Friday 14 January 2022

Cinta Ini Milikmu - Bab 4



Bab 4

Beberapa minggu kemudian, setamat sahaja kelas Hafizah menerima satu panggilan yang membuatkan dia segera keluar dari blok dewan kuliah dan berlari pulang ke asrama. Sambil berkemas, Hafizah terfikir seseorang untuk membantunya.

            "Assalammualaikum," Tengku memberi salam duihujung talian.

            "Waalaikummussalam, Tengku. Saya nak minta tolong awak,"pinta Hafizah.

            "Apa dia?"tanya Tengku.

            "Tapi awak free ke sekarang?"tanya Hafizah.

            "Baru je habis kelas. then, takde kelas dah,"beritahu Tengku.

            "Hantarkan saya ke stesen bas, boleh?"tanya Hafizah.

            "Kenapa? Macam tergesa-gesa je ni,"tanya Tengku, kerisauan.

            "Nanti saya beritahu, boleh ke tak ni?'tanya Hafizah sekali lagi.

            "Boleh, saya tunggu dekat depan asrama awak nanti,"jawab Tengku.

            "OK. Saya tunggu awak dekat bawah nanti," Hafizah bersetuju lalu menamatkan panggilan dan menyambung mengemas semula. Hafizah keluar dari bilik itu apabila dia selesai berkemas dan menukar pakaian daripada baju kurung dan selendang yang dipakainya tadi kepada seluar slack dan kemeja lengan panjang bersama tudung bawal.

Ketika Hafizah sampai di tempat dia janjikan bersama Tengku, Tengku telah pun menunggunya di dalam sebuah kereta. Hafizah terus meluru ke arah kereta itu dan meletakkan beg pakaiannya di tempat duduk penumpang di belakang manakala dia menyusup di tempat duduk di sebelah pemandu. Tengku terus memandu laju meninggalkan kawasan asrama apabila Hafizah sudah bersedia disebelahnya. Dalam perjalanan menuju ke stesen bas,

            "Awak nak ke mana dengan beg bagai ni? Kelam kabut pulak tu,"tanya Tengku sedikit risau.

            "Saya nak tengok emak saya. Dia kemalangan. Jatuh daripada tangga. Sepupu saya kata, teruk sangat. Itu yang saya risau,"terang Hafizah.

            "Astargfirullahala'zim,"ucap Tengku apabila mengetahui berita itu. Tengku meneruskan pemanduan dengan fokus agar mereka dapat sampai di stesen bas dengan segera.

            Sesampai di stesen bas, Hafizah dan Tengku berpecah mencari tiket bas menuju ke Perak dengan masa terdekat. Seketika kemudian, mereka bertemu semula namun setelah bertanyakan tiket di kesemua kaunter tiket yang ada,

            "Ada?"tanya Hafizah kepada Tengku.

            "Ada, tapi dah penuh dan kalau tunggu, lambat lagi,"beritahu Tengku.

            "Sama lah, sama ada lambat dan ada yang baru sahaja bertolak. Macam mana saya nak balik ni?"Hafizah mulai merasa buntu

            "Biar saya yang hantarkan awak,"Tengku menawarkan dirinya untuk membantu Hafizah.

            "Taknak lah saya menyusahkan awak. Nanti kalau ada kelas macam mana?"tanya Hafizah cuba menolak tawaran Tengku.

            "Takpe. Lagipun esok cuti, insyaAllah takde kelas. Boleh ke?"tanya Tengku inginkan persetujuan Hafizah.

            "Betul? Tak menyusahkan?"Hafizah bertanya lagi untuk mendapatkan kepastian Tengku menolongnya.

            "Betul. Dah la, jom kita pergi cepat,"Tengku berjalan ke arah kereta. Hafizah mempercepatkan langkah mengekori Tengku kembali semula ke kereta dan bergerak ke Perak.

            Kira-kira jam 3 petang, Tengku dan Hafizah sampai di hospital di mana ibu Hafizah dirawat. Setelah bertemu doktor yang merawat ibunya, Hafizah mengetahui bahawa kedudukan tulang belakang ibunya sedikit lari daripada kedudukan asal kerana jatuh dari tangga di paras yang tinggi. Kini, ibunya terlantar koma di wad kecemasan hospital itu.

            Ketika di dalam wad, Hafizah duduk disisi ibunya sambil diperhatikan oleh Tengku setelah bersama-sama selesai menunaikan solat zohor.

            "Tengku, kalau awak nak balik dulu, balik lah. Nanti saya boleh balik sendiri. Terima kasih hantarkan saya,"Hafizah bersuara tanpa mengalihkan pandangannya kepada Tengku.

            "Takpe. Saya tunggu awak,"Tengku menolak untuk pulang terlebih dahulu. Hafizah berpaling memandang Tengku, dia mengukirkan senyuman kecil dan Tengku membalas senyuman itu.

 

Tengku teringat akan kejadian pergaduhan kecil dia dan Amirul dihadapan perpustakaan setelah Amirul tahu dia ingin bertemu Hafizah beberapa minggu sebelum itu, pada hari yang sama mereka pergi makan pasembur.

            “Sekarang ni awat susah sangat hang nak tolong aku. Dengan perempuan sebelum ni hang tolong aku, semua hang okey walau liat macam mana sekali pun depa nak ngam ngan aku. Awat dengan Hafizah ni hang protect lebih pulak?”tanya Amirul panjang lebar. Segala terbuku dihatinya diluahkan.

            “Sebab aku sayang dia. Sebab aku jadi sakit hati bila kau paksa dia bila dia dah bagitau hang depan hang sendiri yang dia tak suka hang. Tapi hang duk paksa lagi. Hang ni dah jadi kemaruk apa ni, Mirui? Ni bukan Mirui kawan aku yang aku duk kenai dulu tau dak. Hang dak lenjan orang tu dah kalau orang tu tak suka hang, tup u hang tau dari mulut orang lain. Awat Hafizah ni hang duk beria sangat?”balas Tengku tidak berpuas hati dengan tingkah sahabatnya.

            “Sebab aku tak boleh nak lupa dia senyum, dia gelak. Cara dia bercakap pun dah buat aku tertarik. La ni, hang dah kata hang sayang dia pulak. Dulu hang tak kata pun,”balas Amirul.

            “Memang, sebab dulu hang habaq kat aku hang nak kawan ja dengan dia. La ni, hang nak tackle dia bagai esok takda dah. Aku pun naik rimaih ngan perangai hang,”balas Tengku.

            “Hang rimaih ka hang jealous?”balas Amirul cuba memerangkap Tengku.

            “Ikut suka hang la nak fikir apa, Mirui. Aku malaih nak bertekak dengan hang lagi dah. Aku pergi dulu. Hafizah dah tunggu aku lama dah,”balas Tengku berlalu pergi meninggalkan Amirul sendirian.

            “Kalau suka tu kata la suka, idak lah orang lain terhegeh. Kalau dah bercinta tu habaq mai hangpa bercinta taklah aku menagih macam pengemis!”jerit Amirul ke arah Tengku. Tengku membiarkannya tanpa membalas apa-apa.

Sebulan kemudian, kira-kira seminggu Hafizah menghilangkan diri dan Tengku gagal menghubungi gadis itu. Pada suatu pagi sabtu, akhirnya panggilan Tengku dijawab.

            "Assalammualaikum,"Tengku memberi salam.

            "Waalaikummussalam,"Hafizah menjawab di dalam nada yang agak lemah.

            "Awak OK? Kenapa lama dah tak nampak?"tanya Tengku, mengambil berat.

            "OK je. Yeke? Saya balik kampung hari selasa hari tu. Semalam baru balik,"beritahu Hafizah.

            "Betul ke awak OK? Kita keluar nak?"tanya Tengku ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan Hafizah.

            "Saya OK la. Keluar? Pergi mana? Awak mimpi apa ni?"tanya Hafizah sedikit pelik dengan perangai Tengku.

            "Saya OK je. Takde apa-apa. Saja, takkan kena mimpi dulu baru boleh ajak awak keluar. Kita pergi Batu Feringgi nak?"tanya Tengku.

            "Tak jauh ke? Naik apa?"tanya Hafizah.

            "Kalau naik kereta tak la terasa jauh. Nak tak?"tanya Tengku lagi.

            "Ye ke? Erm, bila?"tanya Hafizah lagi.

            "Sekarang. Lagi setengah jam saya sampai asrama awak. Bersiap,"beritahu Tengku.

            "OK. Kalau dah sampai sms saya,"pinta Hafizah.

            "Baiklah. Jumpa nanti. Assalammualaikum,"balas Tengku.

            "Waalaikummussalam,"jawab Hafizah.

Setengah jam kemudian, Tengku dan Hafizah bertolak ke Batu Feringgi. Dalam perjalanan, Tengku dan Hafizah hanya mendiamkan diri. Kadang-kala Tengku menjeling Hafizah di sisinya dengan ekor matanya, melihat reaksi muka Hafizah yang agak lesu dan tak bermaya juga kelihatan pucat. Sesekali ketika pandangan mata mereka bertembung, Hafizah cuba memberikan senyuman walaupun tidak semanis selalu yang gadis itu selalu lemparkan padanya. Sebaik sahaja sampai di Batu Feringgi, Hafizah dan Tengku bergerak keluar dari kereta.

            "Awak, kita je kan?"tanya Hafizah kerana dia berasa tidak selesa langkah Tengku yang tanpa henti menuju ke salah sebuah keluarga yang ada di situ.

            "Takla. Ada keluarga saya sekali,"jawab Tengku.

            "Hah? Awak tak beritahu pun,"Hafizah terkejut, langkahnya terhenti.

            "Awak tak tanya pun tadi. Sekarang baru tanya,"balas Tengku turut menghentikan langkahnya menunggu Hafizah melangkah bersamanya.

            "Dah! Jom," Tengku menyuruh Hafizah mengekorinya. Akhirnya, Hafizah terpaksa melangkah mengekori Tengku dari belakang ke arah keluarga Tengku berada.

Tengku memperkenalkan Hafizah kepada ahli keluarganya dan mereka menyambut kedatangan Hafizah dengan baik. Kemesraan yang ditonjolkan keluarga Tengku membuatkan Hafizah langsung tidak merasa janggal di dalam keluarga itu. Di dalam kemesraan itu, Hafizah bangun mengundurkan diri berjalan di persisiran pantai dan duduk dia atas batu yang ada di tebing pantai. Kedengaran tapak kaki mendekatinya membuatkan Hafizah berpaling dan tersenyum apabila melihat gerangan yang merapatinya.

            "Assalammualaikum,"Tengku memberi salam sambil melabuhkan punggung di sebelah Hafizah.

            "Waalaikummussalam, "jawab Hafizah.

            "Saya ingat awak dah hilang tadi. Risau saya, dah la anak dara orang,"Tengku bergurau. Hafizah sekadar mengukir senyuman.

            "Kenapa awak jauhkan diri? Tiba-tiba je hilang,"Tengku berterus-terang kerana gurauannya tidak mendapat perhatian Hafizah untuk berbual

            "Saya taknak ganggu masa awak dengan keluarga awak,"balas Hafizah sambil merenung jauh laut yang berada di hadapannya.

            "Menganggu apa pulak? Kalau tak, saya takkan ajak awak ke sini,"tegur Tengku dengan tanggapan negatif yang dibuat Hafizah.

            "Mana tau, awak nak jumpa saya semata-mata hanya nak tahu sebab saya tiada dalam 4 hari sebelum ni ke?"Hafizah mengagak.

            "Memang pun. Tapi, sambil-sambil tu saya nak awak ceria jugak. Saya nak awak rasa kegembiraan yang saya rasa dengan keluarga saya,"jelas Tengku.

            "Kenapa awak nak saya rasa apa yang awak rasa? Perlu ke semua tu?” tanya Hafizah sambil memandang pelik ke arah lelaki yang duduk bersebelahan dengannya.

            "Perlu. Sebab saya awak dah tak seceria dulu. Saya makin kehilangan Hafizah yang saya kenal. Kawan saya yang selalu ceriakan saya. Saya tengok awak lesu je. Muka pun pucat je,"terang Tengku.

            "Tak ada apa-apalah,"balas Hafizah acuh tak acuh.

            "Kenapa awak balik kampung? Then, i called you but no one of them you answer,"tanya Tengku meminta penjelasan.

            "Ibu... Ibu saya meninggal dunia,"serentak itu air mata mengalir di pipi gadis itu. Dia mengetap bibirnya menahan tangisan.

            "Innalillah... Kenapa awak tak beritahu saya?"tanya Tengku, ternyata dia terkejut dengan berita yang baru sahaja dia dengar.

            "Saya sendiri pun tergesa-gesa. Yang saya fikir masa tu ibu je. Maaf,"ucap Hafizah.

            "Awak balik naik apa hari tu?"tanya Tengku.

            "Kawan sekuliah saya tolong hantarkan saya ke stesen bas. Kebetulan ada bas masa tu,"beritahu Hafizah.

            "Habis tu, sekarang ni awak tinggal dengan siapa?"tanya Tengku kerana seingatnya Hafizah merupakan anak yatim dan anak tunggal di dalam keluarganya.

            "Buat masa ni saya masih tinggal di rumah keluarga saya. Saya sendiri taknak menyusahkan sesiapa,"balas Hafizah.

            "Habis tu, sekarang awak dekat sini rumah tu mesti kosong. Takpe ke?"Tengku bertanya lagi cuba mengalihkan perhatian Hafizah dengan kesedihan.

            "Saya ada minta tolong jiran-jiran saya tengok-tengokkan rumah tu masa saya takde,"beritahu Hafizah. Tengku mengangguk-angguk faham.

            "Dah la. Jangan sedih. Ketentuan Allah begitu. Saya tahu awak kuat untuk hadapi semua ni. Jangan risau, kalau ada apa-apa masalah, saya sentiasa ada untuk bantu awak,"Tengku menawarkan dirinya untuk membantu Hafizah.

            "Terima kasih, Tengku. Awak memang kawan yang baik. Bertuah saya ada kawan macam awak,"luah Hafizah sambil tersenyum. Air matanya kini telah kering.

            "Jom! Kita makan, semua dah naik dari pantai tu nampaknya,"Tengku bangun sambil memandang ke arah pantai dimana anak-anak saudara bersama adik-adiknya bermain air. Hafizah mengangguk lalu bangun mengekori Tengku menuju ke arah keluarga Tengku berada.

 

Setelah sebulan lebih, Tengku semakin sukar berhubung dan bertembung dengan Hafizah. Hafizah seakan menjauhinya. Sms yang dihantar selalu tidak dibalas atau perbualan yang pendek membuatkan Tengku sedikit berkecil hati dengan tindakan Hafizah. Panggilan telefon pula langsung tidak dijawab. Pada suatu hari, Hafizah baru sahaja keluar dari bilik salah seorang pensyarah, Tengku yang kebetulan melalui kawasan itu menegurnya.

            "Hafizah,"tegur Tengku sambil mengambil langkah disisi Hafizah. Hafizah memandang sekilas ke sisinya dan memberikan senyuman kepada lelaki itu.

            "Hai, sihat?"tanya Hafizah bersahaja bagai tiada perasaan serba salah kepada Tengku. Tengku hanya mengangguk.

            "Awak busy?"tanya Tengku mengalih tajuk.

            "Agaklah. Kenapa?"tanya Hafizah.

            "Pergi mana lepas ni?"tanya Tengku lagi tanpa menjawab soalan Hafizah.

            "Library,"balas Hafizah.

            "Buat apa? Cari bahan rujukan ke?"tanya Tengku lagi.

            "Taklah. Ada group discussion,"balas Hafizah tanpa banyak pertanyaan.

            "Oh! OK,"balas Tengku pendek.

            "Kenapa? Awak nak ke mana pulak?"tanya Hafizah mengelakkan kejanggalan.

            "Takde apa. Saja tanya. Saya pun nak ke libarary. Cari bahan sikit,"beritahu Tengku.

            "Erm, awak free hujung minggu ni?"tanya Tengku tiba-tiba.

            "Kenapa?"tanya Hafizah pelik.

            "Keluarga saya jemput awak makan malam dekat rumah saya,"beritahu Tengku.

            "Oh! Erm, saya tak pasti. Esok saya beritahu awak boleh?"Hafizah meminta masa.

            "OK. Awak beritahu esok. Jangan lupa pula,"Tengku mengingatkan. Hafizah mengangguk.

 

Hujung minggu itu, setelah Hafizah memberi kata putus bahawa dia bersetuju untuk menerima pelawaan keluarga Tengku makan malam bersama, Tengku menjemput Hafizah di asrama selepas selesai solat Maghrib. Malam itu Hafizah memakai baju kurung berwarna biru dipadankan dengan tudung berwarna hitam manakala Tengku memakai baju melayu berwarna hitam dipadankan dengan seluar slack berwarna putih.

Selesai sahaja makan malam dan solat isyak berjemaah di rumah keluarga Tengku, Tengku menghantar Hafizah pulang ke asrama. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Tengku bersuara,

            "Kenapa diam je? Taknak cakap dengan saya dah?"tanya Tengku kerana Hafizah semakin kurang mesra dengannya. Reaksi muka Hafizah pun semakin berubah, sukar untuk dibaca.

            "Takde la. Saya tak tahu nak cakap apa,"balas Hafizah merasakan kejanggalan di dalam pertanyaan itu.

            "Kenapa saya rasa awak macam menjauhi saya, Hafizah? Awak dah takde ditempat-tempat yang selalu awak ada. Awak taknak saya jumpa awak lagi?"Tengku membuat andaian sendiri.

            "Saya menjauhi awak? Yeke? Saya tak rasa pun. Saya dah takde di tempat-tempat tu sebab dah ada orang lain yang duduk dekat situ. Assignment pun makin banyak, saya jadi takde tangan nak buat. Penat yang amat sangat buatkan saya selalu lepak dekat asrama je,"jawab Hafizah.

            "Hafizah, tolong la jujur. Saya tau awak sengaja buat-buat sibuk supaya kita tak berjumpa lagi kan?"sekali lagi Tengku membuat andaian negatif.

            "Huh? Apa ni Tengku? Saya tak faham maksud awak. Kenapa pulak saya nak jauhi awak," Hafizah masih berpura-pura tidak faham.

            "Hmm. Hafizah, awak ingat saya baru kenal awak sehari dua ke? Kita dah kenal 5 tahun lebih. Jangan awak sembunyikan apa-apa dari saya,"balas Tengku dengan nada sedikit geram.

            "OK. OK. Memang. Memang! Saya nak menjauhi awak. Puas hati?!" Hafizah mengaku.

            "Tapi, kenapa? Apa salah saya pada awak, Fizah?"tanya Tengku dengan perasaan geram yang masih berbekas di hatinya dengan perangai Hafizah yang tiba-tiba berubah.

            "Sebab saya taknak bergantung pada awak. Sebab saya taknak rasa kehilangan awak. Saya takut saya tak boleh hadapi semuannya tanpa awak, faham?"terang Hafizah.

            "Kenapa awak fikir macam tu pulak? Saya tak pergi mana-mana pun, saya ada dekat sini. Saya bukannya nak mati lagi. Lainlah awak pandai menilik tarikh kematian saya!"perli Tengku Ariff.

            "Tengku Arif! Saya tak pernah terfikir sejauh itu. Saya fikir awak dah takde dekat sini lagi lepas ni. Awak dah takde temankan saya ke cafe, library atau tolong saya buat assignment. Awak dah takde dekat sini. Takde!"Hafizah hampir menjatuhkan airmatanya, hatinya pedih dengan keputusannya menjauhi Tengku. Tengku membiarkan Hafizah menangis sendirian. Sesampai sahaja dihadapan asrama, Tengku bersuara.

            "Siapa kata? Siapa kata saya takde dekat sini nanti? Saya tetap disini sampai awak habis,"jawab Tengku Arif. Berkerut dahi Hafizah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Arif.

            "Hah?"Hafizah terkejut.

            "Ya. Saya akan sambung ijazah saya disini. Dengan awak. Saya takkan ke mana-mana. Saya tetap ada dengan awak,"terang Tengku Arif dengan senyuman dibibirnya. Tercengang Hafizah mendengar berita itu.

            "Sudahla. Malas saya nak layan awak," Hafizah keluar daripada kereta tetapi Tengku Ariff keluar dari kereta dan menyekat jalannya.

            "Nanti dulu, Fizah,"Hafizah memandang tepat ke arah mata Tengku Arif.

            "Saya suka awak,"beritahu Tengku Arif sambil memandang tepat ke anak mata gadis itu.

            "Jangan awak nak merepek, Tengku. Habis tu selama kita berkawan awak benci pada saya,"Hafizah cuba mengawal getaran di dadanya. Dia cuba menafikan perasaannya yang mungkin ada terhadap Tengku Arif.

            "Saya tak main-main, Hafizah. Saya suka awak lebih dari seorang kawan. Saya tahu perasaan ni salah. Saya dah cuba buang. Tapi saya tak mampu. Saya tak dapat mengawalnya. Maafkan saya,"ucap Tengku Arif.

            “Kalau macam tu, biar saya bantu awak untuk buang perasaan tu. Jangan dekati saya lagi. Jangan cari saya lagi. Lebih baik awak lupakan saya. Ada orang lain yang mungkin lebih sayangkan awak dari saya. Awak hargai jelah dia. Oh! ya. Lupakan jelah niat awak nak sambung degree di sini sebab saya. Saya nak teruskan hidup saya dengan tenang. Lagipun, setahun lebih je lagi saya dekat sini lepastu saya akan pulang ke Perak dan akan kembali kesini lagi. Maafkan saya, sebab saya lebih lemah daripada awak. Saya minta awak halalkan lah segala makan minum dan kesalahan saya pada awak. Saya pergi dulu. Assalammualaikum,”jelas Hafizah panjang lebar lalu meninggalkan Tengku Ariff berseorangan.

“Waalaikummussalam,”Tengku Ariff menjawab salam itu perlahan. Terluka hati lelakinya di tinggalkan sebegitu rupa oleh gadis yang disayanginya. Tengku Ariff memasuki ke dalam kereta dan pulang ke rumahnya.

Sebulan lebih kemudian, Tengku Ariff memasuki ke cafeteria dan terlihat kelibat Hafizah dari jauh. Dia cuba mendekati bagi mengucapkan salam perpisahan kerana dia bakal memulakan Latihan industrinya. Tidak sampai dia di tempat Hafizah, tiba-tiba kekosongan di meja itu diisi oleh Johan. Lelaki yang dibenci dan tak digemari oleh Hafizah dari awal lagi.

            ‘Dia dengan Johan ke?’ getus hatinya bertanya. Tengku Ariff memerhati dari jauh dan memilih tempat yang memudahkannya untuk melihat mereka berdua. Tiba-tiba kelihatan Hafizah bangun daripada situ meninggalkan Johan sendiri dan keluar daripada kafe itu. Riak muka Johan seakan menahan marah. Tengku mengekori Hafizah keluar daripada kafe tersebut, anak matanya mengekori gerak geri Hafizah yang berjalan laju kearah sebuah kereta. Dua orang gadis berada dibahagian hadapan, sebelum Hafizah menyusup masuk ke tempat duduk belakang kereta dia berpaling memandang tepat kea rah Tengku di mana lelaki itu berdiri. Dia tersenyum yang senyuman yang cuba dimaniskan dan melambai tangan kea rah lelaki itu. Tengku bagaikan tidak percaya, terkedu dan kaku kakinya disitu sehingga baru dia sedari kereta itu meluncur pergi meninggalkan perkarangan cafeteria itu.

            ‘Saya sayang awak, Nur Hafizah Fadzli,’getus  hati Tengku.