Thursday 13 January 2022

Cinta Ini Milikmu - Bab 2

 


Bab 2

Dua minggu kemudian.

Di sebuah taman universiti, kelihatan Tengku sedang mengulangkaji pelajaran, Hafizah mendekati lelaki itu.

"Assalammualaikum,"sapa Hafizah ceria, sambil mengambil tempat disebelah lelaki itu.

"Waalaikumussalam,"balas Tengku sambil mendongak memandang Hafizah disisinya.

"Allahuakhbar, dia datang,"bisik Tengku sendiri.

"Sayang sihat? Baru abes kelas ke,sayang?" Tengku bertanya dengan suara yang sedikit jelas dan mesra sambil menoleh ke arah Hafizah, lalu menanggalkan cermin matanya.

            "Dah kenapa awak ni? Demam ke apa?"tanya Hafizah, pelik dengan perangai Tengku.

            "Shhh.. someone comes here, please,"pinta Tengku sambil meletakkan jari telunjuknya di bibirnya sendiri dengan berbisik kepada Hafizah.

            "Lama I tak nampak you, you pergi mana? Tak rindu I ke?"tanya Tengku kepada Hafizah. Hafizah tercengang.

            "Err... I busy la. Lately, lecturer banyak bagi assignment,"balas Hafizah janggal.

            "O. Kesiannye, you. Mesti penatkan,"balas Tengku sambil meletakkan kedua-dua tangannya di atas kedua-dua bahu Hafizah. Berlagak seperti mengurut bahu gadis itu.

            "Jangan sentuh saya!"bisik Hafizah sambil menarik tangan kanan Tengku yang paling dekat dengannya supaya di jatuhkan. Sekarang, seorang gadis benar-benar mendekati mereka berdua. Tangan kanan Tengku masih dipegang oleh Hafizah dan tangan kiri Tengku masih di atas bahu Hafizah.

            "Hai, Ariff. You busy ke?"tanya gadis itu.

            "Hai, Julia. Busy sikit, kenapa?"tanya Tengku kepada gadis yang bernama Julia itu.

            "Tolong ajar aku, organic chemistry. Boleh?"tanya Julia.

            "Hah? Kenapa aku pulak? Amirul mana? Mintak tolong dia la,"balas Tengku.

            "Yang you ni kedekut sangat ilmu kenapa? Ajar jela. Apa salahnye, dia tanya you kan?"tanya Hafizah. Pelik dengan perangai Tengku.

            "Masalahnya,sayang, I sendiri tengah belajar ni. Terkontang-kanting. Dia tanya I pulak. Amirul dah habis study. Tanya jela Amirul,"balas Tengku, membela dirinya.

            "Erm, takpela. Orang taknak ajar. Nak buat macam mana. I pergi dulu lah,"Julia yang tadinya duduk di hadapan Tengku, bangun untuk beredar.

            "Ok, bai. Assalammualaikum,"ucap Tengku kepada Julia dan Julia berlalu pergi daripada situ.

            "Kenapa awak buat dia macam tu?"tanya Hafizah pelik.

            "Buat apa pulak?"tanya Tengku buat-buat tidak memahami maksud Hafizah.

            "Awak jangan nak buat tak tahu pulak. Habis tu, kenapa berlagak mesra dengan saya tadi? Mesti ada apa-apakan,"duga Hafizah.

            “Taklah. Saya memang nak bermesra dengan awak. Tak berlagak pun,”balas Tengku, bergurau.

            “Orang tanya elok-elok dia main-main pulak,” Hafizah memerli.

            "Kalau saya beritahu pun, awak takkan faham,"balas Tengku sambil memakai semula cermin matanya.

            "Awak boleh cerita kalau awak nak cerita. Awak boleh fahamkan saya kalau awak nak,"balas Hafizah sambil membuka bukunya tanpa memperdulikan Tengku.

"Weyh!"sergah lelaki itu ceria.

"Eh! Tengku, ini bukan marka yang haritu kan? Yang hang duk ligan kat library tu. Hang ada apa-apa ka?"lelaki otu mengusik Tengku sambil melabuhkan punggungnya dihadapan Hafizah. Tengku hanya tersenyum.

"Saya Amirul Amin. Awak?"lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada Hafizah.

"Saya Hafizah. Nur Hafizah Fadzli," balas Hafizah sambil tersenyum.

"Amboii! Hang... Hilang teruih loghat,"tegur Tengku sambil tersenyum.

"Biasalah. Orang nak mengayat. Hang ni kaa . Potong betui!"jawab Amirul.

"Erm, saya rasa macam tak patut je saya ada dekat sini. Saya minta diri dulu ya,"Hafizah bangun ingin beredar.

"Eh! Nanti la dulu, sayang," Tengku cuba melengahkan Hafizah. Hafizah mengangkat keningnya sambil memandang ke arah Tengku.

"Sayang?? Hang gila apa panggil dia sayang?"tegur Amirul spontan kerana terkejut secara tiba-tiba panggilan itu didengari dicuping tepinganya. Selama ini dia tidak pernah mendengar sesiapa yang dipanggil sayang oleh Tengku. Tengku hanya tersenyum dengan reaksi Amirul.

"Hang ada discussion kan, hang buat jaa. Cheq nak balik. Cheq bukannya ada kena mengena pun,"Hafizah bersuara.

"Yela. Cheq tau.. Tapi takda sapa nak halang hang duk sini. Pempuan tadi blah dah,"pinta Tengku dengan nada loghat Penangnya.

“Sapa weh?”tanya Amirul ingin tahu.

“Uli lah, siapa lagi duk nyeret belakang aku,”beritahu Tengku.

"Hang jealous pasai dia nak ngan cheq ka?"Tengku mengusik Hafizah

"Takda makna aih. Cheq nak jealous ngan pempuan. Tambah lagi kalau pasai hang. Memang dak ah. Ada lagi menda lain yang cheq dok jealous kan ngan hang ni,"balas Hafizah sambil tersenyum.

"Go dio?"Tengku menukar loghatnya.

"Palo mu tu bijok mace telé buku,"balas Hafizah sambil tersenyum lalu pergi dari situ meninggalkan Tengku Tengku dan rakannya.

"Budak tu asal mana? Pandai dia berloghat kan,"puji Amirul.

"Perak. Dia memang macam tu. Cakap pun main hentam je kau cakap pandai," balas Tengku.

"Hanpa dah kenai lama ka?"tanya Amirul lagi.

"Adalah. Dalam 5 tahun macam tu. Aku dok kenai dia kat laman sosial. Bersambung-sambung sampai la," beritahu Tengku.

"Oh! Patutlah.. hang rapat lain macam ja ngan dia. Rupanya dah kenai lama,"Amirul mengangguk faham. Julia datang semula di taman yang mereka duduk. Tengku memandang Julia yang duduk di sebelahnya mengambil tempat Hafizah tadi.

"Aku takda masa la nak melayan jadi cekgu hang la Uli. La ni, hang pi blah dulu boleh dak? Aku tengah serabut dengan assignment lain ni,"ujar Tengku perlahan.

“Hang bila betina tu masuk hang dah malaih layan aku belajaq kan. Takpalah, aku tahu nak buat apa,” Julia menutup buku rujukannya dengan kasar dan berlalu pergi dari situ. Tiba-tiba kedengaran telefon bimbit Tengku berbunyi menandakan mesej masuk.

(Assalammualaikum, tadi lupa nak kasi salam sebelum pi. Hehe)-Hafizah

(Waalaikumussalam. Haha, takpa. Ingatkan awat laa)-Tengku

(Maaf la eah kalau cheq terkasaq ngan hang)-Hafizah

(Takda apa aih. Takda menda nak dimaafkan pun. Jgn risau)-Tengku

 

"Amboi! Sengeh sorang macam kera dapat bunga. Dengan sapa pulak hang ni berbalas mesej,"tegur Amirul apabila melihat Tengku tersenyum membalas mesej ditelefon bimbitnya.

"Hafizah la. Siapa lagi.. hang ni,"beritahu Tengku.

"Oh! Patutlah dok tersengih-sengih. Dia kata apa?"tanya Amirul ingin tahu.

"Takda apa. Dia bagi salam ja. Tadi dia lupa. Lepaih tu dia minta maaf sebab cakap terkasaq ngan aku,"jelas Tengku.

"Amboi! Sampai lagu tu sekali hampa dua,"tegur Amirul.

"Kami jarang gaduh. Menda-menda kecik macam ni takkan lah sampai nak buat orang terasa dak? Jadi jaga la hubungan ni dengan baik,"balas Tengku.

"Hangpa ada apa-apa ka?"tanya Amirul ingin tahu.

"Hang rasa?"tanya Tengku yang masih ingin berteka-teki.

"Macam ada,"balas Amirul sambil tersenyum.

"Takda apa lah. Kami kawan ja,"Tengku berterus terang.

"Habis tu, hang duk panggil sayang,"Amirul mengingatkan Tengku.

"Aku saja ja. Suka tengok muka dia marah, geram and pemalu tu. Kelakar!"luah Tengku.

"Kalau lagu tu, aku nak kawan dengan dia jugak la. Dia pun cantik. Manis ja orangnya. Ceria. Mesti kuat gelak, dak?"tanya Amirul.

"Kawan jela. Awat hang tanya aku pulak,"balas Tengku sambil tersenyum.

"Mana tau, takut hang tak kasi aku nak dekat dengan dia. Dia kan kawan hang,"jelas Amirul.

"Kawan aku, tak semestinya tak boleh jadi kawan hang. Pelik aku dengan hang ni,"beritahu Tengku.

 

Sebulan kemudian, ketika di meja belajar Hafizah terdetik di hati untuk menghantar mesej kepada Tengku Ariff.

(Assalammualaikum. Sihat ka? Lama tak Nampak awak, studyweek dah start eh?)-Hafizah

(Waalaikummussalam. Sihat. A’ah dah nak exam final)-Tengku

(Oh! Bila start exam?)-Hafizah

(Isnin nanti start la. Awak bila exam?)-Tengku

(Bulan 12 atau 1 nanti kot. Okeylah awak, sambung la study tu. Sorry ganggu. Goodluck for your exam)-Hafizah

(It’s okay. Okay, thank you)-Tengku

(You’re welcome. Assalammualaikum)-Hafizah

(Waalaikummussalam)-Tengku

Beberapa minggu kemudian, Ketika Hafizah keluar daripada Fakulti Sains sesorang memanggilnya daripada belakang. Hafizah menoleh lalu mengukirkan senyuman. Seorang lelaki mendekatinya.

            “Ya, Johan. Kenapa ni?”tanya Hafizah kepada lelaki yang sudah berada dihadapannya.

            “Ni, you tertinggal buku rujukan di bilik Puan Kamalia,”Johan memberikan sebuah buku tebal kepada Hafizah. Hafizah menyambut buku itu dari tangannya.

            “Ya Allah, saya terlupa. Terima kasih, awak tolong ambilkan untuk saya,”ucap Hafizah.

            “Takpe. Kebetulan saya ada disana,”balas Johan sambal tersenyum.

            “Tapi, bukan terima kasih je tau. Awak kena belanja saya minum,”sambung Johan.

            “Wah! Demand eh. Okeylah, tapi lain kali boleh? Saya memang tak bawak satu sen pun sekarang,”pinta Hafizah walaupun kebenarannya dia hanya ingin mengelak daripada lelaki itu.

            “Okay. Saya pegang janji awak,”balas Johan.

            “Awak nak ke mana ni? Balik?” tanya Johan dan serentak dengan itu telefon bimbit Hafizah berbunyi.

            “A’ah. Balik hostel,”balas Hafizah pendek sebelum menjawab panggilan telefonnya.

"Assalammualaikum, sayang,"Hafizah menjawab panggilan itu.

            "Waalaikummussalam. Hang ni kenapa?"tanya Tengku yang merupakan pemanggil telefon Hafizah.

            "Ayang ada dekat depan Fakulti Sains ni. Sayang dekat mana?"sengaja Hafizah melunak suaranya dihadapan Johan. Tengku ketawa dihujung talian.

            "Ok. Saya datang sana. Tunggu saya dekat sana,"balas Tengku sambil tersenyum. Memahami situasi dan maksud Hafizah.

            "Cepat tau. Ayang lapar ni,"balas Hafizah sambil menamatkan panggilan telefon.

            "Siapa tu? Mesra je,"tanya Johan ingin tahu.

            "Tunang saya,"balas Hafizah spontan dengan senyuman gembira.

            "Owh, awak dah bertunang? Tak nampak macam bertunang pun,"tanya Johan inginkan kepastian.

            "Aah. Kenapa? Nak kena tunjuk ke yang kami dah bertunang?"tanya Hafizah.

            "Takde la sampai macam tu. Mungkin cincin,"balas Johan.

            "Oh, ada cincin tapi saya tak pakai sekarang pulak sebab dah longgar. Saya dulu gemuk. Sekarang kurus tak makan jadi besar cincin tu. Tapi kami pakai jam tangan,"balas Hafizah sambil menunjukkan jam tangan miliknya. Secara kebetulan, jam tangan milik Hafizah dan Tengku adalah jenama yang sama dan jenis yang sama membuatkan idea itu datang.

            "Assalammualaikum, sayang,"ucap Tengku sambil mendekati Hafizah yang sedang berbual dengan Johan.

            "Waalaikummussalam. Macam mana exam tadi?"tanya Hafizah spontan.

            "Erm, alhamdulillah. Jom!"ajak Tengku.

            "Jom? Pergi mana?"tanya Hafizah, bingung.

            "Eh! Tadi dia juga kata lapar. Sayang belanja ayang makan nasi kandar,"Tengku mengingatkan Hafizah.

            "Yeke? Hehe. Lupa. Rasa kenyang pulak tengok muka sayang,"Hafizah bergurau.

            "Nakal ea. Dah. Jom! Kalau ayang dah kenyang, temankan sayang. Sayang lapar ni,"balas Tengku sambil mencuit hujung hidung Hafizah. Hafizah tersenyum.

            ‘Amboi. Melebih pulak lakonan mamat ni’ getus hati Hafizah.

            "Kami pergi dulu, Johan. Assalammualaikum,"ucap Hafizah lalu memaut lengan Tengku dan berlalu pergi daripada situ menuju ke tempat letak kenderaan.

            "Awak, dia ikut kita la,"beritahu Hafizah kepada Tengku yang perasan akan kelibat Johan.

            "Siapa dia?"tanya Tengku.

            "Coursemate. Orang kata di ani buaya darat salah lubuk tau. Tadi dia ada ambilkan buku nota saya yang tertinggal dalam bilik lecturer, tu sebab boleh terserempak dengan dia,"beritahu Hafizah.

            "Then? Apa masalahnya?"tanya Tengku.

            "Dia kata, 'bukan terima kasih je tau. Awak kena belanja saya minum',"Hafizah mengajuk Johan.

            "Awak taknak belanja dia la maksudnya? Kenapa?"tanya Tengku.

            "Takde pun saya cakap taknak. Tapi takde la berdua dengan dia. Saya tak selesa la dengan dia. Nanti awak temankan saya, boleh?"pinta Hafizah.

            "Kalau saya jawab tak boleh?"Tengku menduga Hafizah.

            "Tak nak kawan!"Hafizah berhenti berjalan dan melepaskan pautannya di lengan Tengku.

            "Alolo, merajuk pulak. I'm sorry, ok. Yela, sayang ikut je demi ayang,"balas Tengku sambil tersenyum.

            "Nakal tau!"Hafizah menyubit pinggang lelaki itu dan dia memaut semula lengan lelaki itu. Sesampai sahaja di tempat letak kenderaan, Tengku membukakan pintu kereta untuk Hafizah terlebih dahulu sebelum dia ke tempat pemandu. Lalu kereta itu meluncur pergi dari tempat letak kenderaan.

Di dalam kereta,

            “Fuh! Nasib baik awak ada,”Hafizah mengeluh lega sambil melihat cermin sisi pandang belakang melihat Johan yang masih berdiri melihat pemergian mereka berdua.

            “Hahaha, kesian dia. Dia suka dekat awak, tapi awak main-main kan dia pulak,”luah Tengku.

            “Siapa suka dia? Dia tu yang pelik. Taknak saya orang pelik-pelik ni,”balas Hafizah.

            “Habis tu, lepas ni macam mana? Saya dah start cuti semester,”Tengku mengingatkan Hafizah.

            “Saya peduli apa. Saya boleh call awak, tak pun buat-buat busy ke, atau saya ciptalah apa-apa alasan yang penting tak payah hadap dia,”balas Hafizah.

            “Untuk berapa bulan? Awak dengan dia sampai abes semester  tau tak?” Tengku mengingatkan Hafizah lagi.

            “Hish! Taulah saya nak buat macam mana. Awak jangan risau. Susah-susah sangat saya duduk diam je dekat hostel tu,”balas Hafizah.

            “Mestilah risau. Awak kata tadi, dia buaya darat. Dibuatnya dia terkam awak nanti, macam mana cik adik oi?”luah Tengku.

            “Macam doakan je. Takutkan saya je awak ni,”Hafizah memandang ke hadapan kereta tanpa memandang Tengku Ariff lalu mendiamkan diri.

            “Takkan merajuk kot,”suara Tengku sedikit berbisik  tetapi masih boleh didengari oleh Hafizah.

            “Mana ada. Awak kan nak belanja saya makan,”balas Hafizah sambal berpaling memandang Tengku disisinya sambil mengenyit kea rah lelaki itu. Tengku Ariff ketawa terhibur dengan kelakuan gadis itu.

Di kedai nasi kandar yang Tengku maksudkan, sedang mereka menjamu selera setelah setengah jam menunggu.

"Kenapa awak bawak kereta hari ni?"tanya Hafizah ingin tahu.

            "Saja, ayah saya beri kebenaran saya bawak kereta dia. Apa salahnya,"balas Tengku.

            "Awak..."panggil Hafizah.

            "Ya? Kenapa ni awak?"tanya Tengku.

            "Sebenarnya, saya beritahu pada Johan yang kita ni...,"kata-katanya terhenti.

            "Kita ni?"tanya Tengku.

            "Kita ni dah bertunang," beritahu Hafizah berterus terang.

            "Hah? Kenapa awak cakap macam tu?"tanya Tengku sedikit terkejut.

            "Taktau, spontan. Lagipun, saya teringat yang kita ada jam yang sama jenama dan jenis, saya cakap la itu sebagai tanda," balas Hafizah dengan muka selamba.

            "Amboi, selamba je kan awak buat muka. Bukannya nak rasa serba salah langsung,"balas Tengku sembil tersenyum menghirup minumannya.

            "Yela, sekarang ni kita dah saling bergantung antara satu sama lain. Saya perlukan awak sebab Johan. Dan awak perlukan saya sebab Julia, kan?"tanya Hafizah.

            "Memang pun, tapi muka awak langsung tak rasa serba salah sebab dah guna nama saya sampai jadi tunang awak,"balas Tengku.

            "Kenapa nak saya rasa serba salah pulak sedangkan awak pun dapat manfaatnya sekali. Tak setuju? Awak tak nak macam tu? Takpe, nanti saya boleh cakap yang kita putus tunang then saya cakap saya dah ade bf  lain, senang,"balas Hafizah dengan muka yang masih tiada reaksi.

            "Takda la sampai macam tu, saya pun perlukan awak. Saya tak maksudkan apa-apa. Cuma saya pelik awak boleh setenang ini,"balas Tengku cuba menutup kesalahannya bercakap.

            "Kenapa tak tenang? Awak ada dengan saya,"balas Hafizah sambil tersenyum memandang Tengku dihadapannya. Tengku turut tersenyum, makanan yang dipesan kini sampai dan mereka berdua sama-sama menjamu selera. Tiba-tiba telefon bimbit Hafizah berbunyi, dia menjawabnya.

            “Assalammualaikum, ibu”Hafizah memberi salam. Ibunya menjawab salam.

            “Ibu sihat? Ija sihat…. Ija tengah makan dengan Tengku. Dekat Deen Maju.. Taklah, Tengku belanja, hehe… InsyaAllah.. Okey ibu. Ibu jaga diri tau…Okey, Ija jaga diri baik-baik.. Waalaikummussalam,”panggilan itu tamat.

            “Ibu awak?”tanya Tengku inginkan kepastian.

            “A’ah. Ibu kirim salam pada awak,”beritahu Hafizah. Tengku menjawab salam.

            “Ibu awak kenal saya ke?”tanya Tengku ingin tahu.

            “Sikit-sikit je saua cerita,”balas Hafizah.

            “Maksudnya?”Tengku minta penjelasan.

            “Ibu tau saya kenal awak dari MySpace tu. then dia tau la sikit-sikit background awak sebab saya pernah beritahu. Dan, kita selalu berhubung melalui sms tu, ibu tau juga,”beritahu Hafizah jujur.

            “Oh! Memang semua benda awak cerita pada ibu awak ke?”tanya Tengku lagi.

            “Satu je saya tak cerita,”balas Hafizah sambil berhenti makan.

            “Apa dia?”tanya Tengku sambil memandang Hafizah.

            “Kesedihan saya,”jawab Hafizah sambil tersenyum pahit.

            “Kenapa? Bukan ke sepatutnya awak share semua benda dengan ibu awak?”tanya Tengku ingin tahu isi hati gadis itu.

            “Sepatutnya. Tapi, saya rasa cukuplah dengan kesedihan yang pernah ibu saya lalui dan rasa. Saya taknak tambahkan beban dia dengan kesedihan saya,”luah Hafizah.

            “Habis tu, awak cerita pada siapa?”tanya Tengku lagi.

            “Allah. Dengan menulis pun saya dapat luahkan apa yang saya rasa. Awak pun selalu ingatkan saya,”balas Hafizah.

            “Saya? Mana adalah. Saya nak text awak Panjang meleret pun tak pernah,”Tengku kehairanan.

            “Secara tak langsung. Bila awak buat status muhasabah diri, post tentang agama. Bila bercakap dengan awak, kadang-kadang ada selingan tentang diri kita dengan hidup ini. Itu yang mengingatkan saya,”beritahu Hafizah.

            “Oh! alhamdulillah. Ada juga orang yang dapat ikhtibar dan pengetahuan daripada apa yang saya lakukan,”Tengku menyambung makan sambil tersenyum.

            “Ada je. Tapi kedang-kadang kita je tak tahu,”balas Hafizah menyambung semula makan.

No comments:

Post a Comment