Thursday 18 August 2011

Tiga Dara Pingitan Episod 2



TINGKATAN DUA


Masuk sahaja ke tingkatan dua, tempat duduk mereka ditentukan oleh guru kelas mereka iaitu, Mr. Rahim yang mengajar bahasa Inggeris bagi kelas mereka. Karisma telah ditempatkan bersama Amirul Naim, salah seorang pelajar lelaki yang dinaikkan kelas dari kelas kedua tahun lepas. Julia bernasib baik kerana dia duduk bersama Fahmi dan Seri bersama Farid. Oleh kerana bilangan lelaki dan perempuan yang hampir sama dan genap membuatkan mereka didudukan bersama lelaki dan perempuan. Hanya Suraya dan Alyah yang didudukan bersama dalam jantina yang sama.


Seperti tahun yang sebelumnya Karisma, Julia dan Seri akan belajar dan mengulang kaji bersama-sama. Pada petang itu,sebelum pulang ke rumah masing-masing.


Karisma: Seri,Julia..esok aku tak boleh datang la…aku nak ke pekan…ayah aku nak belikan aku basikal.
Seri:Owh…bagus la tu…lepas ni tak de la kau naik bas dengan kami lagi…pergi balik sekolah dengan Farid je la…heheheeee…-mengusik Karisma-
Karisma:Tak baik la kau ni…tak suka aku la tu naik bas dengan korang  kan ?...ye la, aku sedar diri aku ni siapa…
Julia: Lah…dah ke situ pulak dia…
Seri:Entah kau ni…lagipun,aku bergurau je la…itu pun nak terasa…
Karisma:Aku tau kau bergurau…-tersenyum-
Julia:Haa…bagus la mcm tu..senyummm…=)
Julia:Tak pe…kita study tetap sama-sama…kelas pun masih sama lagi…walaupun ade jarak..


Pada waktu pagi 2 hari kemudian,Karisma mengayuh basikal buat pertama kali ke sekolah.Ketika dia leka mengayuh,tanpa disedari ada seseorang di belakangnya sehinggalah dia ditegur.


Farid:Hai…sampai tak sedar kehadiran orang lain ek…asyik sangat mengayuh basikal..maklum la..basikal baru…hehehee..-mengusik Karisma-
Karisma:Biasa la…kenapa?Cemburu?-mengusik Farid semula-
Farid:Cemburu?Eh! Tolong sikit..takkan nak cemburu semata-mata hanya kerana basikal…takde keje la..
Karisma:Heheheee…-tersenyum-
Farid:Dah siap kerja Matheamtics yang cikgu bagi tu?
Karisma:Erm, ade lagi 2 soalan tak siap. Tak faham la. Awak dah siap?
Farid:Yups!
Karisma:Erm, nanti awak tolong ajarkan saya boleh tak?
Farid:No problem.


Pada malam itu, selepas solat Isyak ketika Karisma sedang menyikat rambutnya di meja solek, Puan Rozita masuk ke dalam biliknya. Ibunya duduk penjuru katil yang berdekatan dengan meja solek itu.


Pn.Rozita: Kis, malam esok selepas maghrib, Kis pergi mengaji di masjid erk. Ayah dah beritahu pada ustazah yang mengajar mengaji di situ.
Karisma: Malam? Kis pergi sorang-sorang je?
Pn.Rozita: Sebelum maghrib tu, Kis ikut Farid. Sebab dia selalu ke masjid. Kalau tak, ikut atok pun boleh.
Karisma: Yela. Tapi setiap hari ke mak?
Pn.Rozita: Tak la. Setiap hari Isnin dan Khamis je.
Karisma: Baiklah.


Puan Rozita keluar daripada bilik itu manakala Karisma bangun dan duduk di meja belajar untuk mengulang kaji pelajaran. Keesokan harinya, sepulangnya drpd sekolah, Karisma cuba menyiapkan sebahagian kerja sekolah dan bersiap-siap untuk ke masjid pada jam 7 malam. Karisma ke rumah atok Omar untuk ke masjid bersama seperti yang dikatakan oleh ibunya. Karisma memberi salam, salamnya dijawab oleh Farid dari dalam rumah sebelum pintu rumah di buka. Farid yang berbaju melayu berwarna pich menuruni tangga dan memakai kasut.


Farid: Jom!
Karisma: Atok?
Farid: Atok dah pergi dulu. Dia ada hal tadi, jadi dia pergi awal. Dia suruh saya tunggu awak.
Karisma: Ok. Adik awak pun sama?
Farid: Aah. Jom la cepat. Nanti lepas pulak solat jemaah.


Mereka berjalan meninggalkan perkarangan rumah itu dan berlalu pergi ke masjid. Selesai sahaja mengaji, Karisma dan Farid pulang dari masjid bersama kerana Atok Omar menunggu waktu isyak bersama adik Farid, Firdaus.


Karisma: Awak taknak tunggu isyak dulu?
Farid: Takpe la.. saya solat kat rumah je la nanti.
Karisma: selalunya isyak awak solat kat mana?
Farid: masjid. Tapi, takkan saya nak biarkan awak balik sorang-sorang pulak kan?
Karisma: Maaf la..menyusahkan awak je.
Farid: Takpe la.. hal kecik je. Saya tetap solat
Karisma: Tapi pahala solat awak kurang la dari biasa.
Farid: Takpe. Dua hari je. Tu tak campur awak uzur...-Karisma tersenyum kerana malu Farid menyentuh perkara itu-
Pada suatu petang, Karisma datang ke rumah Julia untuk memulangkan buku Julia yang dipinjamnya ketika di kelas pagi tadi. Setelah beberapa kali memberi salam, akhirnya salamnya dijawab oleh seorang lelaki dari dalam rumah sebelum membuka pintu.


Johan: Oh! Karisma rupanya. Kenapa?-keluar dari rumah itu dan ke arah Karisma yang berada di bawah pokok rambutan yang terdapat pankin disisinya-
Karisma: Julia ada?
Johan: Takde, dia ke rumah nenek kat kampung sebelah. Kejap lagi balik kot. Sekejap je tu.
Karisma: Oh! Takpe la. Tolong berikan buku ni kat dia. Dan, ucapkan terima ksaih kat dia ea...-menghulurkan buku-buku yang dipinjamnya kepada Johan-
Johan: Alah, tunggu je la.. bukannya lama sangat Julia pergi. Nanti balik la..
Karisma: Takpe la.. saya ada janji dengan kawan ni. Tolong ea.-Johan menyambut buku itu dari tangan Karisma-
Johan: Ok.
Karisma: Saya balik dulu. Assalammualaikum.
Johan: Waalaikummussalam.


Pada suatu pagi, ketika Karisma tiba awal di sekolah di tempat letak basikal Karisma di tegur seseorang supaya membantunya menyusun basikal yang ada sebentar. Tanpa membantah, Karisma membantunya.


Rizal: Terima kasih. Saya Syahrizal.-menghulurkan tangan-
Karisma: Sama-sama. Saya Karisma.-menyambut jabatan tangan itu-
Rizal: Lepas ni, kalau awak nak letak basikal. Pastikan dalam kedudukan yang betul ye. Supaya tak menyusahkan orang lain.
Karisma: Ok. No problem.
Rizal: Juga pesankan pada kawan-kawan awak yang lain ye.-Karisma mengangguk-
Karisma: Saya pergi dulu.
Rizal: Ok, silakan. Jumpa lagi.
Karisma: InsyaAllah.-tersenyum, Rizal membalas senyumannya-


Karisma berlalu pergi meninggalkan pengawas yang bertugas itu di tempat letak basikal. Karisma merasakan dia tertunggu-tunggu untuk berjumpa dengannya buat kali kedua.


Seminggu kemudian, sedang Karisma memilih buku di perpustakaan, tiba-tiba seseorang berdiri di sebelahnya dan memberi salam.


Johan: Assalammualaikum.
Karisma: Waalaikummussalam.
Johan: Sihat?
Karisma: Alhamdulillah.
Johan: Lama abang tak nampak Kis, rindu pulak.
Karisma: “abang?? Uweekk!”-getus hati Karisma- ...Lama ke? Rasanya baru minggu lepas kita jumpa.
Johan: Lama jugak tu.. lebih dari sehari. Kalau boleh, abang nak jumpa Karisma tiap-tiap hari. Tapi sekarang susah sangat nak jumpa dengan Kis.
Karisma: Baguslah. Lagi aku suka.-Karisma berbisik sendirian-
Johan: Apa? Kis cakap apa? Abang tak dengar.
Karisma: Takde, Karisma cakap sibuk sangat ea...maklum la.. tahun ni nak exam kan?
Johan: Aah..busy nak exam ni la..-Karisma menuju ke kaunter peminjaman buku dan meminjam buku yang dipilihnya, Johan mengekorinya dari belakang-
Karisma: Tak pinjam buku ke?
Johan: Dah. Ternampak Kis tadi..tu yang masuk balik library ni.-tersenyum, Karisma membalas dengan senyuman paksa-


Mereka bersama-sama keluar dari perpustakaan itu. Johan masih berjalan beriringan dengan Karisma sedangkan dia ingin masuk ke kelasnya.


Karisma: Takkan nak ikut saya masuk kelas pulak ke?
Johan: Kalau boleh memang abang nak. Tapi, takpe la.. abang teman kan Kis sampai kelas.
Karisma: Eh! Tak payah la.. susah-susah je.
Johan: Takde susah la. Lagipun kelas abang kat bawah. Kelas Kis kat atas. Abang akan turun sama-sama Kis.
Karisma: Nanti apa pulak orang kata. Tak manis la,abang.-Karisma cuba berbahasa-
Johan: Tak payah risau la. Kita tak buat apa-apa pun.


Karisma sudah tak berdaya menolak kehendak Johan. Dia membiarkan sahaja Johan menghantarnya hingga ke kelas. Ketika ingin memasuki kelas, dia terserempak dengan Farid dan Fahmi yang baru pulang dari kantin sekolah juga Julia dan Seri yang baru sahaja pulang dari bertugas di Koperasi Sekolah terkejut melihat Karisma bersama Johan. Johan hanya tersenyum memandang mereka. Karisma jadi serba salah.


Johan: Ok, sayang. Abang pergi dulu. Nanti kita date lagi.-berlalu pergi sambil mengeyitkan mata ke arah Karisma. Karisma tidak memberikan sebarang riaksi malah terus berlalu masuk ke dalam kelas tanpa memperdulikan Julia, Seri, Fahmi mahupun Farid.


Pada suatu hari, sepulangnya Karisma dari sekolah setelah Kokurikulum dia di tegur dari belakang oleh Farid. Dia berpaling memandang Farid.


Farid: Lajunya... nak kejar apa?
Karisma: Penat la.. nak sampai rumah cepat. Nak berehat.
Farid:Penat sangat ke main bola tampar?
Karisma: Penat sangat main bola tampar tu tak la.. tapi saya penat la melayan abang Julia tu. Serba salah saya dibuatnya.
Farid: Hahaha, kenapa? Dia buat apa?
Karisma: Sanggup awak Farid.. ketawakan saya.
Farid: Ok, sorry..sorry. dia buat ape?
Karisma: Dia buat saya rasa rimas. Pertama kali saya rasa lelaki ni gedik!
Farid: Amboi! Melampau tu. Saya pun lelaki tau.
Karisma: Maaf.. saya hanya maksudkan dia. Takde kena mengena dengan awak pun.
Farid: Awak tak bagi dia alasan?
Karisma: Alasan? Alasan apa lagi yang ade? Semua saya dah try.
Farid: Awak cakap la yang dah ade bf...
Karisma: Siapa? Naim?
Farid: Tak tau.. tapi, tak semestinya dia.
Karisma: Boleh pakai jugak idea awak ni..-tersenyum memandang Farid. Farid membalas senyumannya-


Dua minggu kemudian, ketika Karisma ingin menuju ke padang sekolah untuk menghadiri latihan perarakan, dia terserempak dengan Johan lagi. Karisma cuba mengelak dengan berpatah balik ke belakang. Johan yang menyedari kehadirannya, cuba mendekati Karisma.


Johan: Karisma! Tunggu la..-memegang lengan Karisma-
Karisma: Apa pegang-pegang ni.. lepaskan la..-menarik lengannya dari pegangan Johan-
Johan: Ok! Maafkan saya..-melepaskan pegangannya- ..Tapi kenapa awak larikan diri dari saya?
Karisma: Tolong jangan dekati saya lagi. Tolong fahami saya Johan. Saya rimas dengan perangai awak.
Johan: Tapi kenapa tiba-tiba je Kis?
Karisma: Sebab saya...saya dah ade seseorang. Saya takut dia cemburu dengan hubungan persahabatan kita.
Johan: Seseorang? Maksud awak?
Karisma: Saya kekasih seseorang sekarang.
Johan: Siapa dia?


Kebetulan Syahrizal melalui laluan yang sedang Karisma dan Johan berada. Karisma memanggilnya membuatkan dia terkejut.


Karisma: Abang Syah! Abang Syah!-Syahrizal berpaling dan mendekati Karisma sambil itu, karisma turut berlari anak ke arahnya-
Rizal: Kenapa ni Karisma?
Karisma: Tolong saya.-berbisik kepada Rizal sebelum Johan mendekati mereka berdua-
Karisma: Johan, perkenalkan ini kekasih saya, Abang Syahrizal.-merangkul lengan Rizal-
Rizal: Kekasih?!


Terkejut Rizal mendengar perkataan itu sambil memandang Karisma,namun  Karisma membulatkan matanya dan Syahrizal memahaminya. Rizal dan Johan berjabat dengan perkenalan itu.


Johan: Kenapa nak terkejut pulak?
Rizal: Tak, selalunya abang guna istilah lain. Special girlfriend, special boyfriend. Bahasa melayu ni dah rasa lain pulak. Tu yang terkejut. Kan sayang...-merangkul pinggang Karisma lalu mengucup kepala Karisma-
Karisma: “Amboi! Lebih-lebih pulak lakonan mamat ni.”-getus hati Karisma-
Johan: Dah berapa lama korang bersama.
Karisma: Baru je lagi.. Tak sampai seminggu, kan abang...
Rizal: Aah, masa tu abang tunggu sayang dekat tempat letak basikal... sweet sangat masa tu.-Karisma tersenyum lebar kerana geli hati dengan nada dan perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu-


Johan: Baiklah, kalau macam tu... saya minta maaf Kis. Lepas ni, insyaAllah, saya takkan ganggu awak lagi. Saya pergi dulu.-Johan berlalu pergi ke padang-

Setelah bayang Johan hilang dari pandangan mata mereka, mereka hanya tersenyum dan terpaku ketika mata mereka bertentang. Cepat-cepat Karisma melepaskan pegangannya spontan itu juga, Rizal melepaskan rangkulannya dipinggang Karisma.


Karisma: Maaf menyusahkan, abang Rizal.
Rizal: Takpe..-tersenyum-
Karisma: Minta maaf pada kekasih abang dan kirim salam kat dia ea..-melangkah pergi tetapi langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil-
Rizal: -mendekati Karisma- Ada orang kirim salam kat Karisma.
Karisma: Waalaikummussalam. Tapi siapa?
Rizal: Tah! Tadi ade orang suruh sampaikan salam pada kekasih abang.
Karisma: Huh?-keliru-
Rizal: Karisma la kekasih abang, kenapa nak terkejut pula?
Karisma: Tapi tadi tu.. lakonan je.
Rizal: Tapi tak semudah itu. Maybe your problem had solved but mine it’s have started.
Karisma: Maksud abang? Karisma tak faham. Bukan ke abang dah ade kekasih?
Rizal: Yang dah tahu abang dah ade kekasih tu, gatal-gatal mulut pulak mengaku abang ni kekasih Karisma kenapa?-mendekatkan badannya kepada Karisma dengan suara yang keras-
Karisma: Kan Karisma minta maaf.
Rizal: Tak guna dah. Tadi, abang sebenarnya nak jumpa dengan girlfriend abang. Tapi Karisma dah panggil abang, sampai dia cari abang dan nampak kita macam tadi.-Karisma menekup mulutnya terkejut-
Karisma: Ya Allah. Maafkan Karisma,abang.. Karisma betul-betul tak sangka benda ni akan jadi. Habis tu macam mana sekarang? Abang nak Karisma jumpa Kak Zehra?-berpaling dan ingin mencari Zehra, pelajar tingkatan 3-
Rizal: Tak perlu.-menahan Karisma daripada terus pergi-
Karisma: Kenapa pulak?
Rizal: Abang memang nak ini terjadi. Tapi memang ambil masa sikit.
Karisma: Apa maksud abang? Karisma tak faham la.. berbelit-belit abang ni..
Rizal: Itu tak penting.. lain kali abang boleh cerita. Tapi yang pasti sekarang, abang nak Karisma terus jadi kekasih abang?
Karisma: Karisma dah malas nak berlakon la.. Taknak la..
Rizal: Abang tak suruh berlakon sayang.. abang suruh TERUS JADI...faham tak?
Karisma: Tak,maksud abang?
Rizal: -merangkul Karisma supaya rapat dengannya- Maksud abang, kita jadi kekasih betul-betul.. tak payah tipu-tipu.. sekarang abang kekasih Karisma dan sebaliknya.
Karisma: Tapi abang, Karisma... Karisma tak tahu bercinta.
Rizal: Cinta tak payah belajar.. dia datang dengan sendiri sayang.-mata mereka berdua bertentang-
Karisma: Abang tak cintakan Karisma, macam mana nak bercinta..?
Rizal: Siapa kata abang tak cintakan Karisma?-Karisma terkedu-
Karisma: Yela.. abang kan dah ada kekasih.. mesti abang cintakan dia.
Rizal: Itu sebelum abang kenal dengan Karisma. Yang Karisma asyik tanya abang je, Karisma sanggup terima abang ni walaupun Karisma tak cintakan abang?
Karisma: Kalau Karisma tak cintakan abang, Karisma takkan suka hati panggil abang tadi.-Rizal melepaskan rangkulannya dan tersenyum, memahami maksud Karisma -


Dua minggu kemudian, ketika ingin dilangsungkan sukan tahunan, semua para peserta kontigen rumah-rumah sukan dan unit beruniform bersiap-sedia sebelum majlis bermula. Kebetulan, Karisma dan Rizal berada di dalam rumah sukan yang sama. Rizal yang dipilih memegang bendera berdiri di bahagian hadapan dan berada di belakang Karisma kerana dia telah dipilih untuk memegang sepanduk untuk rumah sukan. Sebelum majlis bermula, guru fotografi hadir menangkap gambar mereka semua. Kedudukan Karisma dan Rizal yang agak dekat membuatkan Karisma mendengar dengan jelas apa yang dibisikkan Rizal ke telinganya.


Rizal: I miss you.


Selepas selesai giliran mereka bergambar, tiba giliran rumah sukan lain. Karisma hanya memandang ke hadapan tanpa menoleh kerana terlalu malu dengan Rizal. Tetapi Rizal cuba mendekatkan diri pada masa yang sama orang lain tidak perasan akan tingkahnya kepada Karisma.


Rizal: Kenapa taknak pandang abang langsung? Abang rindu la.
Karisma: Malu la.
Rizal: Dengan abang pun nak malu?
Karisma: Memang la.. bila jumpa abang je, jantung Ris ni berdegup kencang tau tak..
Rizal: Ye ke?Haha.. abang ingat abang sorang je macam tu. Tapi abang suka. Lagi dia laju, lagi abang nak dekat.
Karisma: Jangan la abang, nanti orang nampak...
Rizal: Biarlah. Kita kan pasangan kekasih. Zehra pun dah tahu. Takde ape yang nak disembunyikan.
Karisma: Memangla.. tapi nanti mesti mereka ingat Ris ni rampas abang dari Kak Zehra.
Rizal: Ris ni banyak sangat fikir la..
Karisma: Memang la.. Ris taknak kehilangan abang disebabkan tuduhan orang lain..
Rizal: InsyaAllah.. kita takkan berpisah selagi ada jodoh antara kita.. abang pun tak rela kalau kita berpisah..


Karisma memandang Rizal, Rizal turut memandangnya dengan senyuman. Karisma membalasnya dengan ikhlas. Kemudian, perarakan dimulakan. Setamatnya perarakan, Karisma beredar untuk menyalin pakaian sukan. Ketika Karisma ingin kembali semula ke rumah sukan, dia terserempak dengan Zehra dan dua orang rakannya yang bersamanya. Karisma ingin melalui mereka tetapi di tahan oleh salah seorang rakan Zehra.


Zehra: Tunggu sekejap, aku nak cakap sikit dengan kau.
Karisma: Cepat sikit ea..lepas ni acara saya.
Zehra: Aku nak tanya tentang hubungan kau dan Rizal. Korang berdua ada apa-apa ke? Atau saja berlakon nak buat aku cemburu?
Karisma: Hah? Berlakon? Kenapa kena berlakon pulak? Kami bukannya pelakon, mesti la betul-betul...takkan nak main-main pulak tentang hati dan perasaan ni Kak Zehra.
Zehra: Kau tahu kan yang dia boyfriend aku, yang kau pergi goda dia kenapa,perempuan?!-menolak sikit bahu Karisma-
Karisma: Saya suka dia...saya goda la dia.. dia tak menolak pun... So, what’s the point?
Zehra: Amboi! Kau...pandai menjawab ea...!
Karisma: Akak ingat akak je yang pandai bertanya? Saya pun pandai menjawab la.. dah la, saya pergi dulu. Lain kali la kita cakap pasal ni.. saya takde masa untuk benda-benda ni sekarang. Assalammualaikum.
Zehra: Waalaikummussalam!


Karisma terus menuju ke padang untuk acara 100m dan 4x100m yang disertainya. Setelah tamat untuk ke dua-dua acara itu, dia kembali ke rumah sukannya. Disitu, dia lihat Rizal sedang berehat kerana baru selesai dari acara 4x100m yang berlangsung sebelumnya. Karisma duduk agak jauh dari Rizal kerana menyertai Fahmi yang duduk bersama Naim merupakan satu rumah sukan dengannya. Tetapi tidak lama, kerana mereka berdua beredar untuk acara jarak jauh pula, 800m dan 1500m untuk acara seterusnya. Sesekali pandangan mata Karisma dan Rizal bertembung membuatkan Karisma berasa malu dan kurang selesa. Tanpa Karisma sedari, Rizal sudah duduk disebelahnya sambil menghulurkan air kosong dari botol air miliknya.


Rizal: Minumlah..
Karisma: Takpe la..kan air ni abang punya..abang simpan untuk abang je la.. nanti nak berlari lagi.
Rizal: Takpe. Boleh re-fill. Minum cepat.. lepas ni pun Ris ada acara kan.. dari tadi abang tengok Ris tak minum air pun.


Akhirnya Karisma terpaksa minum air botol yang dihulurkan oleh Rizal kepadanya.


Rizal: Abang rasa, abang betul-betul suka pada Ris.


Hampir tersedak Karisma mendengar luahan Rizal kepadanya. Spontan Karisma merasa dahi Rizal.


Karisma: Abang demam ea?
Rizal: Aah..demam cinta, sayang.
Karisma: Apa la abang ni.. orang tanya serius la..
Rizal: Siapa kata abang main-main..
Karisma: Abang ni kenapa? Tiba-tiba je? Habis tu selama ni tak suka la pada Ris?
Rizal: Bukan tu maksud abang. Abang maksudkan, abang lebih suka sekarang dari sebelum ni sebab semakin abang kenal Ris, semakin banyak tentang Ris yang abang suka.-Karisma sekadar tersenyum-
Rizal: Tadi Zehra tahan Ris kan?
Karisma: Mana abang tahu?
Rizal: Abang pergi cari Ris tadi.. lama sangat tukar baju.. acara dah nak mula. Cikgu suruh cari, abang suka rela pergi cari Ris. Tengok-tengok Ris kena tahan dengan dia.
Karisma: So? Kenapa abang tak tolong Ris tadi?
Rizal: Saja. Abang nak tengok, Ris boleh pertahankan diri Ris tanpa abang atau tak. Nampaknya... Ris boleh lakukannya sendiri tanpa abang dan abang rasa jawapan Ris memang bernas walaupun mungkin menyakitkan hati dia.
Karisma: Tapi, abang tak cerita pun lagi pada Ris kenapa abang perlu buat begini pada dia. Kesian dia, abang.
Rizal: Habis, abang ni Ris tak kesian.
Karisma: Ris nak kesian macam mana? Abang tak pernah cerita betul-betul masalah dia dengan abang.
Rizal: Lain kali la Ris.
Karisma: Suka hati abang la. Dah la, Ris pergi dulu.-tiba-tiba Rizal memegang tangannya membuatkan dia cuak dan duduk semula- ...Kenapa pegang ni? Lepaskan la..
Rizal: Jangan tinggalkan abang..
Karisma: Ya..Ris takkan tinggalkan abang. Ris nak ke tandas je la..abang nak ikut?
Rizal: Jom!-bangun lalu menarik Karisma bangun-
Karisma: Ris main-main je la.. kita kena pergi padang la abang. Acara kita nak mula dah..-Karisma memegang tangan Rizal lalu menarik Rizal supaya turut berdiri. Karisma melepaskan tangan dan mereka bersama-sama jalan beriringan menuju ke padang sekolah-


Kira-kira jam 5.30 petang, majlis sukan tahunan ditutup secara rasminya dan rumah sukan Syahbandar yang memenangi tempat pertama iaitu rumah sukan Farid dan Julia. Manakala rumah sukan Karisma dan lain-lain iaitu Bendahara berada di tempat kedua, di tempat ketiga rumah sukan Laksamana iaitu rumah sukan Seri dan yang keempat, rumah sukan Temenggung. Ketika Karisma bersiap ingin pulang ke rumah dan menuju ke tempat letak basikal, seseorang memanggilnya ke belakang bangunan bengkel.


Karisma: Kenapa ni abang? Tak balik hostel lagi?
Rizal: Saja nak jumpa Kis, lepas ni mesti susah nak jumpa lagi. Waktu kita rehat lain-lain.
Karisma: Lah.. abang, Ris nak balik cepat ni.. Farid dah tunggu tu..
Rizal: Ok..ok, abang tahu.. Nah.-memberikan 2 medal yang diperolehnya kepada Karisma-
Karisma: Kenapa nak bagi Ris pulak? Ni abang punya..
Rizal: Kita tukar... abang ambik Ris punya, Ris ambik abang punya..lagipun acara kita sama, dan kita dapat tempat yang sama untuk dua-dua acara ni kan..
Karisma: Ok..-Karisma memberikan medalnya kepada Rizal dan mengambil medal Rizal yang dihulurkan- ...ok la, Ris balik dulu.
Rizal: Hurm, hati-hati.-Karisma berlalu pergi ke tempat letak basikal dan Rizal menuju ke asrama-


Tiga hari kemudian, ketika hujung minggu Karisma duduk di bawah rumah yang terdapat pankin kecil sambil membaca novel yang belum sempat di habiskan. Tiba-tiba seorang suara lelaki memberi salam membuatkan dia segera bangun terduduk sambil menjawab salam.


Karisma: Farid!-sedikit menjerit-
Farid: Kenapa?-mendekati Karisma sambil tersenyum-
Karisma: Awak buat saya terkejut.
Farid: Ye la, yang awak buat posing maut tu buat ape? Nasib baik saya yang nampak, kalau orang lain?
Karisma: Apa bezanya?
Farid: At lease, awak tak kena bebel dengan ibu awak sebab baring macam tu...
Karisma: Alah, ibu saya tak cakap apa-apa la... Tadi dia ada di sini dengan saya.
Farid: Oh! Ye? Habis tu sekarang ibu awak kat mana?
Karisma: Entah. Keluar dengan ayah saya.
Farid: Awak tak ikut?
Karisma: Tak rajin la saya. Awak datang sini kenapa? Tak keluar pulak petang ni?
Farid: Kenapa? Tak suka saya datang sini?
Karisma: Bukan tak suka, selalunya saya usha awak tak de memanjang...
Farid: Usha saya?-memandang Karisma sambil tersenyum-
Karisma: Ye la, saya bosan-bosan nak la jumpa awak...sembang-sembang.
Farid: Oh! Waktu bosan je cari saya? Waktu lain?
Karisma: Waktu lain saya sorang-sorang la...
Farid: Awak dah tak pergi ke rumah Julia?
Karisma: Hurm, hari minggu memang tak pergi la...kalau stakat nak melepak tu ada la..tapi malas la..penat..tak macam Seri tu, duduk depan rumah dia je.
Farid: Oh...maklumla.. orang kuat Bendahara kan..
Karisma: Banyak la orang kuat.. stakat nombor 2 tu ape barang..tak macam awak...dapat emas dua-dua acara yang awak masuk...
Farid: Haha..merendah diri pulak.. awak ingat senang ke nak dapat nombor dua tu..? bersyukur la...
Karisma: Yela..yela, saya bersyukur. Eh! Awak tak letih ke? Pagi kat sekolah, petang main bola, malam ulangkaji.
Farid: Boleh tahan jugak letihnya. Tapi nak buat macam mana, pelajar memang macam tu kan?
Karisma: Saya pun student gak. Tapi tak macam awak pun. Awak selalu tidur pukul berapa?
Farid: 10. Paling lambat pun 11. Yang awak banyak tanya ni kenapa?
Karisma: Saja je nak tahu. Cara-cara orang berjaya... kenapa? Tab boleh ambik tahu ke?
Farid: Berjaya la sangat saya ni...
Karisma: Berjaya la... dapat nombor 1 dalam kelas...-sambil tersenyum-
Farid: Nombor satu tapi semua B macam mana..
Karisma: Ok apa semua B...daripada C.. bersyukur la.
Farid: Awak nak kenakan saya balik ea..
Karisma: Takde la...saya cuma ingatkan je.
Farid: Yela... saya bersyukur...
Karisma: Haaa...kan bagus macam tu.
Farid: So, macam mana masalah awak dengan Johan? Dah ok?
Karisma: Johan? Oh! Abang Julia tu... dah ok dah. Dia tak ganggu saya lagi setakat ni. Terima kasih la kat awak sebab bagi idea yang bernas tu.
Farid: Sama-sama. Ape riaksi dia bila tau awak dah ade someone?
Karisma: Terkejut jugak la. Hahaha...suka betul saya dia dah takde ganggu ni.. Aman betul hidup.
Farid: Dia tak tanya siapa someone tu?
Karisma: Tanya...saya nampak abang Rizal, saya panggil la dia and beritahu yang abang Rizal tu bf sy... tercengang bangang abang Rizal saya cakap macam tu-cerita Karisma sambil menahan ketawa-
Farid: Amboi! Mana sempat awak ni kan...
Karisma: Yela..nak selamat.. nanti dia tau pulak saya kelentong dia. Kalau awak ade masa tu pun, saya main panggil je awak.. nasib baik abang Rizal faham maksud saya, so dia tolong la saya sampai mamat tu bla.
Farid: Ruginya saya tak lalu masa tu..kalau tak dah lama awak mengaku saya ni bf awak kan...
Karisma: Eee! Gatal la awak ni..
Farid: Hahaha, saya bergurau je la..
Karisma: Eh! Awak kan ramai secret admire, pilih je la mana-mana..
Farid: Siapa? Mana ada siapa-siapa...tak macam awak.. senior suka..
Karisma: Alah, dah gaharu cendana pulak... Si Aliyah tu.. dia kan admire awak..
Farid: Aliyah? Saya kawan je la dengan dia.. takde filling pun.. macam saya kawan dengan awak, Seri..Julia..sama je la..
Karisma: Ye ke? Atau awak yang memilih sangat...hahaha
Farid: Takde la..tah la, saya malas la.. serabut je...
Karisma: Eh! Macam ade experience je...
Farid: Ermm..ade la jugak.. masa sekolah rendah dulu..
Karisma: La..sekolah rendah lain la dengan sekolah menengah.. kadang-kadang cinta sekolah menengah ni boleh kekal tau sampai kawin...macam mak dengan ayah saya..-tersenyum-
Farid: Ye ke? Wah! Mesti sweetkan.. zaman percintaan dorang.
Karisma: Agak la..saya dengar pun macam best je.. saya pun dah berangan-angan masa ibu cerite tu..hahaha
Farid: Kenapa? Nak jugak?
Karisma: Teringin gak la..tapi, rasa macam malu la..
Farid: Malu dengan siapa? Abang Rizal?
Karisma: Hah? Ape la awak ni.. ke situ pulak.
Farid: Betul kan...tak payah selindung la.. saya ade terserempak awak dengan dia tiga hari lepas.. after majlis sukan tamat.
Karisma: Oh! Awak dah tahu ea.. Seri dengan Julia tahu tak?
Farid: Entah..saya tak pasti..
Karisma: Maksudnya, awak tak cakap apa-apa lagi dengan dorang la kan?-Farid mengangguk-..bagus, tak payah bagi tahu lagi ea.. awak tolong saya rahsiakan dulu.
Farid: Sampai bila awak nak rahsia kan?
Karisma: Selagi mana boleh di rahsiakan...
Farid: Tapi awak, setahu saya Rizal dah ade seseorang..
Karisma: memang pun, tapi tah la..abang Rizal nak saya terus jadi kekasih dia sebab dia memang nak putus dengan kekasih dia..
Farid: Kenapa?
Karisma: Tak tahu..dia tak cerita lagi pada saya.. kami takde masa nak bertemu la..
Farid: Oh! Macam tu... saya harap awak hati-hati la..
Karisma: Kenapa?
Farid: Zehra tu mesti ade rancangan sebab awak rampas bf dia..walaupun itu bukan niat awak..
Karisma: Tu la yang saya risau sekarang tapi abang Rizal masih tak ceitakan pada saya masalah sebenar dorang. So, saya tak tahu macam mana nak tentang dia nanti.
Farid: Awak jumpa la abang Rizal cepat-cepat. Dah la Zehra tu menengah rendah sama dengan kita. Bila-bila masa saja dia boleh jumpa awak tanpa pengetahuan abang Rizal.-Karisma hanya mengangguk setuju-


Pada suatu pagi, ketika waktu rehat Karisma dan Julia masuk ke dalam tandas untuk membuang air. Kedengaran dari luar tandas dua orang manusia masuk.


Aliyah: Aku menyampah betul dengan perempuan tu. Gedik nak mampus. Bukannya cantik sangat pun.
Suraya: Siapa kau maksudkan ni? Julia atau Karisma?
Aliyah: Karisma la. Julia tu musuh kau bukan aku.
Suraya: Apa yang kau geram sangat dengan dia hari ni?
Aliyah: Dia makan dengan Farid! Macam tak de meja lain yang boleh dia duduk.
Suraya: Farid yang datang atau dia yang datang ke meja makan tu?
Aliyah: Mesti la perempuan gedik tu. Farid tak mungkin la macam tu.
Suraya: Eh! Kenapa kau tak couple je dengan Farid tu? Nanti tak de la orang kacau dia.
Aliyah: Kau gila? Takkan aku pulak nak minta. Biar lah Farid yang minta. Then, baru aku terima.-ketawa kecil-
Suraya: Tapi kau conferm ke yang Farid tu suka dekat kau?
Farid: Of cause la. Kalau tak, kenapa dia asyik minta tolong dengan aku je? Tiap-tiap hari call aku.
Suraya: Tiap hari?
Aliyah: A,ah.
Suraya: Wah! Jealousnya aku. Fahmi tak de pun macam tu.
Aliyah: Tu la, Farid memang special. Dah la, jom masuk kelas. Nanti cikgu masuk kelas pulak.


Karisma dan Julia keluar dari tandas masing-masin dan saling berpandangan antara satu sama lain.


Julia: Sejak bila pulak yang Suraya tu ada apa-apa dengan Fahmi?
Karisma: Entah! Aku pun tak tahu.
Julia: Tapi kenapa tiba-tiba pulak kan? Aku tengok Fahmi tu biasa-biasa je dengan dia. Tah-tah dia perasan lebih.
Karisma: Dah la, jom masuk kelas cepat.
Julia: Aku tak puas hati la..
Karisma: Lah, kenapa pulak? Tiba-tiba pulak kau nak panas hati ni?
Julia: Ada la.. dah, jom masuk kelas.-berjalan mendahului Karisma menuju ke kelas-
Keesokkan paginya, sedang Karisma mengayuh basikal tiba-tiba dia ditegur.


Karisma: Hai, lambat hari ni Farid?
Farid: Haha, saya terbangun lambat tadi.
Karisma: Habis tu, kelas nanti macam mana? Siapa yang bukak? Kan kelas tu berkunci?
Farid: Ala... Farish si setiausaha kelas kan ada. Dia duduk asrama. Lagipun perempuan tu pun ada. Dia selalu datang awal.
Karisma: Perempuan mana?
Farid: Aliya la. Siapa lagi..
Karisma: Oh! Ya.. cakap pasal Aliyah, semalam masa kat tandas.. kami terdengar perbualan dia dengan Suraya.
Farid: Kami?
Karisma: Aah, saya dengan Julia.
Farid: Habis tu kenapa?
Karisma: Aliyah ingat kita ada apa-apa dan dia jealous saya duduk makan dengan awak.
Farid: What? Perempuan tu betul ke tak? Perasan betul!
Karisma: Betul ea, awak selalu call dia?
Farid: Call? Mana ada la.. saya pernah call dia sekali je sebab saya tak dapat datang sekolah masa tu..sebab atok sakit.. awak pun tak datang masa tu..
Karisma: Oh! Yang tu ea.. and, satu lagi... sejak bila Fahmi couple dengan Suraya.. i meant, dia ade something dengan Suraya.
Farid: Maksudnya? Saya tak faham maksud awak.
Karisma: Takde la..sebab Suraya kata, dia jealous dengan Aliyah sebab awak rapat dan selalu contact Aliyah, tapi Fahmi tak buat macam tu.
Farid: Setahu saya, Fahmi takde hubungan istimewa dengan sesiapa pun.
Karisma: Awak rasa tak yang Julia dengan Fahmi ada something?
Farid: Entah! Kenapa awak cakap macam tu?
Karisma: Sebab lepas Julia dengar perbualan tu.. dia marah betul. Macam jealous je.-Farid dan Karisma berpandangan antara satu sama lain-


Sesampai di sekolah, mereka naik ke tingkat atas ke kelas mereka. Kelihatan sudah separuh dari isi kelas telah sampai. Semua orang memandang ke arah mereka berdua ketika Farid dan Karisma memasuki kelas itu. Kelihatan, Julia dan Fahmi sedang bincangkan sesuatu di tempat duduk Julia, Laila dan Karisma. Tapi Laila belum lagi datang.


Karisma: Hai,-menegur Fahmi dan Julia setelah meletakkan begnya-
Fahmi & Julia: Hai,
Karisma: Kenapa korang ni? Serius je.
Fahmi: Tak ada apa-apa la.
Karisma: Tapi kenapa muka korang kelat semacam ni?
Julia: Tak ada apa-apa la.-Julia berlalu pergi keluar dari kelas-
Karisma: Kenapa dengan korang ni?
Fahmi: Tak ada apa-apa.-mengeleng-ngelengkan kepalanya lalu berlalu pergi. Farid mendekati Karisma-
Farid: Kenapa dengan Fahmi dan Julia tu?
Karisma: Saya pun tak tahu. Saya tanya dorang kata. “Tak ada apa-apa”. Pelik.


Selepas perhimpunan pagi, mereka masuk ke kelas seperti biasa. Hari ini Laila tidak menghadirkan diri. Mungkin Laila demam kerana terlalu penat. Laila mempunyai antibodi yang lemah jadi memudahkannya cepat sakit tambahan selepas majlis sukan minggu lepas yang memerlukan dia berarak di bawah cahaya matahari yang terik pada hari itu. Sepanjang pelajaran dan pembelajaran, Julia hanya mendiamkan diri membuatkan karisma tertanya-tanya. Karisma hanya menunggu waktu pulang kerana waktu rehat Julia akan keluar bertugas. Setamat sahaja kelas pada jam 2 petang itu, baru sahaja Karisma ingin bersuara, Julia telah beredar pergi. Karisma memandang kehadapan melihat tempat duduk Fahmi, juga telah kosong. Pandangan Farid dan Karisma bertembung tiba-tiba seakan sama-sama mencari kedua-dua kelibat itu. Dalam perjalanan pulang,


Karisma: Awak tak tanya Fahmi ke?
Farid: Tanya tapi dia tak cakap apa-apa pun.
Karisma: Mesti ada sesuatu yang mereka sembunyikan daripada kita.
Farid: Tapi pasal apa? Macam serius sangat je. Saya sendiri jarang tengok Fahmi macam tu.
Karisma: Kalau Fahmi macam tu biasanya masalah apa?
Farid: Masalah peribadi. Selalunya pasal keluarga la.
Karisma: Dia akan cerita pada awak tak?
Farid: 2 atau 3 bulan selepas tu.
Karisma: Lamanya!
Farid: A.ah.. Dah bila dia cerita tu bermakna masalah dia dah selesai.


Seminggu kemudian ketika Karisma ingin turun ke tingkah bawah ke kelasnya setelah pulang dari perpustakaan, dia tiba-tiba terserempak dengan Rizal bersama seorang rakannya. Karisma berlagak seperti biasa menuruni tangga seperti tidak mengenali Rizal. Ketika Karisma melalui Rizal, Karisma langsung tidak memandang ke arahnya lalu Rizal memegang tangan Karisma untuk menahan Karisma dari terus melangkah. Karisma hanya membatukan diri. Rizal berpaling dan memandang Karisma dan memusingkan tubuh Karisma supaya menghadapnya.


Rizal: Karisma sihat?-Karisma hanya mendiamkan diri tidak membalas soalan Rizal-
Rizal: Kenapa ni? Taknak cakap dengan abang? Period eak?-tersenyum, Karisma menjelingnya-
Rizal: Amboi! Jeling... cakap la Ris.. kenapa ni? Abang buat salah ke? Abang minta maaf ea...
Karisma: Tak..
Rizal: Habis tu? Kenapa ni? Diam je..-tiba-tiba Karisma memeluk Rizal, Rizal sedikit terkejut. Dia dan rakannya berpandangan-
Rizal: Ris, ok tak ni? Jangan buat abang risau la...
Karisma: Ris ok. Cuma.. Cuma Ris rindu pada abang.-Rizal tersenyum-
Rizal: Kalau rindu kenapa diam je? Buat abang risau je.
Karisma: Ris malu..-melepaskan pelukannya
Rizal: Habis tu,peluk abang ni tak malu la pulak-tersenyum-
Karisma: Abang!-perasaan malu semakin menebal. Dia sendiri tak tahu kenapa dia berbuat demikian-
Rizal: Ok, lepas sekolah nanti Karisma tunggu abang dekat kantin.
Karisma: Kenapa?
Rizal: Abang nak cakap sikit.
Karisma: Ok.
Rizal: Dah, pergi masuk kelas. Nanti lambat pulak.
Karisma: Assalammualaikum.-beredar pergi-
Rizal: Waalaikummussalam.


Petang itu, seperti yang dirancang Karisma bertemu dengan Rizal di kantin sekolah.


Petang itu, seperti yang dirancang Karisma bertemu dengan Rizal di kantin sekolah. Ketika Karisma tiba di kantin, Rizal telah pun berada di situ sambil menyiapkan kerja sekolah menunggu Karisma.
"Assalammualaikum,"tegur Karisma yang berdiri di hadapan Rizal.
"Waalaikumsalam,"sambil mendongak memandang Karisma.
"Lama tunggu? Maaf la lambat sikit,"kata Karisma sambil duduk menghadap Rizal dan mengeluarkan kerja sekolahnya.
"Tak jugak. Abang pun baru sampai, tak sempat lagi nak selesaikan satu soalan matematik ni," balas Rizal sambil tersenyum.
"Erm, ade ape sebenarnya abang nak jumpa Ris ni?"tanya Karisma yang sedikit ragu-ragu.
"Saja, nak ajak Ris date. Kita kan tak pernah date. Nah! Abang belikan ini untuk Ris," balas Rizal tersenyum sambil memberikan sebotol air minuman lemon tea jenama Lipton kepada Karisma.
"Terima kasih," Karisma tersenyum dan mengambil air botol yang dihulurkan Rizal kepadanya.
"Sama-sama kasih. Abang sebenarnya ada benda nak beritahu pada Ris tentang hubungan abang dengan Zehra sebelum ni," kata Rizal selamba sambil menyambung membuat kerja sekolahnya. Karisma memandangnya dengan reaksi sedikit terkejut.
"Ermm...jadi?" tanya Karisma apabila Rizal hanya mendiamkan diri buat seketika. Rizal pula membuat isyarat supaya Karisma duduk disebelahnya.
"Kalau macam ni je tak bolah ke? Nanti orang nampak la,"pinta Karisma.
"Susah la abang nak cerita. nanti orang dengar pulak,"balas Rizal. Dengan berat hati, Karisma duduk di sebelah Rizal sambil membawa kerja sekolahnya ke bahagian tempat duduk Rizal. Ketika Karisma sedang leka menulis, tiba-tiba Rizal bersuara.
"Sebenarnya perkenalan abang dengan Zehra dari kawan sekelas abang semasa kami di Tingkatan 3.. Mereka nak sangat abang berjumpa dengan dia sebab mereka kata Zehra meminati abang sangat-sangat. Jadi untuk tidak mengecewakan mereka, abang pergi berjumpa dengan Zehra. Setelah beberapa bulan kami berkawan, Zehra nak kami jedi lebih serius, abang seorang yang susah nak tolak seseorang jadi abang pun terima dia. Dimata abang masa tu dia tiada cacat celanya walaupun kawan baik abang sendiri tak suka pada dia dan selalu berkata buruk tentang dia.
Selepas kami bersama, macam-macam cerita abang dengar dari kawan baik abang sendiri tapi abang tak percaya sampailah kami habis Tingkatan 3. Tapi sejak masuk Tingkatan 4, abang rasakan sesuatu yang sedang dia sembunyikan pada abang dan dia selalu mengelak daripada abang. Kadang-kadang abang sendiri taktahu perasaan sebenar abang pada dia. Kadang-kadang abang rasa abang sayangkan dia, kadang-kadang abang rasa abang takde perasaan langsung pada dia.. Sampailah abang berjumpa dengan Ris buat kali pertama di tempat letak basikal kira-kira 2 bulan lepas," Rizal tersenyum sambil memandang Karisma, Karisma memandangnya pelik.
"Kenapa dengan abang ni? Senyum-senyum pulak... Apa kena mengena pulak Ris dengan kisah cinta abang dengan kak Zehra ni?" luah Karisma yang tertanya-tanya tingkah Rizal.
"Ris tau tak, Ris yang buatkan abang sedar tentang hati dan perasaan abang selama ni... Selepas bertemu dengan Ris, abang jadi macam orang angau. Asyik teringatkan senyuman Ris, abang senyum sorang-sorang sebab senyuman tu sampai kawan baik abang tegur abang. Dia kata dia tak pernah tengok abang macam ni, jadi abang beritahu dia dah jatuh hati pada Ris dan abang ceritakan tentang Ris pada dia. Sejak dari itu, abang selalu ternanti-nanti Ris ketika di tempat letak basikal dan pagar sekolah. Tapi abang rasa kecewa jugak pada mulanya sebab Ris selalu bersama dengan Farid, tapi kawan baik abang beritahu abang yang Ris takde sesiapa. Farid hanya kawan baik Ris tapi abang tak percaya," cerita Rizal. Tiba-tiba Ris bersuara.
"Kenapa abang tak percaya?"tanya Karisma pelik dengan kelakuan Rizal yang sukar mempercayai orang yang sepatutnya dia percaya.
"Abang tengok Ris rapat sangat denga Farid, tak mustahil Ris sedang bercinta dengan dia," Rizal mempertahankan dirinya.
"Tapi Johan tu abang tak nampak pulak. Sedangkan Johan tu yang selalu buat hidup Ris rasa tak sempurna. Dia ikut Ris je bila dia nampak Ris,"Karisma bertambah pelik dengan Rizal yang tidak menyedari Johan.
"Sayang, Johan kan lain kelas dengan Ris... So, masa dia dengan Ris lebih pendek kalau nak dibandingkan dengan Farid,"balas Rizal lembut apabila dia rasakan ketegangan di dalam nada suara Karisma.
"Then, apa yang jadi sebenarnya semasa Ris dengan Johan di laluan ke padang dan abang yang nak jumpa dengan Kak Zehra tu?"nada suara Karisma mulai longgar.
"Oh! Sejujurnya, abang dah minta putus dengan Zehra seminggu sebelum tu tapi Zehra tak boleh terima dan cuba nak pertahankan hubungan kami lagi. Pada mulanya memang abang beri dia sekali lagi peluang, tetapi dia sia-siakannya. Abang terserempak dia sedang bersandiwara dengan seorang rakan sekelasnya semasa abang meronda di bangunan belakang sekolah pada waktu rehat. Dengan tekad, abang putuskan hubungan kami ketika itu juga. Beberapa hari selepas itu, abang terdengar kawan-kawan dia yang berada di dalam tandas perempuan berbual yang sebenarnya mereka bertaruh mencabar Zehra untuk dapatkan abang dan bertahan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk buat abang rasa kecewa yang amat mendalam. 
Bertapa sakitnya hati abang masa tu hanya Tuhan je la yang tahu walaupun abang tak cintakan Zehra tapi rasa sayang tu sudah ada. Jadi ketika kita bertembung di laluan itu sebenarnya Zehra nak berjumpa dengan abang setelah beberapa orang rakan dia paksa abang berjumpa dengan dia di dalam kelas mereka. Abang yang pada mulanya taknak terpaksa jugak pergi selepas beberapa kali mereka datang dan membuatkan abang berasa sangat rimas. Syukurlah Karisma ada, segala luka yang abang rasa terus hilang bila Ris mengaku yang abang ni kekasih Ris,"cerita Rizal panjang lebar dan akhirnya bibirnya melukiskan senyuman sambil memandang Karisma. Karisma membalas senyuman itu.
"Terima kasih abang, sebab abang sudi berkongsi kisah cinta abang dengan Ris. Ris tahu bukan senang untuk abang ceritakan semuanya,"luah Karisma.
"Sama-sama, abang taknak kita bergaduh disebabkan kisah lalu abang dengan Zehra. Abang betul-betul sayangkan Ris," kata Rizal dengan ikhlas dari hatinya.


Petang itu, ketika Karisma sedang menonton televisyen ibunya duduk di sebelahnya menyertai Karisma menonton televisyen.
"Kenapa Kis pulang lewat sikit hari ni,"tanya ibunya walaupun dia telah mengetahui bahawa Karisma akan pulang lewat setelah menerima panggilan daripada Karisma yang dibuat di pondok telefon yang ada di dalam sekolah.
"Kis jumpa kawan tadi, dia nak jumpa," beritahu Karisma.
"Lelaki?"tanya ibunya mengagak. Karisma mengangguk.
"Teman lelaki?"tanya ibunya inginkan kepastian.
"A,ah," Karisma mengaku dengan jujur sambil tersenyum malu.
"Kenapa nak jumpa pulak? Dalam kelas tak boleh jumpa?"tanya ibunya kehairanan.
"Dia pelajar dalam kelas lain," balas Karisma.
"Kelas lain? Dia kelas apa?"tanya ibunya ingin mengenali lelaki yang berjaya menambat hati anak gadis bongsunya.
"Dia Tingkatan 4, kelas Sains Tulen,"balas Karisma.
"Dah lama ke Karisma dengan dia?"tanya ibunya lagi.
"Baru je lagi. Dalam sebulan," jawab Karisma.
"Siapa nama dia?"tanya ibu Karisma.
"Syahrizal. Muhammad Syahrizal Mustaqeem," balas Karisma sambil tersenyum memandang ibunya.
"Bila nak ajak dia jumpa ibu dengan ayah,"tanya ibunya lagi.
"Perlu ke?"tanya Karisma sedikit pelik campur berdebar-debar.
"Perlu la. Nanti kami boleh kenal lebih rapat teruna yang berjaya menambat hati anak kami. Lagipun, ibu nak tengok jugak Syahrizal tu macam mana orangnya. Takkan nak dengar cerita dari Kis pulak,"jelas ibunya.
"InsyaAllah, nanti Kis beritahu dia," Karisma membalas dengan memberi sedikit harapan kepada ibunya.


 Dua bulan kemudian, sekolah mengadakan peperiksaan pertengahan tahun bagi semua tingkatan. Pada hari akhir peperiksaan yang tamat pada hari Jumaat, ketika Karisma keluar dari kelas bersama Julia, Seri, Farid dan Fahmi untuk pulang tiba-tiba kedengaran orang memberi salam dan nama Karisma dipanggil dari belakang membuatkan mereka semua berpaling sambil Karisma menjawab salam.
"Assalammualaikum, Karisma," Syahrizal berdiri di belakang mereka berlima.
"Waalaikumsalam. Eh! Abang Syahrizal," Karisma menjawab salam dalam keadaan sedikit terkejut melihat Syahrizal berada di hadapannya.
"Kami pergi dulu la. Aku tunggu kau kat tempat letak basikal, ok?" Farid berlalu perg bersama rakan-rakan mereka yang lain setelah menerima isyarat mengangguk dari Karisma. Syahrizal dan Karisma berjalan menuju ke sebuah pondok yang berada berdekatan dengan kelas itu.
"Kenapa abang?"tanya Karisma mendekati Syahrizal.
"Takde apa. Saja-saja abang nak jumpa Ris. Rindu,"balas Syahrizal sambil tersenyum memandang ke arah Karisma.
"Ris tak rindu abang?" tanya Syahrizal kerana tidak menerima sebarang respon daripada Karisma.
"Rindu,"balas Karisma malu-malu.
"Habis tu senyap je,"luah Syahrizal. Karisma sekadar tersenyum memandang Syahrizal.
"Kenapa ni? Pandang abang dari tadi? Tersenyum-senyum pulak tu," tanya Syahrizal pelik.
"Tak ade apa-apa. Saja, lepaskan rindu," balas Karisma jujur.
"Abang," panggil Karisma perlahan.
"Kenapa sayang?"tanya Syahrizal.
"Ibu dan ayah Ris dah tahu tentang kita," Karisma menunjukkan reaksi muka yang serius.
"So, apa reaksi mereka? Dorang marah ke kita bersama?"tanya Syahrizal yang sedikit risau.
"Tak la. Dorang okey je. Tapi..." ayat Karisma terhenti di situ.
"Tapi apa?" tanya Syahrizal yang mulai merasakan sesuatu.
"Ibu dan ayah nak jumpa abang. Dorang nak kenal lebih dekat lagi tentang abang," balas Karisma.
"Owh ye? Tempat tinggal Ris dekat tak dengan sekolah?"tanya Syahrizal tiba-tiba.
"Takde la dekat sangat, dalam 15 hingga 20 minit dengan kelajuan serdahana. Kenapa?"tanya Karisma.
"Erm, bagus jugak kan... Boleh la abang tumpang di rumah Ris nanti," kata Syahrizal dengan selamba dan tersenyum kepada Karisma.
"Huh? Maksud abang? Ris tak faham la," tanya Karisma yang sedikit keliru dengan Karisma.
"Macam ni, seminggu pertama kita cuti ni, abang ada kelas di sekolah. Abang baru nak servey rumah kawan-kawan abang yang boleh abang tumpang. Kebetulan parents Ris nak jumpa abang, so boleh la abang tumpang kat rumah Ris terus. Boleh?"tanya Syahrizal dengan suara yang sedikit mengharap.
"Ris tak tau la abang, Ris kena tanya pada parents Ris dulu. Nanti Ris beritahu abang jawapan dorang," balas Karisma dengan sedikit serba salah.
"OK, kalau boleh, Ris beritahu selewatnya dua hari sebelum cuti start," Syahrizal bersetuju dan memberikan Karisma masa untuk berbincang dengan ibu bapanya.

No comments:

Post a Comment