Thursday 18 August 2011

Tiga Dara Pingitan Episod 1



Di dalam sebuah kelas, kelihatan pelajar-pelajarnya sedang berbual-bual antara satu sama lain. Kemudian, datang seorang remaja lelaki memasuki kelas itu lantas terus berdiri di hadapan kelas.
"Attention! Attention!" katanya sambil menepuk-nepuk tangan bagi menarik pehatian rakan-rakannya.
"Ape hal nye ni?" tanya salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas itu.
"Dengar sini semua, Ustazah Hamidah ada bagi kerja. Dia suruh kita buat dulu…Dia kata,lagi setengah  jam dia masuk. Dia ada kerja sikit. Muka  surat  10..latihan 1 & 2… Ada  sebarang pertanyaan?" tanya lelaki yang berada di hadapan kelas setelah memberi penerangan yang telah disampaikan oleh guru mereka.
"Dalam buku latihan nombor berapa?"tanya seorang pelajar yang lain pula.
Fahmi: Oh ya! Dalam buku latihan no.2…ada pertanyaan lagi?


Semua hanya mendiamkan diri, Fahmi mengerti isyarat itu lalu dia kembali ke tempatnya yang terletak di belakang kelas sebelah kiri. 1/2 jam kemudian, guru yang mengajar pada waktu itu merangkap guru kelas itu memasuki kelas itu bersama tiga orang gadis.


"Perhatian semua," semua pelajar berhenti menulis dan berdirinya seorang wanita di hadapan para pelajar di hadapan kelas bersama tiga orang remaja perempuan.
"Saya nak perkenalkan kamu semua dengan pelajar baru.Baiklah, perkenalkan diri kamu," sambung guru wanita itu.


"Nama saya, Laila Nurseri bt Jamalluddin, panggil saya Seri. Saya baru berpindah ke Kampung Tambun," seorang remaja perempuan yang berdiri paling hampir dengan guru perempuan itu memulakan perkenalan diri.
"Nama saya, Syarifah NurJulianna bt Syed Kassim,panggil saya Julia atau Anna. Saya juga baru berpindah ke Kampung Tambun,"sambung gadis yang kedua.
"Ermmm..nama saya Karisma NurZahra bt Zulkifli,panggil saya Karisma. Saya juga  baru sahaja menetap di Kampung Tambun," pelajar perempuan yang akhir memperkenalkan dirinya.
"Baiklah. Kamu semua dah tahu nama mereka  kan ?Jadi saya persilakan kamu bertiga ke meja yang masih kosong di belakang kelas,"arah guru wanita itu kepada mereka bertiga.
"Terima kasih," ucap ketiga-tiga gadis itu kepada guru baru mereka.


Mereka bertiga berjalan ke belakang kelas yang terletak di bahagian tengah kelas itu.Setelah waktu pengajaran Ustazah Hamidah tamat,disambung pula dengan pelajaran lain. Sebaik sahaja pembelajaran pada pagi itu tamat, kebanyakkan pelajar-pelajar di dalam kelas itu keluar dari kelas untuk berehat lalu ke kantin sekolah.Oleh sebab para pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas ketika waktu rehat Seri, Julia & Karisma bersama-sama ke pondok bacaan yang terletak di tingkat bawah bangunan. Di situ,mereka saling berkenalan & bercerita tentang hal masing-masing disebabkan mereka duduk bersama-sama di dalam kelas & tinggal di kampung yang sama.


Manakala petang itu setelah solat asar,sedang Karisma membaca novel remaja di ruang tamu rumahnya,ibunya menyertainya.
"Kis nak ikut ibu ke rumah Opah Nab dengan Atuk Omar tak?"tanya ibunya kepadanya.
"Opah Nab dengan Atuk Omar? Siapa tu?"tanya Karisma kepadanya kerana tidak mengenali siapa yang dimaksudkan ibunya.
"Mereke tu, mak saudara & pak saudara ayah…opah Nab tu,adik kepada opah Jah," terang ibu Karisma.
"O..kira kita ada kena mengena dengan opah Nab & Atok Omar la,"balas Karisma sambil mengangguk faham.
"A.ah. Jadi,nak ikot tak?"tanya ibu Karisma lagi.
"Nak.Boleh jugak Kis kenal-kenal dengan mereka," Karisma bersetuju untuk mengikuti ibunya.
"Nak kenal dengan mereka atau cucu mereka?" ibu Karisma mengusiknya.
Karisma: Cucu? Kenapa Opah Nab dengan Atok Omar tinggal dengan cucu mereka ke?
Pn.Rozita: A.ah.Ketiga-tiganya lelaki.Yang sulung tu, tingkatan 3 bersekolah di asrama penuh di pekan tu,yang no.2 sebaya dengan Kis bersekolah di sekolah dekat sini…yang bongsu tahun 5…
Karisma: Yang no.2 tu siapa namanya ibu?
Pn.Rozita: Entah la.Ibu lupa pulak.Alah..nanti berkenalan la…Cepat, pergi pakai tudung.


Karisma bangun dari kerusi lalu masuk ke dalam biliknya.Setelah menyimpan novel yang dibacanya,Karisma mencapai tudung kuning cair yang dipakai bersama t-shirt panjang hitam yang dipakainya berserta seluar slack putih.


Karisma dan ibunya berjalan ke sebelah rumah yang tidak jauh jaraknya dengan rumah mereka yang hanya dipisahkan dengan pokok-pokok bunga renek milik Opah Nab.Pn.Rozita memberi salam.Kedengaran salamnya dijawab oleh seorang lelaki yang berjalan ke depan pintu rumah itu.Wajah lelaki itu muncul dimuka pintu.Mata Karisma & lelaki itu bertentang sebentar sebelum Pn.Rozita bersuara.


Pn.Rozita: Opah ada?
Farid: Ada.Dia ada kat dapur. Naiklah.-jemput lelaki itu-


Pn.Rozita menanggalkan kasut diekori Karisma dari belakang.Ketika ingin melewati dapur,Karisma sengaja memandang ke belakang.Kelihatan lelaki itu masih memandang mereka.Karisma hanya mampu tersenyum apabila pandangan mereka bertemu lagi.Senyumannya dibalas.Di dapur, Pn. Rozita & Karisma bersalaman dengan Opah Nab.Tak lama kemudian,setelah mereka duduk berbual,lelaki tadi memasuki dapur.


Opah Nab: Farid,mari la minum sekali.
Farid: Tak pe la opah.Farid balik nanti la baru minum.Farid pergi dulu opah.
Opah Nab: Ye la. Hati-hati.


Lelaki yang bernama Farid itu keluar dari dapur.Setelah bayangnya hilang dari pandangan barulah Karisma kembali mendengar perbualan ibu & opah Nab.


Pn.Rozita: Farid nak ke mana tu Mak Nab?
Opah Nab: Farid dengan kawannya nak ke sekolah sekejap. Katanya buku nya tertinggal di dalam kelas.
Pn.Rozita: O…
Karisma: Farid kelas ape opah?
Opah Nab: Entah la.Opah pun dah lupa nama kelasnya. Tapi opah rasa, dia satu kelas dengan kamu. Sebab tadi dia bercerita pada opah, ada 3 orang pelajar perempuan masuk kelas dia.Kamu la tu  kan ?
Karisma: Ye kot.Tapi saya tak perasan pun dia tadi…
Opah Nab: Dia memang macam tu. Dengan perempuan ni,dia kurang sikit bergaul…
Karisma: Ye ke? Karisma tengok macam ok je…
Pn.Rozita: Dengan kamu je kot yang istimewanya…
Karisma: Ibu…ape ni..main-main pulak…
Pn.Rozita: E.eh…yang kamu terlebih rasa nya pulak kenapa? Ibu kata istimewa untuk berkawan je…kamu yang slah faham ni..-mengusik Karisma-
Karisma: Ibu ni..ada-ada je…Saje je buat Kis rasa malu..


Pn.Rozita & Opah Nab hanya tersenyum melihat riaksi Karisma yang tersipu malu.



4 bulan kemudian kemudian, di sekolah setamat sahaja seisi pengajian & pembelajaran mereka pada hari itu, ketika Seri, Julia & Karisma ingin menuruni tangga, mereka bertiga berbincang.


Seri: Kita buat study group nak? Untuk exam akhir ni.
Karisma: Ermmm…boleh jugak. Tp dimana?
Julia: Rumah aku la. Lagi pun rumah aku yang hampir dengan rumah ko berdua. Karisma Cuma selang dua buah rumah dari aku & rumah Seri berhadapan dengan rumah aku.
Karisma: Ermm….boleh jugak.Saya tak kisah.
Seri: Ok. Set! Pukul berapa kita nak mula?
Julia: Err…3.30 petang boleh kot…?
Karisma: Boleh…boleh..


Petang itu, kira-kira jam 3.15 petang Karisma mula berjalan kaki ke rumah Julia. Ketika Karisma berjalan berseorangan, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang yang menaiki basikal.


Karisma: Oh! Farid…Ingatkan siapa la tadi…-tersenyum-
Farid: -senyum- Nak ke mana?
Karisma: Rumah Julia.Buat study group dengan dia & Seri.
Farid: O…
Karisma: Awak nak ke mana?
Farid: Rumah Fahmi…kalau mcm tu jom la..
Karisma: Jom? Ke mana?
Farid: Saya hantar awak ke rumah Julia. Jauh lagi ni…
Karisma: Tak pe la..awak mesti nak cepat  kan …pergi je la dulu…
Farid: Betul ni tak nak? Panas ni… Dah la awak tak pakai payung…
Karisma: Erm…tak pe ke awak bawa saya? Saya ni berat la..
Farid: Kalau awak berat sangat, awak la yang bawak saya….-gurau Farid-..Dah la tu..cepat naik…-menghentikan basikalnya-
Karisma: Jangan bawak laju-laju tau…-menaiki basikal Farid dengan duduk dibelakangnya-
Farid: Takkan la saya nak bawa laju-laju..awak  kan  berat…-mula mengayuh-
Karisma: Jahat la…
Farid: Ea..eh! Awak jugak yang mengaku tadi…


Tak sampai 10 minit, mereka telah sampai di hadapan rumah Julia. Ketika itu, Seri juga baru tiba di rumah Julia. Karisma turun dari basikal Farid.


Karisma: Terima kasih.
Farid: Sama-sama.
Karisma: Saya balik nanti mcm maner?
Farid: Jalan kaki la..kaki ader..-sambil tersenyum-
Karisma: Ye la…ok la..pergi dulu..Assalammualaikum.
Farid: Waalaikumslm..


Farid berlalu pergi setelah Karisma berjalan masuk ke perkarangan rumah Julia.Karisma mendekati Julia & Seri yang duduk di bawah pokok & pankin yang ada di bawah pokok itu.


Karisma: Assalammualaikum..
Seri & Julia:Waalaikumslm..
Seri: Amboi! Pakwe antar..best la tu…
Karisma: hello..dia bukan pakwe aku la…kami kawan je..
Julia: Ye la tu…mula-mula kawan..lepas tu dah kenal bercinta la…macam kata pepatah…
Seri & Julia: Tak kenal maka tak cinta…
Karisma: Hish! Sudah la tu..kita kat sini sebab nak study…bukan nak cakap pasal aku dengan Farid.
Seri & Julia: Ok..ok.


Pada waktu petang dua minggu kemudian, Seri & Julia sibuk dengan urusan keluarga oleh itu ‘study group’ mereka tidak diaadakan pada petang itu. Namun, ketika Karisma membaca novel remaja, ibunya menyuruhnya ke rumah Opah Nab mengantar kuih seri muka. Ketika Karisma memberi salam di muka pintu dapur rumah Opah Nab,tiba-tiba salamnya dijawab oleh sesorang.Karisma  cuba  mencari suara itu, rupa-rupanya Farid yang menjawab salam dari atas pokok rambutan yang ada di tepi rumah itu.Karisma mendekati pokok itu yang terdapat pankin di bawahnya.


Karisma: Opah Nab mana?
Farid: Opah ke pekan dengan Tok Omar…Ape yang dalam piring tu?
Karisma: Kuih seri muka…Nah la ambil…saya nak balik ni…
Farid: Awak tak ke rumah Julia ari ni…study group…
Karisma: tak..dorang ada hal keluarga la…
Farid:Oh..habis tu awak buat apa kat rumah nak balik awal-awal ni?
Karisma: Baca novel…
Farid:Alah..novel tu, esok-esok pun boleh baca…tak nak sertai saya makan rambutan ni?
Karisma: Ermmm…boleh jugak…tapi saya tak pandai panjat pokok la…apa kata,awak turun je dari pokok tu…
Farid: Sekejap, saya nak ambil lagi beberapa jambak…


Tidak lama kemudian, Farid turun dari pokok itu dan duduk bersama-sama Karisma di atas pankin itu sambil makan rambutan.Sedang mereka rancak berbual, tiba-tiba kedengaran salam diberi di hadapan rumah Opah Nab.


Karisma:Siapa tu?-bertanya kepada Farid-
Farid:Entah! Dengar mcm suara Fahmi…
Karisma:Jawab lah salam dia tu…
Farid:Waalaikumslm! Aku kat belakang ni!-jerit Farid-


Karisma memandang Farid terkejut kerana dia tak percaya Farid akan menjerit di hadapannya.


Farid:Apa?
Karisma:Saya tak percaya betul…awak menjerit di hadapan saya…
Farid:Tak percaya kenapa pulak?
Karisma:Tak la..awak ni nampak macam pendiam..tapi, Ya Allah…sebaliknya!
Fahmi: Eh! Disini rupanya kau…e.eh! Karisma pun ada?-menyertai mereka-
Karisma:A.ah…kawan kau ni, ajak aku makan rambutan…
Fahmi:Alah..itu alasan je tu..sebenarnya dia nak dating dengan ko…
Farid: Hoi!-sambil membaling kulit rambutan ke arah Fahmi-…kau kalau nak bergosip,pergi balik la…menyemak je kat sini…
Fahmi:Alah..kau ni…aku nak bergurau pun tak boleh ke…-mencapai sebiji buah rambutan-
Farid:Tak ada la…nak bergurau pun,agak-agak la…
Fahmi:Ye la..ye la..
Farid:Ermmm…apa mimpi kau datang sini?
Fahmi:Aku bosan la kat rumah…so,aku datang la sini…Eyy…jom kita jalan-jalan  keliling kampung nak?
Farid:Hish! Malas aku…
Fahmi:Karisma? Nak tak? Jom lah..temankan aku.
Karisma: Ermmm..boleh jugak…tapi aku tak ada basikal la…
Fahmi:Tak pe…aku boleh bawa kau…
Karisma:Sekejap ek..aku nak bagitau pada ibu aku dulu…


Karisma berlalu pulang ke rumahnya. Fahmi menjeling ajuk kepada Farid. Tak lama kemudian, Karisma datang semula ke situ dengan senyuman.


Karisma:Aku boleh pergi, tapi ibu aku suruh Farid pergi sekali.
Farid:Tak pe la..awak pergi je la dengan Fahmi…
Karisma: Alah, tolong la Farid. Mak saya Cuma benarkan kalau awak ada sekali... Please...-rayu Karisma-
Fahmi: Jom je la Farid. Kau tak kesian ke dengan Karisma..
Farid: Yela..saya ikut. Saya pergi simpan kuih ni sekejap dan kunci rumah...-Farid bangun dari pankin dan berlalu masuk ke dalam rumah dari pintu dapur-


Farid mengambil basikalnya yang terletak di bawah rumah itu, dan ke arah Karisma dan Fahmi yang telah menunggunya.


Farid: Awak nak naik dengan siapa ni?
Karisma: Apa kate saya bawak basikal awak, dan awak naik dengan Fahmi.
Fahmi: OK jugak tu. Awak naik basikal saya. Saya naik dengan Farid.-Fahmi memberikan basikalnya kepada Karisma dan Karisma mengambilnya daripada pegangan Fahmi-


Ketika mereka melewati di hadapan rumah Julia, tiba-tiba Karisma berhenti kerana namanya dipanggil. Julia yang memanggilnya lalu mendekati Karisma, Fahmi dan Farid di tepi jalan.


Julia: Kau nak ke mana ni?
Karisma: Fahmi dengan Farid nak bawak aku pusing-pusing kampung. Jom!
Julia: Boleh jugak, lagipun aku kena tinggal.
Karisma: Kenapa kena tinggal pulak?
Julia: Aku siap lambat tadi, sebab aku tertidur. Eh! Boleh ke kau bawak aku ni?-duduk dibelakang Karisma-
Karisma: InsyaAllah...
Julia: Aku takut la...


Julia memegang pinggang Karisma ketika Karisma mula mengayuh. Walaupun berjalan, tetapi kayuhan Karisma terlalu perlahan dan tidak stabil.


Julia: Kau boleh ke tak Riss?
Karisma: Hahaha..aku pun tak tau la.
Fahmi: Stop..stop..stop..-mengarahkan supaya Karisma berhenti mengayuh. Karisma memberhentikan basikal-
Fahmi: Biar aku bawa Julia, kau naik dengan Farid.


Karisma hanya menurut, Fahmi mengambil semula basikalnya di tangan Karisma. Karisma menumpang basikal Farid manakala Julia naik bersama Fahmi. Pada mulanya Fahmi dan Julia berada di belakang Karisma dan Farid, tetapi Fahmi dan Julia memotong mereka sambil Julia tersenyum dan melambaikan tangan ke arah mereka berdua. Dari situ, Farid dan Fahmi mula berlumba-lumba membuatkan Julia dan Karisma sedikit takut. Sesampai sahaja di sawah padi, kedua-duanya berhenti pada masa yang sama. Julia dan Karisma turun dari basikal dan berjalan ke sawah disusuli Farid dan Fahmi.


Julia: Kita tangkap gambar nak?
Karisma: Mana ada kamera...
Julia: Aku ada terbawak..-sambil mengeluarkan kamera daripada poket seluar slacknya-


Kira-kira jam 5 petang, mereka pulang dari sawah padi dan menuju ke rumah masing-masing. 


Pada suatu hari di sekolah Karisma, Seri & Julia ke  perpustakaan sekolah pada waktu rehat.Ketika sedang memilih buku di sebuah rak, Julia perasan sesuatu yang tak kena dengan Seri.


Karisma:Seri,kau ok ke?-Julia memandang mereka berdua-
Seri:Tah la…aku sakit perut la…mungkin aku tak makan pagi tadi…
Julia:Lah..ye ke? Kenapa kau tak bagitau kami awal-awal..boleh la kita ke kantin dulu tadi…
Seri:Tak pe la…korang  kan  tak de selera nak makan…
Karisma:Kami tak ada selera tapi kau kena makan…dah!jom aku temankan kau makan kat kantin…
Seri:Tapi…
Karisma:Tak ada tapi-tapi….kau pergi makan,kalau aku pengsan nanti lagi susah…bagi aku buku tu..biar aku pinjamkan untuk kau…-mengambil buku dari tgn Seri-
Julia:Pinjamkan buku ni untuk aku…-memberi sebuah buku kepada Karisma-
Karisma:Ok.


Julia & Seri berlalu pergi dan meninggalkan perpustakaan sekolah.Ketika Seri &Julia menuruni tangga,tiba-tiba Julia dirempuh oleh seseorang dari belakang menyebabkan dia terpaut kepada seorang pelajar lelaki yang berjalan dari arah bertentangan dengannya.Seri yang berjalan dahulu di hadapan terkejut dgn kejadian itu.Mata Julia & lelaki itu bertentang.Orang yang merempuh Julia itu turut tercengang.Cepat-cepat Julia berdiri semula dengan betul.Orang yang merempuh Julia tadi meminta maaf lalu tergesa-gesa menuruni tangga.


Julia:Maaf,-sambil menundukkan diri sebagai tanda maaf-
Badrul:Tak pe.-sambil tersenyum-


Julia menarik tangan Seri & cepat-cepat berlalu pergi dari situ dan menuju ke kantin sekolah.Seri hanya tersenyum memandang Julia.


Julia:Apa senyum-senyum?Aku tengah malu ni…kau boleh senyum pulak…
Seri:Alah..jangan la marah…Aku cuma teringat wajah abang handsome tadi…-senyum-
Julia:Abang?
Seri:Ye la…dia senior, tingkatan 2 la…aku nampak dia punya nametag warna biru tadi…
Julia:Nametag biru? Kau nampak nama dia? Apa nama dia?
Seri:Kalau aku tak silap, BADRUL IMAN…
Julia:Oh…eh! Pergi la beli nasi..aku tunggu dekat meja…
Seri:Ok. Kau makan sekali dengan aku ek…
Julia:Ermm…tak nak la…aku temankan kau je la…
Seri: Alah…tak seronok la makan sensorang…
Julia:Ok.ok..aku makan sekali dengan kau…tapi aku tak nak nasi lemak…


Petang itu ketika Seri,Julia & Karisma belajar bersama-sama,Seri menceritakan apa yang telah berlaku ketika mereka menuruni tangga ketika hendak ke kantin. Karisma hanya tergelak mendengar cerita Seri. Sedang leka belajar bersama, tiba-tiba Karisma perasan akan seseorang sedang memerhatinya. Karisma hanya tersenyum apabila pandangan mereka bertemu.


Karisma: Julia, tu abang kau ke?-Julia berpaling melihat ke arah tingkap rumah-
Julia: Aah.. Johan, dia tu memang tak betul sikit. Suka menyakitkan hati aku. Dah la, biarkan dia.
Karisma: Dari tadi asyik usha kita je... rimas pulak aku.
Seri: Bukan kita ek, kau sorang je dia usha...-sambil tersenyum-
Karisma: Mana kau tahu..tah-tah dia usha kau.
Seri: Aku jiran dia..hari-hari nampak aku.. mesti la dia usha orang yang dia jarang nampak..
Karisma: Mana kau tahu...
Julia: -memotong percakapan Karisma- Dah..tak payah nak gaduh pasal abang aku pulak. Baik study je.


Pada hari Jumaat berikutnya, Karisma ke rumah Opah Nab untuk menghantar gulai yang dikirim oleh ibunya kepada Opah Nab. Kebetulan, lelaki akan bergerak ke masjid untuk solat Jumaat. Opah Nab menjemput Karisma masuk terlebih dahulu. Karisma terpaksa menurut kerana Opah Nab beria ingin memberinya gulai juga sebagai balasan. Tiba-tiba Atok omar memanggil Opah Nab.


Opah Nab: Karisma, tolong sendukkan gulai ni. Opah nak naik sekejap.
Karisma: Baiklah.-bangun dan menyenduk gulai ke dalam mangkuk yang diberi oleh Opah Nab-


Sebaik sahaja Opah Nab naik ke atas, tiba-tiba seseorang keluar dari bilik air. Karisma terkejut, lantas berpaling memandang orang yang keluar dari bilik air itu. Mata mereka saling bertentang, kedua-duanya saling terkejut. Farid keluar dari tandas sambil memegang songkok ditangannya. Karisma menyambung kerjanya. Farid kelihatan agak segak dengan berbaju melayu hitam dan bersongkok. Manakala Farid terpesona melihat Karisma hanya berkain batik, berbaju kedah dan bertudung yang disempangkan ke belakang. Farid melangkah keluar dari bilik air dan mendekati Karisma dan Karisma menyambung menyenduk gulai ke dalam mangkuk.


Farid: Hari ni gulai apa yang awak hantar?
Karisma: Gulai ikan talapia taucu je.
Farid: Awak yang masak ek? Nampak sedap je.-melihat gulai yang dimaksudkan di bawah tudung saji-
Karisma: Buat lawak la tu.-menjeling Farid tajam-
Farid: Amboi! Jeling...
Karisma: Dah la, saya nak balik. Tepi, nanti batal pulak wuduk tu..-Farid ke tepi memberi Karisma laluan-
Karisma: Assalammualaikum.
Farid: Waalaikummussalam w.b.t. .


Kira-kira 3 bulan kemudian, pada bulan oktober mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun yang dijalankan semasa bulan puasa. Suasana di bulan puasa membuatkan kebanyakkan pelajar pasif dan lebih fokus dalam mengulang kaji pelajaran.


Ketika hari raya Aidilfitri menjelang, Karisma berkesempatan bertemu dengan abang Farid yang dan ibu bapanya sebelum pulang ke kampung ibunya di Kedah Darul Aman. Ketika cuti sekolah bermula, Karisma ke rumah sepupunya yang berada di Shah Alam.

No comments:

Post a Comment