampak Amira denga Safwan, pemain ragbi sekolah.Tak silap aku, dia budak kelas 6 LK,” Farah memandang muka Amin setelah Amin memberitahu sedikit latar belakang lelaki yang berjaya merebut hati Amira dari dirinya.Memang diakui, Safwan, seorang lelaki yang ada rupa tersendiri.Farah juga mengetahui serba sedikit tentang Safwan yang mempunyai perwatakan yang menarik. Mesra dan berwajah manis memikat sesiapa sahaja. Pelajar yang sebaya dengan mereka itu, berada di dalam kelas Lukisan Kejuruteraan berasal dari keluarga yang berada namun, bagi Farah keluarga Amin juga keluarga yang berharta.Farah sendiri keliru apabila Amira lebih memilih Safwan daripada Amin.
‘Biarlah… hati manusia lain-lain,’bisik hati Farah.
“Takpe la.Bunga bukan sekuntum.Ramai lagi budak perempuan dekat sekolah kita tu nak dekat kau.Junior pun ramai.Hahaha,” balas Farah setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Memang la ramai.Tapi macam mana nak cari yang betul-betul sayangkan aku?Dibuatnya jadi macam aku dengan Amira, memang frust aku dibuatnya,”balas Amin sambil tersenyum kecil.
“InsyaAllah, ada.Allah mencipta ‘Hawa’ dari tulang rusuk ‘Adam’. Tulang rusuk yang sebelah kiri hilang satu kan? Maksudnya, tulang tu ada pada kau punya ‘Hawa’ la tu. Mesti ada,” Farah meyakinkan Amin dengan sedikit lawak bagi menghiburkan Amin.Memang benar.Amin meletuskan ketawa kecil.
“Haa… kan best, tengok kau senyum..ketawa macam ni. Tak kacak tau muka kau bila diam je.Tiada reaksi langsung.Meyampah aku tengok kadang-kadang,” luah Farah apabila terpandang senyuman di bibir nipis Amin.
“Sampai hati kau menyampah dengan aku?”Amin menyakat Farah dengan membuat nada seperti berkecil hati dengan kata-kata Farah.
“Alah… takkan sentap kot.Aku beritahu bende betul la. Kalau hari-hari mengadap muka monyok kau tu, bole sakit jiwa aku tau tak,”
“Kenapa pulak kau yang sakit jiwa?”
“Yela.Kau punya muka tu kalau dah la jenis buat muka, macam aku buat salah dengan kau je. Sakit hati aku tengok,”
“Lah… yeke? OK la, lepas ni aku akan senyum selalu untuk kau,”
“Kenapa untuk aku je? Dengan orang lain pun kau kena senyum juga. Orang lain pun tak suka tengok muka ketat kau tu,”
“Yela… yela. Aku akan senyum selalu pada korang semua,”
“Macam tu la lelaki yang bernama ‘Amin’.Memperkenankan segala permintaan yang baik,” Farah tersenyum sambil memandang ke arah Amin.Amin yang memandang Farah turut tersenyum.
“Kau kena buktikan pada Amira yang hidup kau lagi bahagia tanpa dia walaupun hati kau sakit bila kehilangan dia. Dan, kau layak mendapatkan seorang gadis yang lebih baik dan bijak dari dia,” Farah memberi semangat.
“Terima kasih, Farah.Kau buat aku terfikir yang aku tak sepatutnya jadi lemah semata-mata kerana dia sedangkan selama ni hidup aku lagi baik tanpa dia,” Amin mulai menunjukkan keyakinan.Farah mengukir senyuman lagi.Kini, dia berjaya meyakinkan Amin.
************************************************************************
Kini, hubungan Amin semakin baik dan rapat dengan Farah.Mereka sering kali datang ke sekolah dan pulang ke rumah bersama-sama.Selain mereka, kadang-kala kawan Farah dan kawan Amin yang duduk bersebelahan dengan mereka di dalam kelas iaitu Julia dan Firas menyertai mereka mengayuh basikal bersama. Oleh kerana Amin dan Farah yang masing-masing menyertai pasukan bola tampar sekolah, mereka yang mempunyai teknik dan cara tersendiri membuatkan pelatih melantik mereka berdua sebagai ketua dan penolong ketua pasukan. Dipertengahan bulan Februari, Amin dan Farah telah sama-sama terpilih ke peringkat Negeri yang diadakan di Pahang setelah pasukan sekolah berjaya melayakkan diri sebagai Johan diperingkat Daerah dan Zon. Oleh sebab persahabatan yang terjalin membuatkan mereka bertambah rapat diantara satu sama lain ketika dinegeri orang. Ketika di peringkat negeri, pasukan mereka terkandas di peringkat separuh akhir membuatkan mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong.Tetapi bagi Farah dan Amin, itu merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana mengajar mereka serba sedikit pergaulan dengan orang yang berlainan bangsa, kefahaman dan pendapat dari mereka.
Pada suatu hari, Julia tidak hadir ke sekolah kerana demam menyebabkan Farah duduk berseorangan. Amin datang duduk di sebelahnya apabila mendapati tiada guru yang akan memasuki kelas mereka untuk mengajar.
“Kau buat ape tu?”tegur Amin mendekatkan dirinya dengan Farah untuk melihat apa yang sedang Farah sedang lakukan.
“Tak ada apa la.Baca novel je,” balas Farah dengan mata yang masih menatap novel yang bertajuk ‘Curahan Cinta Niagara’ itu.
“Patut la khusyuk sangat.Pandang aku pun tak nak,”Amin seakan menyindir.
“Nak buat apa pandang kau.Hari-hari aku nampak,” Farah membalas spontan.
“Macam mana kalau satu hari nanti, kau tak nampak muka aku lagi? Mesti kau tercari-cari kan?” Amin menduga Farah.
“Kenapa pulak aku nak cari kau? Pelik aku dengan kau ni,” Farah memandang Amin sekejap lalu memandang semula novel yang dipegangnya.
“Kau juga cakap tadi, hari-hari kau nampak muka aku. Mesti kau rindu kalau tak jumpa kan?” Amin menyakat Farah.Farah mencebik.
“Perasan la kau,”balas Farah selamba.
“Jangan berlagak.Aku confident sangat yang kau akan rindui aku macam mana aku rindui kau nanti,” balas Amin berterus-terang.
“Mana ada.Dah la, pergi balik tempat kau la. Terganggu fokus aku nak baca novel ni,”Farah cuba menghalau Amin supaya kembali ke tempat duduknya yang terletak di kanan kelas, bertentangan dengan dia. Tiba-tiba Amin merampas buku yang sedang Farah baca.
“Amin!” spontan Farah memanggil nama Amin dengan suara yang tinggi membuatkan seluruh kelas memandang mereka berdua.
“Beri semula novel saya tu. Saya nak baca,” Farah bersuara lagi tanpa memperdulikan seisi kelas yang memandang mereka.
“Taknak.Cakap dulu yang awak akan rindui saya kalau tak jumpa saya walau sesaat,” pinta Amin.
“Kau jangan nak mengada-ngada la Amin. Sengaja nak kenakan aku kan?” sangkal Farah.
“OK, fine. Let me hold this novel,” balas Amin selamba sambil bangun dan duduk semula di tempat duduknya. Farah menjeling geram ke arah Amin.Seisi kelas membiarkan mereka berdua.Pada petang itu, sebelum pulang Amin memulangkan semula novel yang dirampasnya dari pegangan Farah.
“Maafkan saya,” ucap Amin ketika memulangkan novel itu. Farah menjeling Amin lalu mengambil buku yang dihulur Amin kepadanya lantas berjalan pergi meninggalkan Amin setelah menyimpan novel itu di dalam beg galasnya. Rupa-rupanya, Amin mengejar Farah dari belakang dan akhirnya Amin berjaya memaut tangan Farah.
“Farah, tunggu dulu,”pinta Amin.
“Apa lagi, Amin? Tak puas lagi kau dah malukan aku depan budak-budak kelas tadi,” Farah bertanya dengan perasaan geram bercampur kurang senang dengan sikap Amin. Farah cuba menarik tangannya dari pegangan Amin tetapi gagal.
“Aku minta maaf. Kau tak maafkan aku lagi tadi,”
“OK. Aku maafkan kau.Puas hati?”
“Kau tak ikhlas,Farah. Aku tahu, kau tak ikhlas maafkan aku,”
“Memang aku tak ikhlas pun. Aku tengah panas hati kau suruh aku maafkan kau. Memang tak la,” Farah berterus-terang.
“Farah, tolong jangan macam ni. Aku susah hati kau buat aku macam ni,”
“Habis tu, kau ingat aku senang hati la dengan ape yang kau dah buat tadi?”Farah memerli.
“Maafkan aku, Farah.Aku tahu, aku salah.Aku sakit hati bila kau tak betul-betul tumpukan perhatian pada aku,” Farah berkerut dahi apabila mendengar penjelasan Amin yang dirasakan langsung tidak munasabah kerana dia berjaya menarik perhatian rakan sekelas mereka dengan kelakuannya sebentar tadi.
“Farah…,” Amin memegang kedua-dua belah tangan Farah. Farah terkejut.
“Farah, sebenarnya aku dah jatuh cinta pada kau,” Amin berterus-terang membuatkan Farah terkejut melopong.
“Kau gila ape?!”Farah menaikkan suara sambil menarik kedua-dua belah tangannya.
“Tak, Farah. Aku waras.Aku betul-betul menyatakan yang aku cintai kau, Farah,” Amin mengulangi pengakuannya sambil memegang erat bahu Farah.Farah mengeleng-ngelengkan kepalanya.
“Kau tak boleh cintai aku, Amin.Aku kawan kau,”beritahu Farah.
“Aku tahu kau kawan aku. Tapi, apa salahnya aku mencintai kawan aku sendiri?” tanya Amin sedikit pelik dengan kenyataan Farah.
“Sebab aku tak boleh mencintai kawan aku sendiri. Aku tak boleh terima kau. Maafkan aku, Amin. Maafkan aku,” ucap Farah sambil meleraikan pegangan Amin dibahunya dan berjalan pergi meninggalkan Amin berseorangan.
************************************************************************
Sudah beberapa minggu, Amin dan Farah sudah jarang bertegur sapa. Hanya berbalas senyuman apabila mata mereka saling bertembung. Masing-masing seakan menjauhi antara satu sama lain. Mungkin malu dengan kejadian yang telah berlaku di antara mereka berdua.Julia dan Firas yang merasakan kejanggalan akan perhubungan itu sering kali bertanya namun tiada jawapan yang keluar dari mulut mereka berdua. Amin dan Farah juga sudah jarang bersama membuatkan seseorang datang mendekati Amin, mengambil kesempatan iaitu Suraya.
Suraya seakan cuba menambat hati  Amin, tetapi bagi Amin dia hanya melayan Suraya seperti teman-teman lain kerana perasaan cintanya kali ini benar-benar mati terhadap Farah dan tidak akan berubah.
‘Tiada siapa dapat menandingi dirimu untuk memenangi aku, Farah’ bisik hati Amin apabila dia curi-curi memandang Farah dari jauh yang sedang khusyuk membaca novel yang sesekali tersenyum dari tempat duduknya.Farah yang merasakan seperti ada orang sedang memerhatikannya dari arah kiri maka dia dengan tepat dia memandang ke arah Amin.Mata mereka bertentang.Amin tiba-tiba menjadi kalut, muka yang berwarna sawo matang itu tiba-tiba menjadi merah hingga ke telinga.Kepala yang ditongkat dengan tangan tadi terluncur membuatkan dia bertambah rasa malu lantas berpaling membelakangi Farah dan memandang keluar sambil menongkat dagu lagi.Mengurangkan debaran di dadanya.
************************************************************************
Cuti sekolah di pertengahan tahun bermula .Oleh itu, Firas mengajak Farah dan Julia ke rumahnya bagi menghadiri kenduri perkahwinan abangnya.Seperti yang dijangka Farah, Amin turut berada di dalam majlis tersebut.Tanpa di sangka-sangka, Amin dan Farah mengenakan pakaian yang mempunyai warna sedondon iaitu baju kurung biru dan baju melayu biru.Pelbagai usikan daripada Faris dan keluarganya bersama Julia mengandingkan mereka berdua.Tamat sahaja majlis itu, Amin dan Farah ditarik ke pelamin untuk ber’posing’ memandangkan pakaian mereka yang sedondon. Ketika mereka berdiri rapat antara satu sama lain, keberanian yang datang tiba-tiba dari dalam diri Amin membuatkan dia bersuara dan berbisik di telinga Farah.
“Saya berdoa, suatu hari nanti saya dapat bersama awak dalam keadaan yang sama dalam majlis kita pulak,” Farah berpaling dan mendongak memandang Amin.Dia terkejut dengan kenyataan itu.
‘Masih berani budak ni nak meluahkan kata-kata yang tak masuk akal,’ Farah mengata Amin di dalam hati sambil mengalihkan semula pandangannya semula ke hadapan.
“Apa-apa la.Peduli pulak aku,” balas Farah bersahaja tanpa memperdulikan perasaan Amin.Amin menguntumkan senyuman kerana dia mendapat tindak balas dari Farah.
************************************************************************
Tamat sahaja cuti, mereka menduduki peperiksaan percubaan Sijil Tinggi Penilaian Malaysia (STPM) yang diadakan dalam masa sebulan. Pada suatu hari, ketika waktu rehat Farah duduk berseorangan di bawah sebuah pondok ilmu di tegur oleh Amin.
“Boleh aku duduk?”tanya Amin. Farah hanya mengangguk tanpa memandang Amin dan terus membuat latihan kimianya.
“Kau tak makan ke?”tanya Amin berbasa-basi. Farah mengelengkan kepala.
“Puasa,” Farah menjawab sepatah.
“Ganti ke sunat?”Amin mencuba mengusik.
“Dua-dua,”balas Farah selamba.Amin mengukirkan senyuman lebar.
“Kau tak makan ke? Bukan ke kau ade gastrik?” tanya Farah yang masih fokus dengan kerjanya.
“Aku makan keropok lekor je tadi.Kenyang dah,”beritahu Amin.
“Aku ada bincang dengan Firas dan Julia, kami bercadang nak buat studygroup. Kau join nak?”tanya Amin sambil memandang ke arah Farah yang berada di hadapannya dengan muka berharap.
“Malas la.Korang jela buat,”balas Farah setelah diam sejenak.
“Alah, kami baru rancang supaya  aku ajar Sejarah dengan Add Math, kau ajar Kimia dengan Bahasa Melayu, Julia ajar Biologi dengan Pendidikan Islam dan Firas ajar Math dengan Fizik,”utara Amin.
“Carilah orang lain. Kan ramai lagi yang pandai Kimia dengan Bahasa Melayu,” balas Farah cuba menolak ajakkan itu.
“Alah… Jom la, Farah,” Amin seakan memaksanya.
“Kau dah kenapa?Tadi kau yang bagi pilihan.Sekarang nak paksa-paksa pulak. Kang tak pasal-pasal telan kasut saiz 7”
“Hahaha, kau comel la bila marah,” ketawa Amin meledak bila melihat reaksi muka Farah.
“Bengong punya lelaki,” bidas Farah.Amin semakin galak ketawa apabila mendengar bidasan Farah.Bukan perkara luar biasa dia mendengar perkataan itu dari mulut perempuan itu.
“Dah lama aku tak dengar kau cakap macam tu pada aku.Aku rindu,”Amin berterus-terang.Farah menjeling.
“Amin…” panggil Farah sambil memandang ke arah Amin.
“Yup?” jawab Amin membalas pandangan Farah.
“Kau sengaja ke buat semua ni?”tanya Farah.
“Sengaja?Semua? Buat apa ni? Maksud kau?”tanya Amin yang langsung tidak memahami maksud Farah.
“Kau sengaja rapat dengan aku kan? Kau nak buat Amira cemburu kan?” Farah membuat spekulasi.
“Tu sebab aku suka kat kau.Bukan je pandai, tapi memahami aku,” suara Amin kedengaran sinis.
“Kan, aku dah ag…” kata-kata farah terhenti kerana Amin menekapkan jari telunjuknya di bibir Farah.Amin tersenyum sikit.
“Bodoh!Dah la.Malas aku nak cakap dengan kau,” Farah mengemas buku-bukunya lalu berjalan pergi meninggalkan Amin di pondok kecil itu. Amin sebenarnya mengekori dari belakang  Farah dan menahan gadis itu dipertengahan jalan ketika mereka sedang menaiki tangga ke tingkat atas menuju ke kelas.
“Tepi la, aku nak lalu,” Farah bersuara lemah dan langsung tidak memandang lelaki dihadapannya.
“Kau memang memahami  aku, Farah. Tapi kali ini, kau salah,” kata Amin membuatkan Farah mendongak memandang ke arahnya.
“Memang sebelum ni aku lebih mendekati kau selepas aku putus dengan Amira sebab aku terpaksa. Aku perlukan seseorang  untuk menghiburkan hati aku. Kau datang pada aku dan aku mula nampak kau, Farah,” terang Amin.
“Betul, pada awalnya aku ada niat untuk menyakiti Amira.Aku nak tunjuk pada dia yang aku ada gadis yang lebih baik dari dia untuk aku. Tapi, lama-lama aku start rasa lain. Aku mesti rindu bila tak dengar suara kau, tak tengok muka kau, tak sms kau,” tambah Amin lagi.
“Mula la tu. Start dah lakonan kau,” Farah masih bersangsi dengan kata-kata Amin.
“Farah,  aku betul-betul sayangi kau. Aku cintai kau,” Amin berterus-terang, cuba menyakinkan hati Farah dengan luahan hatinya.Farah memalingkan mukanya daripada Amin.
“Apa yang perlu aku lakukan supaya kau percaya dengan kata-kata aku, Farah?”tanya Amin kepada Farah seakan meminta simpati.
“Kau tak perlu buat apa-apa.Sebab aku tak nak percaya dan aku taknak yakin langsung yang kau suka atau cinta pada aku,” balas Farah ingin meneruskan langkah.
“Aku tahu, kau cemburu bila aku rapat dengan Suraya kan? Aku nampak kau cuba nak kenakan Suraya. Kau yang letak paku tekan pada kerusi dia, kau jugak yang letak ular plastik dalam laci dia, dan kau jugak yang buat lipas penuh dalam beg dia,kan?” Amin menduga Farah.Langkah Farah terhenti dengan tuduhan itu.
“Kau ingat, aku dah tak ada benda lain nak buat dari bende-bende tu semua? Baik aku habiskan baca novel dari buat kerja gila. Aku takde masa la nak cemburu-cemburu ni. Orang berfikiran cetek je cemburu tak bertempat macam tu. Dan, aku nak ingatkan kau jangan sesuka hati buat tuduhan melulu.Takut jadi fitnah pulak nanti,” beritahu Farah lalu menyambung langkahnya meninggalkan Amin di tangga sendirian.
************************************************************************
Beberapa bulan kemudian, setelah sebulan berpuasa kini mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia.Bagi pelajar Tingkatan Enam yang sebaya dengan Amin, Farah, Julia dan Firas hanya tinggal beberapa bulan untuk mengulang kaji pelajaran sebelum STPM yang sebenar tiba. Pada hari keempat raya, dengan keberanian yang tiba-tiba datang dalam diri membuatkan Farah berani melangkah ke rumah Amin untuk beraya sekali gus memohon kemaafan. Bermula dari peristiwa yang telah berlaku di antara mereka di tangga sekolah, diakui hubungan mereka semakin jauh.Lebih jauh dari sebelum ini.Amin langsung tidak memandang ke arahnya mahu pun mengukir senyuman apabila pandangan mereka bertamu.Itu menimbulkan rasa serba salah di hati Farah tambahan, peperiksaan yang bakal menjelma mengharapan doa-doa insan seperti Amin bersama mendoakan kejayaan mereka.Farah sendiri risau dengan hati Amin yang telah Farah lukai tanpa sengaja membuatkan Amin hilang tumpuan kerana ketika di kelas dia sering ditegur oleh guru disebabkan kerap kali tidur dan termenung sendirian.Ada sahaja pelajar perempuan yang datang memujuk dan menceriakannya tapi tiada reaksi daripada Amin lalu meninggalkan mereka.
Sesampai sahaja Farah di hadapan pintu rumah Amin, dia memberi salam dan salamnya di jawab oleh seseorang dari dalam. Berdebar-debar hati Farah apabila pintu itu dibuka oleh seseorang. Amin berdiri dengan muka sedikit terkejut di hadapan Farah.Farah tersenyum mencuba membuat muka selamba.
“Farah, apa kau buat dekat sini?”tanya Amin dengan perasaan tidak percaya setelah hilang perasaan terkejutnya.
“Beraya rumah kau la. Taknak jemput aku masuk?” tanya Farah sambil tersenyum.
“Oh! Maaf.Masuk la,” Amin mempelawa Farah masuk ke dalam rumahnya.
“Kau duduk la dulu.Aku buat air sekejap,” Amin menjemput Farah duduk sementara dia berlalu ke dapur setelah menutup pintu.
Baru sahaja Amin masuk ke dapur, kedengaran pintu diketuk berkali-kali dan suara orang memberi salam. Farah bangun lalu membuka pintu rumah itu setelah menjawab salam memandangkan Amin berada di dapur berkemungkinan tidak didengari oleh Amin. Alangkah terkejutnya Farah apabila mendapati beberapa orang Pengawai Agama yang berdiri di hadapan pintu rumah itu. Tetapi dia cuba optimis dengan kedatangan mereka.
“Maafkan saya, pakcik.Boleh saya bantu apa-apa?”tanya Farah.
“Kami mendapati ada pasangan bukan mahram di rumah ini, betul?”tanya salah seorang pegawai agama itu yang berdiri di hadapan Farah.
“Siapa, Farah?”tanya Amin sambil mendekati pintu utama rumah itu.
“Kita kena tangkap, Amin,” itu sahaja mampu diucapkan oleh Farah dari mulutnya.Mereka berdua dibawa ke Pejabat Agama Daerah untuk disoal siasat.Amin dan Farah telah meminta agak mereka dapat menghubungi keluarga masing-masing juga menerangkan perkara sebenar.
************************************************************************

Akhirnya, keluarga Amin dan Farah mengambil keputusan singkat untuk mengelakkan aib dengan menikahkan mereka berdua.Setelah solat isyak pada malam itu, dengan sah Amin dan Farah selamat diijabkabulkan.
Di dalam bilik tidur Amin, Farah duduk berteleku di atas katil manakala Amin duduk di meja belajarnya.
“Amin…,” Farah memanggil dan Amin berpaling memandang Farah.
“Hmmm,” Amin cuba bersuara.
“Maafkan saya,”ucap Farah serentak itu air matanya gugur mengalir.
“Sebab ape pulak kau nak mintak maaf dengan aku?” Amin terkedu dengan ucapan maaf Farah.
“Saya yang buat kita terpaksa bernikah. Kalau saya tak datang tadi, mesti tak jadi macam ni,”terang Farah.
“Kenapa kau tiba-tiba datang?Bukan kau dah tak suka aku ke?Benci aku?” kata-kata Amin seakan menyindir Farah dan membuatkan hati Farah berasa terluka.
“Tak, Amin. Aku tak bencikan kau.Cuma, aku tak boleh terima cinta kau.Aku tak layak menerima cinta kau yang suci Amin.Aku tak layak.Aku datang nak minta maaf sebab lukakan hati kau.Aku takut kau tak boleh fokus masa exam nanti disebabkan aku.Aku taknak kau berterusan bermasam muka dengan aku. I need your pray as friend for me to be success,” tangisan Farah semakin kuat namun dia tahan untuk mengelakkan Amin berasa jelik dengan perangainya yang menangis bagaikan budak kecil.
“Kenapa kau cakap macam tu?Siapa kau nak menilai diri kau sendiri dari sudut pandangan aku? Aku rasakan, you suppose to be with me and have the love that you suppose to be have. It’s different when I judge you from my sides,” Amin seakan memarahi Farah.
“Aku tahu Amin.Tapi, kau tak kenal lagi aku, Amin.Tak kenal aku betul-betul lagi.Kita baru je kenal.Tak sampai dua tahun,”beritahu Farah agar Amin mengingati pertemuan mereka sejak bermulanya Tingkatan Enam di sekolah yang baru Farah jejaki setelah berpindah daripada Bandaraya Kuala Lumpur berbanding Amin yang telah lama bersekolah di situ.
“Cinta aku pada kau tak mengenal waktu, Farah.Aku tulus mencintai kau,”tegas suara Amin.Tidak pernah Farah mendengar suara Amin setegas ini padanya sebelum ini.Adakah Amin sedang menggunakan kuasa yang baru sahaja yang dia terima untuk memarahi Farah?
“Tak boleh, Amin.Kau kawan aku.Aku taknak rosakkan persahabatan kita seperti persahabatan kau dengan Amira rosak.Aku taknak Amin.Aku sayangkan kau.Aku sayangkan hubungan persahabatan kita,” air mata Farah tadinya kering kini turun lagi.
“Itu sebelum ni. Tapi, sekarang… sekarang takkan kau masih tak boleh terima aku, Farah?Kita dah ada ikatan yang sah, Farah. Tiada apa yang boleh menghalang kita lagi. Kau layak mencintai aku, dan insyaAllah… hubungan ini akan berterusan hingga akhirat. Aku sayangkan hubungan ini walaupun bukan cara begini yang aku inginkan,” Amin berterus terang.
“Tak boleh, Amin.Tak boleh.Aku tak boleh.Diri aku dah kotor.Kau tak layak mendapat isteri kotor macam aku,” Farah meluahkan segala-galanya yang dia simpan selama ini.Amin melopong terkejut mendengar pengakuan Farah.Dia bangun dan mendekati Farah di atas katil yang sedang menangis.
“Apa maksud kau, Farah?Beritahu aku, Farah.Jujur!”Amin memaksa Farah bercerita.
“Aku pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki aku sebab aku terlalu taksub dengan cinta.Disebabkan keterlanjuran aku, aku mengandung.Keluarga aku marah sangat dan mereka ingin aku gugurkan kandungan.Tapi aku taknak sebab aku rasa aku dapat sembunyikan kandungan itu sementara aku habiskan SPM.Malangnya, aku kemalangan motorsikal menyebabkan aku keguguran ketika kandungan sebulan.Disebabkan malu, ayah aku bawak keluarga kami berpindah ke sini.Di sini, tiada siapa yang mengenal kami. Allah memberi  aku peluang belajar sekali lagi dengan memasuki Tingkatan Enam dengan keputusan yang sedikit mengecewakan sebab aku tau, aku mampu buat lebih baik,”cerita Farah panjang lebar. Amin memadang Farah dengan pandangan tidak percaya. Selama dia mengenali perempuan itu, yang kini duduk di depan matanya yang juga sudah sah menjadi isterinya, dialah perempuan yang paling sempurna dan dirasakan layak untuk dirinya.
“Maafkan saya, Amin.Maafkan saya,”berkali-kali Farah menuturkan kata maaf.
“Lupakan la maaf kau tu, benda dah jadi pun.Sudah la.Baik tidur je daripada kau menangis-nangis.Bukan boleh ubah apa-apa pun,” tegur Amin tanpa perasaan.Farah bergerak ke tepi memberi ruang kepada Amin untuk berbaring.Farah turun dari katil duduk di atas lantai.Tidak tahu mengapa malam ini, air matanya senang sungguh mengalir.
Dua jam kemudian, Amin tiba-tiba terjaga dari tidurnya. Apabila dia berpusing ke kiri, tiada jasad yang baru menjadi miliknya malam tadi disebelah.Amin duduk melihat sekeliling mencari tubuh isterinya.Perlahan-lahan.Amin turut dari katil dan berjalan sekitar bilik dan akhirnya dia menjumpai Farah di tepi katil dalam keadaan meringkuk sejuk dan berbantalkan lengan.Kelihatan mata gadis itu sedikit membengkak. Mungkin dia menangis sebelum lena di buai mimpi. Perlahan-lahan, Amin mengangkat tubuh itu naik ke atas katil dan menyelimuti badan Farah dengan selimut, lalu dia menuju ke bilik air dan berwuduk lantas mengerja solat sunat.
Keesokkan paginya, Farah turun bersarapan bersama Amin dan kedua ibu bapanya. Amin merupakan anak tunggal dalam keluarga membuatkan Farah merasai limpahan kasih sayang yang di curahkan oleh mereka berdua kepada Farah walaupun sebagai  ahli baru di rumah itu tanpa dijemput.
“Exam dah nak dekat.Ada hikmah jugak kamu berdua disatukan.Boleh la belajar bersama-sama.Tak payah nak keluar rumah lagi nak study di luar,”ayah Amin meluahkan pendapat.
“Lepas ni, Amin ada la kawan nak ajak main PS2, pergi shopping, melayan masakan ‘mengidam’ Amin tu. Tak de la penat, ibu seorang je terpaksa melayan,” ibu Amin pula meluahkan rasa. Dia tersenyum memandang Farah.
“Ibu, tolong la.Takkan itu pun nak beritahu, Farah.Malu la, Amin,” Amin meluahkan rasa tak puas hati serentak perasaan malu menyelubungi.Ibu bapa Amin ketawa dan Farah hanya mampu tersenyum.
“Farah pandai masak?” tanya ibu Amin ketika mereka mengemas meja makan.
“Boleh la sikit, makcik.Takde la pandai sangat.Banyak lagi kena belajar,” Farah merendah diri.
“Lah. Kenapa panggil makcik pulak. Kita dah jadi satu keluarga sekarang.Panggil la ibu,” tegur ibu Amin sambil tersenyum memandang Farah yang sedang sibuk mencuci pinggan.
“Amin tu manja sikit.Kamu sabar je la Farah dengan perangai dia. Tapi, ada sesetengah benda yang dia memang sangat ambil berat, lebih dari diri sendiri yang menunjukkan dia berdikari for certain things,”beritahu ibu Amin.
“Apa dia?”tanya Farah ingin tahu.
“Someone he loved besides his parents and his family,” jawab ibu Amin.
“Lagi?”tanya Farah bertambah ingin mengenali Amin.
“Pelajaran dia dan agama kita. Dia memang seorang berdikari bila melibatkan dua benda ni. Dulu, pernah sekali dia tegur ibu sebab jarang ada di rumah dan sibuk di pejabat.Tidak melayan dia dan ayah dia, dia takut ibu terlalu taksub dengan kerja,”terang ibu Amin lagi.
“Beruntung ibu… dapat anak sebaik Amin,”Farah memuji Amin disamping merasakan kerendahan dirinya bertambah apabila digandingkan dengan Amin.
“Ibu pun berasa beruntung sebab Amin dianugerahkan seorang isteri yang cantik, baik dan patuh ni. Takut jugak ibu kalau ibu dapat menantu macam Amira,”ibu Amin memuji Farah.
“Ibu tahu pasal Amira?”Farah sedikit terkejut kerana mendengar bibir ibu Amin menyebut nama Amira.
“Secara kebetulan.Ibu terjumpa surat-surat dia yang dia buang ke dalam tong sampah dalam bilik,” balas ibu Amin tersenyum.
“Nama Farah pun, ibu dah tau sebelum ni. Muka Farah pun, ibu dah tahu macam mana,”beritahu ibu Amin lagi.
“Tapi… macam mana?” perasaan Farah bertambah pelik.
“Ibu terjumpa gambar Farah dalam dompet dia. gambar Farah dengan Amin masa di Pahang dulu pun banyak.Then, ibu pernah terbaca nama-nama orang sms dengan Amin.  Semua nama Farah di telefon dia selain Firas,”beritahu ibu Amin lagi membocorkan rahsia.
************************************************************************
Farah masuk ke dalam bilik setelah selesai membantu ibu Amin di dapur untuk mengulang kaji pelajaran.Manakala ibu Amin telah pun keluar ke butik miliknya.Ketika dia memasuki bilik, kelihatan Amin sedang duduk di meja belajar. Farah mengambil beg sekolahnya dan menuju ke katil untuk mula belajar. Satu jam kemudian, Amin datang mendekatinya di atas katil.
“Tepi sikit.Nak sibuk jugak,” Amin dan Farah mengalihkan buku-buku Farah yang bertaburan di atas katil ke tepi, Amin berbaring di sebelah Farah yang sedang duduk melunjur.Mereka saling mengadap.
“Baca apa?”tanya Amin apabila melihat Farah begitu khusyuk.
“Biologi,”balas Farah pendek.Amin tersenyum lalu membiarkan Farah meneruskan pembacaannya.Seketika kemudian, Amin duduk mengadap Farah, Farah yang mulai merasakan tidak selesa dengan pandangan itu lalu bersuara.
“Kenapa pandang macam tu?”
“Awak cantik.Tak nampak macam kau dah takde dara,”jujur Amin menjawab.Muka Farah mulai dirasakan panas.Dia malu dengan kenyataan Amin. Baru semalam dia cuba melupakan kekhilafannya yang lalu, hari ini Amin menyebutnya lagi. Perlahan-lahan Amin mengangkat tangannya menyentuh pipi Farah.Mengusap rambut Farah yang tidak bertudung dan kemudian turun ke bahu Farah. Amin cuba menggosok leher Farah tetapi dengan pantas Farah bangun kerana terkejut dengan tindakan Amin.
“Awak nak buat apa ni, Amin?”Farah bertanya, takut dengan perangai Amin.Amin tersenyum sinis.
“Kenapa?Kau takut sentuh kau?Kau takut terlanjur lagi?”Amin memerli sambil memandang Farah yang sedang berdiri di sisi katil.
“Amin, tolong jangan macam ni.  Saya takut. Saya takut tengok awak macam ni,” pinta Farah.
“Hahaha, aku nak bermesra dengan isteri pun nak takut.Bukannya aku ajak buat maksiat.Kita dapat pahala. Bukannya dosa,sayang,” Amin mengingatkan Farah.
“Saya tau. Tapi saya tak bersedia lagi,”balas Farah cuba bersabar dengan kata-kata yang diluahkan Amin.
“Kau kan dah ada pengalaman.Nak bersedia apa lagi?”tanya Amin mengenakan Farah. Farah terdiam, malu.
“Kenapa diam?”tanya Amin mendekati Farah.
“Betul kan?Kau dah tahu cara-cara nak buat.Macam mana nak handle aku,”Amin bersuara lagi.Perlahan-lahan air mata turun lagi dipipi Farah.Sungguh pedih ayat yang dilontarkan Amin kepadanya.
“Cakap la apa yang awak nak cakap.Suka hati awak la.Saya isteri awak sekarang. Awak buat la apa awak nak buat pada saya. Kita halal,”kekuatan tiba-tiba datang di dalam diri Farah untuk melawan kata-kata Amin. Dia duduk di birai katil. Amin mendekatinya, dan mengangkat mukanya supaya pandangan mata mereka bertentang.
“Cintai aku.Aku nak kau cintai aku,”pinta Amin tegas.
“Saya dah lama mencintai awak.Dari hari pertama saya menjejakkan kaki di sekolah itu lagi.Saya jatuh hati dengan sikap selamba awak, lawak awak, keperibadian awak, disiplin dan prinsip hidup awak menjadi pujaan dan pembakar semangat saya untuk belajar dengan lebih tekun. Tapi, bila saya cuba berdiri sama tinggi dengan awak, duduk sama rendah dengan awak, saya rasakan diri saya tak layak untuk berada bersama awak. Bagi saya, cukuplah kita bersahabat kerana bagi saya, awak begitu sempurna dan suci.Awak tak layak mendapat perempuan yang ‘kotor’ macam saya.Saya dah ‘busuk’ untuk awak dekati,” luah hati Farah sambil menangis terduduk di kaki katil. Sayu hati Amin memandang Farah.Sesungguhnya hati dia tidak berdaya menganayai orang dia cintai, menyakiti orang yang dia kasihi sepenuh hati dan membiarkan orang yang disayangi meminggirkan diri begitu sahaja.Amin menarik Farah kedalam dakapannya.
“Maafkan saya. Saya tak sepatutnya mengungkit hal lama, sedangkan awak sudah bertaubat.Saya tak sepatutnya menghukum awak, sedangkan Allah sudah mengampunkan dosa-dosa awak selama ini. insyaAllah,” ucap Amin sambil mempereratkan lagi pelukannya.Farah masih kaku kerana terkejut dengan tindakan Amin yang mendadak.
“Saya memang kecewa dengan apa awak sampaikan pada saya.Memang saya akui, saya sukar menerima hakikat yang saya bukan yang pertama memiliki awak.Namun, apakah daya saya untuk mengubahnya? Saya sendiri tak sanggup membiarkan orang yang saya cintai sedih bersendirian.Saya tak sanggup,”luah Amin dengan air mata bergenang di dalam tubir matanya.
************************************************************************
Hari-hari berikutnya, Farah dan Amin cuba menjalani hidup seperti biasa. Sebagaimana mereka bersahabat selama ini, seperti itulah mereka selalu buat walaupun kadang-kala terasa kekok tambahan Farah yang cuba mengenali Amin dan keluarga. Mereka kembali ke sekolah seperti biasa bagaikan tiada apa yang berlaku di antara mereka berdua. Namun, kemesraan yang dipancarkan antara mereka menimbulkan gosip di antara rakan-rakan sekolah mereka termasuk Julia dan Firas.Suatu hari, ketika mereka berehat bersama duduk di bawah pondok bacaan yang berdekatan dengan kelas mereka.
“Amin, Farah… korang berdua ada something ke yang kami tak tahu?”tanya Firas sambil berpandangan dengan Julia dan memandang ke arah Amin dan Farah yang berada di hadapan mereka berdua.
“Maybe,” Amin menjawab sepatah sambil tersenyum dan melirikkan mata ke arah Farah yang turut tersenyum.
“Hish! Korang ni boleh tak jangan main-main. Sakit hati aku tengok tau tak,” Julia bersuara, tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Amin.
“Hai… takkan kau jealous, Julia,” usik Amin.
“Kepala otak kau jealous. Aku sakit hati sebab ade bende yang korang berdua rahsiakan daripada kami. Sedangkan kami ni, kawan korang berdua jugak,” jawab Julia geram. Firas mengangguk-angguk setuju.
“Kalau korang nak tau jugak, datang la rumah aku nanti.Bila-bila pun tak kesah.Aku tunggu.Sebab susah nak beritahu perkara ni di sekolah,”Amin memberi petunjuk.
“Apa yang secret sangat ni? Korang couple ke?”Tanya Firas yang masih tidak berpuas hati.
“Actually its more than that.Kan, sayang?” balas Amin sambil tersenyum bahagia dan memeluk bahu Farah yang duduk di sebelahnya.Mata Amin dan Farah bertentang.Kerana Farah terkejut dengan kelakuan Amin secara tiba-tiba.
“Musykil betul aku, bukan ke korang bergaduh ke sebelum ni?” tanya Julia.
“Gaduh, bukannya tak boleh berbaik.Korang ni pelik la,”bidas Amin.
“Tapi macam mana Farah boleh terima Amin? Bukan kau reject hidup-hidup ke, Farah?”Julia bertanya lagi.
“Aku rasa, better korang berhenti bertanya sebab kami tetap takkan berikan jawapannya sekarang,”beritahu Farah sambil tersenyum melihat gelagat Julia dan Firas yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan oleh dia dan Amin.

************************************************************************
Hujung minggu itu, Julia dan Firas datang ke rumah Amin untuk mengetahui segala rahsia yang disimpan oleh mereka berdua.Perlahan-lahan, Amin dan Farah menceritakan segala yang telah berlaku di antara mereka ketika cuti raya Aidilfitri sebelum itu.
“APA?Nikah??!” serentak Firas dan Julia bertanya dengan nada yang lebih tinggi kerana terkejut.Amin dan Farah hanya mengangguk.
“Maknanya sekarang ni, Farah tinggal dekat sini?”Tanya Firas. Amin mengangguk.
“Cikgu sekolah tahu tak?”tanya Julia.
“Tak,”balas Farah pendek.
“Kami taknak sesiapa tahu tentang ini sebelum masanya.Nanti, bila masanya dah tiba kami akan umumkan,” beritahu Amin.
“Bila?After STPM?” tanya Firas sedikit teruja.
“Yang kau kenapa Firas?Exited lebih-lebih pulak,”tegur Julia.
“Takde la.Kau boleh faham tak bila ada kawan kita yang kawin masa kita bersekolah lagi.Aku tahu, orang yang cukup 19 tahun dah boleh berkawin.But, you know that… we still study, right?” luah Firas.
“Ermm..betul jugak tu,”Julia turut bersetuju.
“Kita kawin jugak nak?Mesti best kan,” Firas mengajak Julia untuk menyertai niatnya.
“Kau nak makan kasut saiz 6 atau 9?”tanya Julia geram.
“Siapa punya 9?”tanya Firas.
“Saiz kaki sendiri pun dah lupa ke?”Julia menyindir, Farah dan Amin hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.
************************************************************************
Dari hari itu, mereka berempat kembali rapat hingga menimbulkan rasa cemburu dihati orang lain. Terutamanya Amira, mengenai perhubungan Amin dan Farah yang amat mesra mengalahkan kemesraannya bersama kekasihnya dahulu. Tambahan pula, dia baru sahaja di kecewakan olah lelaki yang betul-betul telah mencuri hatinya iaitu Safwan. Kerana Safwan lah, dia sanggup meninggalkan Amin dahulu.
Suatu hari, kerika di dalam tandas sekolah, Farah yang baru sahaja selesai mencuci tangannya dan ingin keluar dari tandas itu ditahan oleh Amira dan Suraya yang baru sahaja memasuki tandas tersebut.
"Korang dah kenapa ni? Aku nak masuk kelas cepat la. Time rest nak habis," tanya Farah sambil memandang tepat ke arah Amira dan Suraya bersilih ganti.
"Aku nak tahu, apa hubungan kau dengan Amin?" tanya Amira sambil menjeling Farah lalu menoleh ke arah Suraya.
"Kami couple. And he is my boyfirend. Okey, korang dah dapat jawapan kan? Aku bla dlu," Farah berjalan menuju ke pintu dan meninggalkan mereka berdua dengan keadaan terpinga-pinga.
Malam itu, selepas solat isyak berjemaah Farah menahan Amin daripada bangun di atas sejadah sebaik sahaja mereka bersalaman.
"Sayang nak beritahu abang sesuatu," Farah berkata dengan tenang. Berkerut dahi Amin.
"Kita bangun lah dulu, tanggalkan dulu pakaian solat ni," cadang Amin. Farah menggelengkan kepala.
"Sayang nak kita macam ni. Supaya kita ingat kita berada dekat denganNya. Supaya kita ingat ini adalah ikatan yang terbina atas takdirNya. Supaya abang lebih ingat dan tenang untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang suami dan sayang sebagai seorang isteri," Amin menghela nafasnya perlahan. Memejamkan matanya sebentar dan membukanya dengan perlahan.
"Apa yang sayang nak beritahu abang?" tanya Amin sambil memandang kedalam anak mata wanita yang dicintainya.
"Masa rehat tadi, sebelum masuk kelas sayang kena tahan dengan Amira dan Suraya. Dorang tanya tentang hubungan kita," dengan suara yang rendah dan tenang Farah bercerita. Amin menarik nafasnya.
"Sayang jawab apa?" tanya Amin ingin ketahui jawapan yang diberikan oleh Farah.
"Sayang cakap kita tengah couple. And you are my boyfriend,"balas Farah tersenyum. Amin turut melontarkan senyuman.
"Dorang tak buat apa-apa kan?"tanya Amin mengambil berat. Farah menggelengkan kepala.
"Lain kali, pergi toilet bawak la teman. Taknak ajak abang, ajak Julia," Amin memberi cadangan.
"Gatal ea," Farah menggeletek perut Amin. Amin ketawa sekejap sambil menahan tangan Farah dari terusan menggeleteknya.
"Abang...," panggil Farah sambil memegang erat tangan suaminya dan menundukkan pandangannya.
"Ya, sayang," Amin menjawab sahutan Farah.
"Maafkan sayang, sebab kadang-kadang hati sayang jadi ragu-ragu dengan rasa cinta ini. Maafkan sayang, sebab sayang selalu rasa sayang tak layak untuk abang. Maafkan sayang, jikalau layanan sayang pada abang tak sempurna sebagai seorang isteri. Maafkan sayang, jikalau kata-kata dan tingkah laku sayang sebelum ni menyakitkan hati abang. Maafkan sayang...," ucap Farah lalu memandang wajah suaminya. Tangan kanannya menyentuh pipi kanan lelaki itu. Airmata Farah menitis lalu dia tunduk menyalami tangan Amin dengan erat dan disaat itu tangisannya terhambur. Teringat akan kesalahan lalu, teringat akan anugerah yang dia miliki kini. Amin hanya mampu memeluk wanita itu dan mengusap tubuh Farah. Dia tahu, wanita itu sedang menginsafinya. Sebagai seorang yang baru sahaja memikul tanggungjawab sebagai suami, dia sendiri menghadapi ujian hati di dalam dirinya sendiri, cuma dia lebih selesa mendiamkan diri dari meluahkan sepertimana yang dilakukan Farah.
Sebulan kemudian, mereka semua menduduki peperiksaan STPM. Segala usaha, doa dan tawakal dilakukan untuk memperoleh keputusan yang membanggakan untuk mendapat tempat yang lebih baik.
************************************************************************
Pada malam hari dimana Farah dan Amin telah pun tamat menduduki peperiksaan, sedang mereka duduk di atas katil sambil menonton televisyen yang memang telah tersedia di dalam bilik itu, Farah bertanya;
"So, 9 bulan kita sebelum kita sambung belajar abang nak buat apa?"tanya Farah.
"Abang rasa, abang nak kerja,"balas Amin.
"Abang nak kerja apa?" tanya Farah semula, berminat dengan tujuan Amin.
"Sembilan bulan kan? So, abang nak kerjakan sayang. Untung-untung dapat anak," gurau Amin. Spontan Farah melempar bantal kecil ke dada lelaki itu.
"Abang ni, sayang serius la...," balas Farah lalu mencapai telefon bimbitnya. Tanda protes dengan respon Amin.
"Yela..," Amin berbaring berpaling dari televisyen, di kaki katil supaya dia dapat memandang Farah. Farah meletakkan semula telefon bimbitya di almari kecil sebelah katil disisinya.
"Memula, abang nak kerja dengan ayah. Lepas dua tiga bulan, insyaAllah abang nak buat majlis untuk kita," beritahu Amin mengenai pengisiannya sebelum melangkah ke peringkat ijazah nanti, insyaAllah.
"Abang nak buat majlis untuk kita?" tanya Farah inginkan kepastian di atas keputusan Amin. Amin mengangguk.
"Kenapa?"tanya Amin.
"Kita kan bernikah in improper way. Abang tak malu? Beristerikan sayang pulak tu," Farah menjawab mengikut rasa hatinya.
"Even in improper way pun, kita dah 3 bulan lebih bernikah. In improper way pun, abang dan famili dah terima sayang dan sebaliknya. In improper way pun, kita kena beritahu orang yang kita ni dah bernikah. Nanti jadi fitnah bila orang nampak kita asyik berdua selepas ni." Amin berhenti sebentar.
"Dan, untuk pengetahuan sayang, abang tak pernah rasa malu beristerikan sayang. Sayang anugerah Allah. Sayang tak sempurna, tapi abang ada untuk sempurnakannya. Abang pun taklah baik sangat, ade level lain yang buatkan sayang lebih baik dari abang. Selama tiga bulan ni pun, abang dah dapat kenal sayang dan famili sayang." beritahu Amin. Farah menundukkan padangannya.
"Kat dunia ni, takde yang sempurna. Hubungan kita kekal dan teguh sampai sekarang pun sebab sikap sayang sendiri yang selalu muhasabah diri. Kadang-kadang abang rasa, abang ni takde dosa ke sampai tak merasi keinsafan sekuat sayang. Abang jealous sayang bole menangis-nangis depan sejadah, minta maaf dengan abang.. atas kesalahan yang kecil je sebenarnya," jelas Amin panjang lebar dengan tenang.
Dia meluahkan segala yang dirasainya selama ini yang dibiarkan terbuku di dalam hati. Farah mendongakkan kepalanya dan memandang Amin lalu tersenyum. Matanya berkaca. Dan dengan sekali kerdipan mata, airmatanya serentak berguguran. Tidak semena-mena, Farah berbaring di atas lengan Amin yang berdekatan dengan bahunya dan memeluk tubuhnya. Erat. Buat pertama kali hadir dengan sendiri datang memeluknya membuatkan Amin sendiri terkaku.
"Terima kasih," ucap Farah perlahan tetapi cukup untuk membuatkan Amin mendengar.
"Ini takdir Allah, Farah. Ini cinta dari Allah. Cinta ini sekarang bukan milik abang seorang, cinta ini bukan milik sayang seorang. Cinta ini untuk kita berdua. Cinta ini milik kita," ucap Amin lalu mengapai tangan kanan isterinya yang disarungkan cincin pernikahan meeka, lalu dikucupnya perlahan.
'Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah. Dengan NamaMu, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kau jagalah ikatan ini di dunia hingga akhirat. Amin Ya Rabbal'alamin.' getus hati Amin dan Farah serentak.



**dah lama terperuk. ending tak tau nak buat cm mana, pastu tajuk pulak tatau nak buat apa.. last2 jadi mcm ni. huhu