Friday 13 November 2015

Cerpen : You're My Wife (Kau Isteriku)



Seorang lelaki berbaju t-shirt putih dipadankan dengan seluar track hitam berjalan masuk ke halaman rumah ke arah seorang gadis yang memakai baju t-shirt hitam berseluar slack coklat dengan rambut yang diikat kemas sedang duduk di atas pankin yang berdekatan dengan kolam ikan sambil memandang jauh dan langsung tidak menyedari akan kehadiran lelaki itu.
            "Jauh termenung. Ingat kat siapa tu?"tegur lelaki itu.
            "Takde siapa-siapa la. Tengah tengok ikan-ikan tu berenang. Main-main,"balas gadis itu apabila mendapati orang yang ditunggunya kini kunjung tiba disisinya.
            "Dah lama tunggu?"tanya lelaki itu sambil memandangnya.
            "Tak jugak. Dalam 10 minit je baru,"balas gadis itu.
            "Kenapa tak tunggu kat dalam?"tanya lelaki itu lagi.
            "Taknak la. Ganggu ibu buat kerja pulak, baik tunggu kat sini. Boleh tengok ikan-ikan ni. Lambat balik joging hari ni,"balas gadis itu.
            "Hari ni joging jauh sikit. Kenapa datang tak bagi tahu?"tanya lelaki itu sambil mengambil tempat di sebelah gadis itu.
            "Saja. Lagipun tak terfikir nak datang sini tadi,"balas gadis itu sambil tersenyum.
            "Kenapa ni? Ada masalah ke?"lelaki itu seakan merasa sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu.
            "Takde apa. Bosan je. Kita keluar nak?"tanya gadis itu pula.
            "Ke mana?"tanya lelaki itu semula.
            "Mana-mana. Jalan-jalan je,"balas gadis itu memberikan cadangan yang tiada arah tuju.
            "Bila? Sekarang ke?"tanya lelaki itu inginkan kepastian.
            "Kalau boleh. Kau tak sibuk ke?"tanya gadis itu kepada lelaki yang duduk disebelahnya.
            "Tak. Tapi kalau kau tunggu aku mandi dulu, boleh?"tanya gadis itu.
            "Boleh. Aku tunggu kat sini,"jawab gadis itu sambil tersenyum.

Di dalam kereta menuju ke suatu tempat yang masih tidak pasti, lelaki tadi telah menukar bajunya dengan memakai t-shirt hitam bersama seluar slack berwarna putih memulakan perbualan apabila mendapati gadis yang biasanya riang itu tidak langsung membuka mulutnya.
            "Kau ni kenapa? Gaduh dengan special boyfriend lagi ke?"tanya lelaki itu mengagak.
            "Kami dah putus,"balas gadis itu pendek.
            "Erm, patut la kau senyap je dari tadi. Kalau tak, tak habis-habis kau cerita pasal dia. Kenapa pulak putus kali ni?"tanya lelaki itu lagi kerana gadis ini sudah berkali-kali putus cinta dan tiada yang kekal lama.
            "Dia curang. Tak jujur dengan aku. Bersyukur la aku punye degree tinggal satu sem je lagi, terseksa aku tengok muka dia tiap hari dengan girlfriend baru dia tu,"balas gadis itu sambil melepaskan sedikit geramnya.
            "Kenapa pulak? Kau dengan dia bukannya satu jurusan pun kan?"tanya lelaki itu, ingin mengetahui lebih mendalam.
            "Dia memang tak sama dengan aku. Girlfriend baru dia tu yang sama jurusan dengan aku. Aku rasa dia nak balas dendam,"agak gadis itu,
            "Kenapa kau cakap macam tu pulak?"tanya lelaki itu pelik.
            "Kan dia kawan baik Aliff. Aku pernah kecewakan Aliff dulu, so dia buat aku jatuh cinta pada dia. Then, tinggalkan aku sebab nak buat aku terluka,"terang gadis itu.
            "Habis tu, kau terluka tak?"tanya lelaki itu, binggung.
            "Kau kenapa? Saja nak sakitkan hati aku ke? Mesti la terluka! Aku jatuh hati kat dia betul-betul la... Dia gentle sangat,"balas gadis itu dengan sedikit perasaan sedih.
            "Dah berapa hari kau putus ni?"tanya lelaki itu.
            "Tiga..,"belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya dia dipintas.
            "Dah tiga hari baru kau bagi tahu aku? Teruk la kau ni,"kata lelaki itu dengan perasaan sedikit terasa.
            "Aku tak habis cakap lagi la. Dah tiga puluh hari,"balas gadis itu.
            "Mak aii! Lamanya. Baru sekarang kau bagi tahu aku? Hey! Lebih baik tak payah bagi tahu la..."tanya lelaki itu sedikit geram dengan perangainya.
            "Aku ingat aku boleh tenangkan hati aku sendiri. Aku kalau boleh, taknak la kacau kau. Kau kan sibuk kerja, dengan persiapan kawin kau lagi yang tinggal beberapa bulan je lagi,"balas gadis itu.
            "Hey! Kau tu adik angkat aku. Keluarga kau, keluarga aku. Keluarga aku, keluarga kau jugak. Masalah aku, masalah kau. Masalah kau, masalah aku jugak la. Lagipun, kita kan kawan. Kau dah lupa?"tanya lelaki itu.
            "Aku tak lupa. Tapi aku nak bagi kau ruang gak. Nanti aku asyik bergantung pada kau je susah gak. Nanti kau dah kawin, takkan la aku nak mengadu kat kau lagi. Ape pulak Kak Sue anggap,"balas gadis itu.
            "Nak anggap ape pulak? Macam dia tak kenal pulak kau dengan aku ni macam mana. Lagipun, kau jugak yang temukan kami dulu,"balas lelaki itu.
            "Mana la tau, dugaan ni macam-macam. Apa-apa boleh jadi. Tak kesah la walau macam mana kita sayangkan dia pun, kalau itu yang dah ditakdirkan untuk kita dan dia. Takde siapa boleh ubah,"balas gadis itu dengan nasihat sebagai peringatan kepada dirinya dan lelaki yang dianggap sebagai abang.

Sebulan kemudian, di rumah banglo gadis yang sama, ketika itu menuruni tangga pada malam harinya untuk membancuh minuman terlihat sesuatu di atas meja kecil yang berada di sebelah tangga. Dia tersenyum kecil, rupa-rupanya kad perkahwinan abang angkatnya.

 Akhirnya, tibalah pada hari yang di tunggu-tunggu oleh abang angkatnya, Farid yang bakal menikahi salah seorang senior adik angkatnya, Suhana. Ahli keluarga Farid dan ahli keluarga adik angkatnya sudah bersiap sedia menunggu kehadiran Suhana bersama rombongannya di masjid berdekatan rumah Suhana bersama juru akad nikah. 1/2 jam berlalu, kelihatan kelibat seorang gadis yang bertudung memasuki masjid itu dan mendekati Farid bersama keluarga Farid dan menarik adik angkat Farid bersama.
            "Maaf sangat-sangat Sue ucapkan terlebih dahulu pada Farid, pakcik, makcik. Sue tak boleh teruskan majlis ni,"luah Suhana satu persatu,
            "Apa maksud Kak Sue?"gadis yang merangkap juniornya bersuara,
            "Tunang Kak Sue dah balik,"balas Suhana.
            "Tapi dia kan dah meninggal?"tanya Farid inginkan kepastian.
            "Itulah yang kami anggap. Tapi sebenarnya tak. Dia terselamat dalam kemalangan tu. Seperti yang saya pernah ceritakan pada awak, kami masih belum jumpa mayat dia tapi disebabkan sudah terlalu lama menghilang, kami anggap dia sudah mati,"terang Suhana dengan lembut kepada mereka.
            "Tapi mana boleh Kak Sue tinggalkan Abang Farid macam ni je,"balas gadis itu.
            "Maafkan Kak Sue, Jamilah... Kak Sue memang cintai Farid. Tapi cinta Kak Sue pada tunang Kak Sue tak pernah padam. Makcik, pakcik, Farid... jangan risau, saya akan bayar segala ganti rugi dan pulangkan semula wang hantaran dan hantaran-hantaran yang telah dihantar sebelum ni,"Suhana berlalu pergi meninggalkan mereka semua yang masih dalam keadaan terkejut.
            "Eh! Kau pergi macam tu je?" tegur Jamilah dengan perasaan sedikit marah dan ingin mengejar kembali Suhana tapi dihalang oleh ayah Farid.
            "Sabar, Milah. Biarkan dia pergi," memeluk tubuh Jamilah menghalang Jamilah daripada mengejar Suhana.
            "Ayah, kita tak boleh biarkan ini terjadi!"luah Jamilah di dalam pegangan ayah Farid. Farid hanya memandang kosong kereta yang dipandu Suhana keluar dari masjid itu lalu dia berjalan masuk ke dalam masjid meninggalkan ibu ayahnya bersama Jamilah.

Sepulangnya mereka ke rumah keluarga Farid, ibu bapa Farid dibantu oleh kakak dan adik-adiknya menghubungi para tetamu untuk pemberitahuan pembatalan majlis itu bersama bantuan keluarga Jamilah, adik angkat Farid. Sehingga malam, bayang Farid masih tak kelihatan keluar dari biliknya walaupun berkali-kali dipujuk oleh ibu dan adik-adiknya. Jamilah mengorak langkah ke bilik abang angkatnya mencuba nasib. Beberapa kali pintu di ketuk sebelum Jamilah bersuara memberitahu kehadirannya di situ.
            "Farid, keluar la. Berapa lama kau nak macam ni? Kak Sue tetap takkan datang balik la. Kau lelaki la. Kau kena kuat. Walau bertahun kau kat dalam tu, masalah kau tetap ada. Takkan kau nak biarkan famili kau je yang selesaikan semuanya? Kau tak kesian kat dorang ke? Farid! Keluar la. Kau dah la tak makan lagi. Nanti gastrik padan muka! Cepat keluar! Sebelum aku pecahkan pintu ni," satu persatu ayat yang ditutur Jamilah untuk memujuk Farid. Tiba-tiba pintu dibuka, dan tubuh Jamilah didakap sekuat-kuatnya. Jamilah sekadar menepuk-nepuk belakang lelaki itu.
            "Terima kasih,"ucap Farid perlahan.
            "Sama-sama. Kita kan kawan,"balas Jamilah. Pelukan Farid bertambah erat.

Dua tahun kemudian, di banglo keluarga Farid sedang mereka sarapan bersama, soalan ibunya membuatkan dia tersedak.
            "Kenapa kau tak kawin je dengan Jamilah, Farid?"tanya ibunya.
            "Apa ibu merepek ni? Dia kan kawan saya, merangkap adik angkat saya. Anak angkat ibu dengan ayah juga,"balas Farid.
            "Habis tu, Suhana tu dulu bukan kau berkawan ke dulu? Apa salahnya adik angkat? Bukannya adik kandung. Boleh je jadi isteri kau, menantu ibu. Hubungan kita dan dia pun bertambah rapat nanti. Lagipun, ibu risau tengok kamu berdua dengan dia, macam belangkas,"terang ibunya.
            "Macam la dia nak dengan saya,"balas Farid.
            "Tak cuba, tak tahu,"ayahnya mencelah. Farid dan ibunya memandang ayahnya. Ayahnya sekadar tersenyum memandang mereka berdua.

Seperti yang dirancang, ibu bapa Farid ke rumah keluarga Jamilah pada pagi esoknya untuk merisik Jamilah. Pada hari berikutnya, ibu bapa Farid ke rumah keluarga Jamilah sekali lagi untuk mendapatkan kata putus. Setelah mendapati risikan mereka diterima, ibu bapa Farid langsung melamar Jamilah. Dengan lamaran itu, ibu bapa Jamilah meminta masa dan ruang untuk memberitahu kepada Jamilah dan meminta persetujuan mengenai lamran mereka. Pada malam itu, sedang mereka berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen ibu Jamilah memulakan bicara.
            "Tadi ada orang melamar kamu,"beritahu ibu Jamilah bersahaja.
            "Emak setuju tak?"tanya Jamilah yang masih berlagak seperti biasa.
            "Kenapa emak pulak? Engkau yang kena kawin, bukan mak. Kami tak bagi lagi kata putus. Kami minta masa. Kau setuju tak?"tanya ibunya lagi.
            "Milah ikut je la pilihan mak dengan abah. Milah dah malas nak cari sendiri. Kalau mak dengan ayah setuju dengan lamaran tu, Milah pun setuju,"balas Jamilah, berserah.
            "Betul ni setuju? Lepas ni tak boleh nak tarik-tarik dah,"tanya ayah Jamilah inginkan kepastian kerana dia sangat memahami anak perempuan bonsunya yang sering menyesal di kemudian hari.
            "Mak dengan abah setuju ke?"tanya Jamilah inginkan pendapat.
            "Kami sama-sama setuju,"balas ayahnya.
            "So, Milah pun setuju la. Milah tahu pilihan mak dengan ayah adalah yang terbaik untuk Milah,"balas Jamilah dengan yakin.

Keesokkan harinya, ibu Jamilah menghubungi ibu Farid untuk memberikan kata putus dari Jamilah. Kegembiraan yang tak dapat digambarkan oleh ibu Farid sehingga dia tidak sabar untuk memberitahu berita gembira itu kepada suaminya yang sibuk bekerja di pejabat. Tengah hari itu, sepulangnya suaminya untuk makan tengah hari di rumah, ibu Farid memberikan cadangan supaya mereka mengadakan majlis pertunangan secara rasmi kecil-kecilan. Ayah Farid sekadar bersetuju dengan cadangan itu agar senang orang tahu bahawa Jamilah telah diikat oleh seseorang. Cadangan itu langsung di utarakan kepada pihak Jamilah, seterusnya dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga. Ketika makan malam pada malam itu, di rumah keluarga Jamilah.
            "Tunang? Hujung minggu ni? Cepatnya!"terkejut Jamilah mendengar berita yang baru sahaja dia terima.
            "Kau nak tunggu bila lagi? Bagus la cepat-cepat nak buat apa tunggu lagi? Kenapa? Kau ade orang lain ke?"tanya ibunya bertalu.
            "Takde la. Rasa macam cepat sangat. Orang tak puas la nak enjoy-enjoy. Ini kalau dah bertunang, tak boleh nak bebas sangat,"balas Jamilah.
            "Apa salahnye kalau nak enjoy-enjoy kalau dah tunang pun? Lagipun abah rasa, kau takde kawan lain yang selalu kau keluar bersama selain si Farid,"balas ayahnya.
            "Yela... Nanti ape kata bakal tunang Milah tu nanti kalau tahu yang Milah selalu dengan Farid. Susah tu. Dia bukannye kenal Farid dengan Milah ni macam mana,"balas Jamilah lagi.
            "Mana kamu tahu dia tak kenal? Entah-entah lebih dari kenal,"balas ibunya sambil tersenyum.
            "Sekejap. Milah rasa macam ade yang tak kena dengan mak dan ayah sekarang ni. Milah tak faham. Ape yang dah jadi?"tanya Jamilah inginkan keterangan yang jelas.
Manakala di rumah keluarga Farid, di ruang tamu ayah Farid memulakan bicara.
            "Hujung minggu ni Jamilah ditunangkan,"beritahu ayah Farid kepadanya.
            "Oh! Ye ke? Bagus la. Bertuah lelaki tu,"kata Farid bersahaja tanpa asal usul periksa.
            "Kamu la lelaki tu,"ibu Farid berterus terang.
            "Apa maksud ibu?"tanya Farid dengan muka yang berkerut sambil memandang kedua orang tuanya.
            "Dia setuju lamaran kamu. Hujung minggu ni kami nak sarungkan cincin tunang kat rumah dia,"beritahu ayah Farid.
            "Hah? Tapi tadi kami jumpa, dia tak cakap apa-apa pun," Farid sedikit keliru.
            "Kami baru je rancang tadi tentang majlis pertunangan tu selepas emak bagi tahu kata putus dari pihak mereka tentang lamaran kami,"balas ibunya pula.
            "O, tapi dah dua hari kami jumpa berturut-turut, dia tak cakap atau tanya apa-apa pun pasal risikan atau lamaran dari pihak kita pun,"balas Farid.
            "Dia malu kot, kena kawin dengan senior yang tua dua tahun dari dia. Abang angkat pulak tu,"ayah Farid mengagak.
Di rumah keluarga Jamilah, Jamilah terus meninggalkan meja makan setelah mendapati Farid adalah bakal tunangnya. Sepanjang malam sehingga tertidur Jamilah berfikir untuk mengelak dirinya dari Farid kerana malu dengan apa yang telah terjadi dan keputusan dia yang melulu tanpa banyak bertanya.

Seperti yang dirancang, kini akhirnya Jamilah menjadi tunangan Farid secara rasmi. Majlis pertunangan yang diadakan secara kecil-kecilan masih meriah dengan kedatangan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Farid yang dilarang oleh ibunya untuk hadir ke majlis itu melegakan sedikit hati Jamilah kerana dia tak perlu bertentang mata dengan lelaki yang selama ini dia anggap abang tetapi kini menjadi bakal suaminya!

Pada hujung minggu hadapannya, Farid yang mengenakan baju kemeja berlengan pendek berwarna biru pekat dipadankan dengan seluar berwarna hitam ke rumah keluarga Jamilah. Oleh kerana agak geram dengan kelakuan Jamilah, yang menyepikan diri secara tiba-tiba sejak kebelakangan ini.
Awal-awal pagi lagi Farid telah sampai di rumah keluarga Jamilah bagi mengelakkan Jamilah keluar dari rumah melarikan diri daripadanya yang dia sendiri tidak tahu akan sebabnya. Farid masuk ke rumah itu setelah dijemput oleh ibu bapa Jamilah menuju ke ruang makan kerana mereka sedang bersarapan. Baru sahaja Farid melabuhkan punggung, Farah turun dari tingkat atas ke ruang makan.
            'Alahai... buat apa la mamat ni datang rumah aku pagi-pagi buta ni,'getus hati Jamilah sambil melangkah perlahan ke arah meja makan dan duduk di sebelah ibunya. Ketika bersarapan, tiba-tiba Farid bersuara.
            "Emak, abah, Farid ingat nak bawak Jamilah keluar, boleh?" Farid meminta kebenaran.
            'Oh! God. Please abah, say NO!' getus hati Jamilah yang sedang tunduk memandang bihun goreng di dalam pinggan.
            "Boleh. Abah tak kisah. Tapi jangan lambat sangat balik," kata ayah Jamilah dengan nasihat yang sering diberikannya jika mereka keluar berdua.
            "Tapi, Ila tak boleh la... Ila penat sangat. Nak rehat kat rumah la," Jamilah mencelah untuk mengelakkan diri.
            "Please, honey. I think we need to talk. Lagipun, kita dah lama tak keluar bersama,"pinta Farid tanpa segan silu di hadapan ibu bapa Jamilah.
            "Ala, pergi jela. Apa salahnya? Dulu sebelum bertunang pantang di ajak keluar, sekarang dah bertunang dah taknak pulak,"tegur ibunya.
            "Yela, Jamilah keluar. Jamilah pergi bersiap kejap," kata Jamilah dengan hati yang berat dan senyuman paksa. Jamilah bangun dari kerusi meja makan lalu naik ke tingkat atas masuk ke biliknya.

Beberapa minit kemudian Jamilah turun ke ruang tamu dengan memakai seluar slack berwarna hitam dipadankan dengan blaus biru berenda putih dan tudung berwarna putih sambil membawa beg tangan kecil berwarna hitam. Jamilah dan Farid meminta diri keluar dan menyalami kedua-dua orang tua Jamilah. Di dalam kereta, perjalanan ke tempat yang mereka selalu kunjungi bersama.
            "Kita nak ke mana ni, awak?"tanya Jamilah setelah Farid hanya mendiamkan diri. Jamilah cuba menggunakan bahasa yang lebih baik berbanding sebelum mereka ditunangkan.
            "Awak? Siapa awak?"tanya Farid terkejut.
            "Awak la.. siapa lagi dalam kereta ni?"balas Jamilah.
            "Kita kan dah nak nikah, panggil je la 'abang'. Sedap sikit dengar,"balas Farid sedikit nakal.
            "Huh?"Jamilah terkejut.
            "Yela. Lagipun abang kan tua dua tahun dari Ila. Apa salahnya panggil abang,"terang Farid.
            "Tak nak la. Orang tak biasa la,"balas Jamilah menolak cadangan Farid.
            "Dari tak biasa la kena biasakan,"tegur Farid. Jamilah memandang Farid seketika lalu memandang ke hadapan semula.
            "Kita nak ke mana ni? Kau tak jawab lagi," Jamilah mengulang pertanyaannya. Farid menjeling tajam Jamilah dan langsung tidak membalas pertanyaan Jamilah.
            "Pekak,"rungut Jamilah.
            "Ila ni kenapa? Nak buat abang marah ke?"tanya Farid sambil memandang tepat ke arah Jamilah.
            "Habis tu, ber'aku kau' dengan abang ni kenapa? Masa kita jadi adik beradik angkat takpe la.. abang consider lagi, sekarang kita dah bertunang.. beberapa bulan je lagi kita nak kahwin.. abang tak suka Jamilah bahasakan diri macam tu dengan abang,"Farid mengingatkan Jamilah semula.
            "Habis tu siapa suruh tak jawab soalan saya?"balas Jamilah.
            "Perlu sangat ke? Dulu kalau kita keluar tak pernah sekali pun Ila nak tanya abang nak bawak Ila kemana.. Ila ikut je.. Tak pernah menolak, tak pernah bagi alasan.. tapi kenapa sekarang Ila dah lain?"tanya Farid bertubi-tubi mempersoalkan kelakuan Jamilah yang semakin berubah sejak mereka bertunang. Jamilah jadi serba salah. Dia memandang sekilas wajah Farid yang duduk memandu disebelahnya.

Mereka masuk ke dalam sebuah pasaraya yang terkenal, dan hanya sepi mengiringi mereka berjalan bersama ketika berjalan di dalam pasaraya itu.
            "Awak, awak marah saya lagi ke?"tanya Jamilah yang mulai tak selesa dengan keadaan yang sepi seperti itu.
            "Nak marah pasal apa pulak?"tanya Farid semula. Tidak faham dengan soalan Jamilah.
            "Habis tu, abang diam je.. dari dalam kereta tadi," rungut Jamilah.
            "Siapa?"tanya Farid semula kerana dia merasakan Jamilah salah membahasakan dirinya.
            "Abang la. Siapa lagi? Hish!"balas Jamilah geram.
            "OPPSS!!" Jamilah menekup mulutnya kerana menyedari dia telah menukar gelaran diri Farid. Farid tersenyum.
            "Awak punya pasal la ni..! Kenapa bahasakan diri awak 'abang'.. Kan saya dah terikut," Jamilah menuduh Farid untuk menutup kesalahan dirinya.
            "Eh! Abang pulak, dia sendiri yang cakap. Abang tak tau,"balas Farid sambil senyuman yang semakin melebar.
            "Abang!" Jamilah semakin malu.
            "Ye, sayang, hahaha," sambut Farid sambil ketawa.
            "Siapa sayang? Benci tau!" Jamilah cuba melindungi perasaan malunya dengan memarahi Farid.
            "Benci sekejap je tau. Jangan benci lama-lama. Tak kawin abang nanti," usik Farid sambil tersenyum.
            “Hish! Suka tau usik orang,” Jamilah menahan senyuman dengan usikan Farid yang kelihatan manja dimatanya. Pertama kali dia melihat Farid sebegitu rupa.
            "Dah, jom," Farid berjalan semula diekori Jamilah disisinya. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam sebuah butik pengantin.
            "Selamat datang, cik," sambut seorang gadis sebaik sahaja mereka melangkah masuk. Farid dan Jamilah sekadar mengangguk sambil tersenyum.

Beberapa hari kemudian,
            Sedang Jamilah sibuk di meja kerjanya, satu panggilan masuk ke telefon bimbitnya.
            "Assalammualaikum," Jamilah memberi salam.
            "Waalaikummussalam, awak sihat?"tanya pemanggil Jamilah.
            "Siapa ni?"tanya Jamilah yang tidak mengenali gerangan yang menghubunginya.
            "Awak dah lupa pada saya?" tanya pemanggil lelaki itu.
            "Hah? Siapa ni? Jangan main-main boleh tak?" pinta Jamilah.
            "Ini saya la, Johan," pemanggil itu memperkenalkan dirinya.
            "Johan? Khairil Johan?" tanya Jamilah semula inginkan kepastian.
            "Ya, saya," balas lelaki itu dengan senyuman yang terukir dibibitnya walaupun Jamilah tidak boleh nampak.
            "Ke... kenapa awak called saya?" Jamilah agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba.
            "Saya rindui awak. Jom kahwin!" spontan lelaki bernama Johan itu berkata.
            "Hah??? Apa awak merepek ni Johan?" tanya Jamilah tak tentu arah.
            "Merepek? Tak la. Saya serius ni," Johan berterus terang.
            "Kenapa baru sekarang awak datang? Kenapa tak dari dulu lagi?" tanya Jamilah tiba-tiba.
            "Sebab sekarang saya dah bersedia. Sekarang saya mampu untuk tunaikan apa sahaja yang awak mahu. Kita jumpa?"balas Johan dengan yakin.
            "Bila?" tanya Jamilah.
            "This lunch? Tempat biasa..." beritahu Johan.
            "InsyaAllah," panggilan itu ditamatkan setelah Jamilah menjawab salan Johan.

Tengah hari itu, seperti yang telah dijanjikan Jamilah dan Johan bertemu di cafeteria yang dulu menjadi kunjungan mereka berdua.
            "Lama tunggu?" Jamilah mengambil tempat di hadapan Johan.
            "Tak la. Saya pun baru sampai,"jawab Johan sambil tersenyum.
            "Dah order air?"tanya Jamilah berbasa-basi.
            "Dah, saya orderkan untuk awak sekali. Fresh orange, it's ok with you?"tanya Johan.
            "Oh! Tak kisah apa-apa pun boleh,"balas Jamilah sambil tersenyum.
            "Awak semakin cantik sekarang,"luah Johan.
            "Terima kasih,"balas Jamilah janggal bercampur malu.
            "Bila awak balik dari Australia?"tanya Jamilah sambil memandang lelaki yang duduk dihadapannya.
            "Tiga hari yang lepas," balas Johan. Air yang telah dipesan Johan sampai di meja mereka.
            "O. baru lagi. Lepas ni awak nak kerja dekat mana?"tanya Jamilah.
            "Erm, tengoklah. Mungkin saya sambung berkerja dengan syarikat yang saya berurusan ketika di luar negara dulu. Mana-mana ada rezeki,"jawab Johan.
            "O, awak taknak kerja dengan ayah awak?"tanya Jamilah.
            "Entah la. Syarikat tu dah ada abang dan kakak saya. Lagipun, saya nak cari pengalaman dulu,"jawab Johan.
            "Jamilah, saya nak melamar awak,"luah Johan tiba-tiba.
            "Hah? Melamar?"tanya Jamilah terkejut.
            "Yup. Melamar awak sebagai isteri saya,"balas Johan serius.
            "Saya tak boleh,"jawab Jamilah.
            "Tapi kenapa? Awak dah tak sayang saya ke?"tanya Johan.
            "Saya sayang awak, Johan. Tapi sayang saya untuk awak hanya sebagai kawan. Cinta saya yang dulu dah lama mati untuk awak,"beritahu Jamilah.
            "Tapi apa salah saya? Sampai awak sanggup buang cinta tu?"tanya Johan.
            "Saya... saya.. dah bertunang, tak lama lagi saya akan berkahwin,"jawab Jamilah perlahan-lahan.
            "Tunang? Bila? Dengan siapa?"tanya Johan.
            "Dengan Abang Farid, baru je lagi. Dalam sebulan," balas Jamilah.
            "Abang Farid? I though he was married with Kak Suhana?"tanya Johan, keliru.
            "At first, it suppose to be like that but at the end, bila dorang nak nikah Kak Sue tiba-tiba nak batalkan sebab tunang dia yang disangkakan dah meninggal datang semula,"cerita Jamilah.
            "Tapi, Jamilah... Saya cintakan awak. Awak cinta pertama saya,"balas Johan bagaikan merayu kepadanya.
            "Maafkan saya, Johan. Saya tak boleh. Mungkin takde jodoh diantara kita berdua,"luah Jamilah dengan perasaan serba salah.
            "Jamilah, tolong. Jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak. Saya berubah demi awak. Saya lakukan semuanya demi cinta saya kepada awak,"rayu Johan.
            "Saya tak boleh, Johan. Saya dah sayangkan dan cintakan Abang Farid. Dia bakal suami saya. Saya taknak khianati cinta yang dia beri pada saya,"balas Jamilah.
            "Jamilah, saya janji saya boleh bahagiakan awak. Tolonglah, Jamilah. Masih belum terlambat untuk kita bersama,"pinta Johan sambil memegang tangan Jamilah. Jamilah pantas menarik tangannya.
            "InsyaAllah, awak akan jumpa gadis yang lebih baik daripada saya. Saya akan doakan untuk awak. Maafkan saya sekali lagi, Johan,"luah Jamilah sebelum berlalu pergi.

Pada suatu hari, sedang Jamilah duduk menonton televisyen di ruang tamu bersama ibu bapanya, dia menerima satu panggilan telefon membuatkan dia menjauhi ibu bapanya dan duduk di laman rumah.
            "Awak nak apa lagi, Johan?"tanya Jamilah bosan.
            "Saya nak awak!"beritahu Johan tegas.
            "Awak ni degil sangat kenapa? Saya dah kata saya tak boleh. Lupakan saya. Saya tak suka awak, jauhi saya!"balas Jamilah geram.
            "Saya tak peduli, Jamilah. Saya nak bersemuka dengan Abang Farid,"balas Johan.
            "Awak dah gila ke? Awak nak jumpa Abang Farid nak buat apa? Jangan! Jangan sesekali awak berani jumpa dia!"Jamilah melarang.
            "Saya tak peduli!"balas Johan lalu menamatkan panggilan itu. Jamilah mulai rasa resah setelah mendengar apa yang Johan ingin lakukan semata-mata untuk bersamanya semula. Dengan kadar segera Jamilah naik ke tingkat atas masuk ke dalam biliknya dan seketika kemudian dia keluar dari bilik setelah menukar pakaian.
            "Ila keluar sekejap,"beritahu Jamilah kepada ibu bapanya sambil mengambil kunci kereta dari tempat letak kunci dan keluar dari rumah itu tanpa berpaling lagi. Kedua ibu bapanya saling berpandangan, tertanya-tanya di antara satu sama lain.

Jamilah memandu kereta dengan laju menuju ke rumah Farid namun hatinya bertambah risau apabila dia mendapati Farid telah pun keluar tak lama sebelum dia sampai di rumah itu.
            'Ya Allah! Sesungguhnya Kau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Kau lindungilah hubungan aku dengan Abang Farid. Restuilah kami Ya Allah. Jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki dan dendam,' doa Jamilah di dalam hati. Jamilah memandu keretanya pulang ke rumah, dengan hati yang masih tidak menentu dan takut dengan kemungkinan yang akan dibuat oleh Johan.

            Keesokkan harinya, sebaik sahaja selesai solat subuh Jamilah menerima satu mesej dari Farid.
            ‘Assalammualaikum. Lunch nanti dengan abang, abang tunggu kat bawah office Ila pukul 1,’
            ‘Waalaikummussalam. OK,’

Dihati Jamilah mulai merasakan sesuatu yang lain namun cuba diusirnya perasaan itu lalu dia bersiap sedia untuk ke tempat kerja.
Tengah hari itu, seperti yang dijanjikan, Jamilah turun ke bahagian bawah bangunan pejabatnya tepat pukul 1. Kelihatan dari jauh, Farid telah pun menunggu Jamilah di luar kereta di tempat letak kereta. Jamilah mendapatkan Farid.
“Assalammualaikum,”ucap Jamilah kepada Farid sambil tersenyum.
“Waalaikummussalam, “balas Farid sambil tersenyum.
“Nak makan kat mana?”tanya Jamilah teruja.
“Jom! Abang ade jumpa satu tempat best,”beritahu Farid sambil membukakan pintu kereta untuk Jamilah.
“Wah! Bestnye,”Jamilah bertambah gembira mendengar kata-kata Farid.
Farid membawa Jamilah ke sebuah restoran makanan Jepun yang diketahui dari sahabatnya. Mengetahui Jamilah yang begitu menggemari makanan Jepun membuatkan Farid membawa Jamilah ke situ. Sedang mereka berjalan menuju ke kereta,
            “Sedapnya makan dekat situ. Puas hati sangat. Pandai kawan awak recommend,”beritahu Jamilah sambil tersenyum ke arah Farid. Farid hanya tersenyum dan mengangguk lalu membukakan pintu kereta untuk Jamilah.
            “Ila, Ila takde apa nak beritahu pada abang?”tanya Farid memecahkan kesunyian di dalam kereta setelah Jamilah hanya mendiamkan dirinya dari tadi.
            “Huh? Beritahu apa lagi? Kan Ila dah beritahu tempat tu memang sedap. Sedap tak terkata,”balas Jamilah sambil tersenyum memandang Farid.
            “Bukan itu maksud abang, abang maksudkan Johan,”balas Farid beterus terang.
            “Johan? Kenapa dengan dia?”tanya Jamilah, berpura-pura tidak tahu mengenai lelaki yang baru sahaja disebut oleh Farid.
            “Ila, jangan buat-buat tak tahu boleh? Abang tahu, Johan dah jumpa dengan Ila sebelum ni. So, abang nak Ila terus terang dengan abang,”pinta Farid.
            “Nak terangkan apa lagi? Saya tak rasa saya perlu terangkan apa-apa,”Jamilah berdalih.
            “Farid ada minta pada abang supaya lepaskan Ila.  Dia nak kembali bersama dengan Ila,”beritahu Farid sambil matanya masih fokus ke hadapan.
            “Then, you want  let me go because of him?”tanya Jamilah sambil memandang lelaki yang bakal menjadi suaminya dalam beberapa bulan sahaja lagi.
            “Abang pentingkan kebahagiaan Ila. Abang tahu cinta pertama Ila dengan dia jadi abang taknak disebabkan abang, Ila tak dapat kebahagiaan yang Ila nak,”luah Farid. Hati Jamilah menjadi sakit mendengar luahan lelaki itu. Darah mengebu ke mukanya. Tangannya mengigil menahan kemarahan dan kesakitan dihati.
            “Jadi, abang nak buang Ila? Abang tak sayang kan Ila dah?”tanya Jamilah yang masih cuba mengawal suaranya.
            “Bukan itu maksud abang. Abang cuma nak Ila bahagia. Abang yakin dengan apa yang dia dah ade sekarang berbanding dulu, dia mampu bahagiakan Ila,”jelas Farid.
            “Kenapa? Abang ingat perasaan Ila ni macam tukar baju ke? Sekejap boleh sayang dekat dia, sekejap dekat abang. Kalau abang dah taknak Ila, tak sayang Ila, abang beritahu Ila. Ila boleh pergi,”luah Jamilah. Air mata mulai mengalir dipipinya. Hatinya tidak dapat menanggung setiap patah perkataan yang diluah oleh dirinya sendiri. Bagaikan membuang dirinya jauh dari sisi lelaki itu.
            “Ila dah sayangkan abang. Ila dah mulai cintakan abang. Ila yakin yang Ila boleh bahagia dengan abang. Tapi abang, senang-senang nak lepaskan Ila pada orang lain,”tambah Jamilah lagi lalu tenggelam dalam tangisannya tanpa memperdulikan Farid di sebelahnya. Farid memberhentikan keretanya ke bahu jalan.
            “Ila, abang minta maaf. Abang takde niat langsung nak lukakan hati Ila. Sebabkan abang terlalu sayang dan cintakan Ila, abang sanggup lepaskan Ila dengan Johan demi kebahagiaan Ila walaupun hati abang sendiri terluka,”pujuk Farid sambil memusingkan tubuh Ila supaya mengadapnya. Farid mengelap pipi Jamilah yang basah dengan air mata.
            “Maafkan abang,”ucap Farid dan Jamilah hanya mengangguk tanda dia memaafkan lelaki itu.
            “Tapi, abang kena janji abang takkan ungkit lagi benda ni. Ila tak suka,”pinta Jamilah.
            “Baiklah, abang takkan ungkit lagi. Abang janji,”janji Farid sambil tersenyum memandang Jamilah. Kesunyian di antara mereka membuatkan Jamilah berasa janggal. Perlahan-lahan tangannya yang berada di dalam genggaman Farid ditarik. Farid menyambung pemanduannya.
            “Oklah, Ila naik atas dulu. Terima kasih belanja makan,”ucap  Jamilah setelah kereta yang dinaiki mereka tiba di hadapan bangunan pejabat Jamilah. Tetapi dia ditahan keluar dari kereta.
            “Ila, nanti kejap,”pinta Farid.
            “Apa lagi?”tanya Jamilah sambil memandang Farid semula.
            “Terima kasih,”ucap Farid.
            “Huh? Sebab apa pulak?”tanya Jamilah yang tidak memahami maksud Farid.
            “Sebab cintakan abang,”balas Farid sambil tersenyum bahagia. Jamilah hanya tersenyum malu lalu keluar dari kereta itu dan naik ke pejabatnya.

Pada malam itu, Jamilah duduk di dalam bilik sebaik sahaja selesai menunaikan solat isyak. Dia mengambil keputusan untuk menghubungi Johan.
            “Assalammualaikum, Johan,”ucap Jamilah sebaik sahaja panggilannya dijawab.
            “Waalaikummussalam, Jamilahku sayang. Rindukan saya ke?”tanya Johan mengusik.
            “Takde makna aku rindu pada orang macam kau. Aku nak tanya pada kau, apa yang kau dah cakap pada Abang Farid?”tanya Jamilah ingin tahu.
            “Owh, dia dah beritahu awak yang dia nak lepaskan awak?  Jadi macam mana, awak setuju tak?”pertanyaan Johan menguji kesabaran Jamilah.
            “Johan! Aku nak kau jawab soalan aku. Kau cakap apa pada abang Farid?!”tanya Jamilah dengan suara yang sediki keras.
            “Aku beritahu dia yang aku cintakan kau lagi. Aku beritahu yang aku dah berjaya sekarang, aku dah ade kerjaya yang kukuh untuk bersama kau. Aku beritahu dia yang aku dah jumpa dengan kau dan aku cuma perlukan persetujuan dia untuk lepaskan kau dari dia untuk bersama dengan aku semula,”beritahu Johan dengan jelas.
            “Lupakan aku! Sebab aku takkan kembali pada kau. Cinta aku pada kau dah lama mati. Aku hanya cintakan Abang Farid sekarang. Walau dia nak lepaskan aku, tapi aku takkan sesekali lepaskan dia. Dia adalah orang yang tepat aku cari selama ni. Allah sudah pertemukan aku orang sebaik dia jadi aku takkan mengalah lepaskan dia semudah itu,”luah Jamilah.
            “Hah?”Johan keliru.
“Aku nak ucapkan terima kasih jugak sebab kau, aku berani luahkan perasaan sayang aku pada dia dan sekarang hubungan dan kepercayaan kami lebih erat dari sebelum ni. Dua bulan lagi pernikahan kami, aku jemput kau datang sebagai kawan baik aku. Terima kasih untuk segala-galanya. Aku doakan kau akan bertemu dengan orang lebih baik dari aku. Assalammualaikum,”ucap Jamilah dengan panjang lebar sebelum mematikan panggilan.

Dua bulan kemudian, akhirnya tiba masa yang ditunggu oleh Jamilah dan Farid juga keluarga. Penyatuan Jamilah dan Farid yang memperoleh restu dari kedua-dua belah pihak menambahkan lagi kegembiraan dan keredhaan dalam rumah tangga yang baru sahaja dibina oleh mereka berdua.
            Selesai sahaja diijabkabulkan, Farid menyarungkan cincin ke jari manis Jamilah sebagai tanda penyatuan mereka berdua. Jamilah menyalami tangan suaminya dengan serentak itu Farid berbisik;
            “Terima kasih, sayang. Alhamdulillah right now, you’re my wife,”bisik Farid. Jamilah mengangkat mukanya semula sambil tersenyum manis memandang Farid sebagai tanda sama-sama. Perhubungan yang bermula dari ‘abang adik angkat’ berubah menjadi suami isteri. Tiada disangka dia berkahwin dengan lelaki yang sering menemani dan membantunya dalam setiap keadaan selama ini menjadi miliknya yang sah insyaAllah sehingga ke akhir hayat.