Monday 29 April 2013

Kakak Yang Ku Sayang



'pertemuan' dan perkenalan aku dgn dia memang lgsg tak diduga.  #salah no
pada mulanya no tu ada dalam simpanan aku kerana kadang2 no tu akan call (1x) tp aku ignore kan je.. sampai satu hari, aku terhantar msg pd no tu (nak hantar pd

kwn aku psl kje skolah ><)

normally, yang salah no mesti lelaki tu sbb aku buat tak tau. tp kali tu, perempuan buat aku rasa excited sikit ^^''

23 Mei 2008, aku start mengenali Nur Azie Aziah Ayob yang berasal dari Panching, Kuantan, Pahang.

siapa tahu hubungan kami telah terjalin selama 5tahun. daripada gadis yang langsung tak ku kenal sebagai kawan biasa yang sekadar bertanya khabar, menjadi

seorang kakak yang baik, memahami dan sentiasa ada di sisi aku.

mungkin watak dia yang bersahaja, mesra dan sudi menjadi pendengar yang setia dan penasihat yang baik membuatkan aku seronok berkawan dengan dia.

tambahan pulak aku tiada kakak atau adik perempuan buatkan aku selesa dengan dia.

dia selalu ade bila aku perlukan dia, tambahan bila semangat aku turun.. nasihat dia sebagai seorang kakak buatkan aku terlalu menghargai dia.. menceriakan aku

bila aku sedih dan aku peroleh kekuatan daripada dia. kalau aku boleh peluk dia, aku nak peluk dia. tp apakan daya, kami masih tiada jodoh dari Allah untuk

bertemu.

serba sedikit biodata kak azie
tarikh lahir : 13 april 1988
bekas pelajar kolej MARA.
suka warna ungu
jurusan perakaunan
anak ke 2 daripada 9 adik beradik
suka makanan yg bersup dan minum minuman buah-buahan and air suam ^^







**aku sungguh bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan dan mempertemukan hambaNya sebaik dirinya untuk aku yang serba serbi kekurangan ini :D

#semoga Allah meredhai dan merahmati hubungan yang terjalin diantara kami dan dikekalkan hingga akhir masa. InsyaAllah, amin ya